Recent Articles

Munib Al-Misri mengkritik Abbas yang menyebelahi rundingan

Written by admin from http:// on September 8th, 2010 | 0 Comments

Rabu , 08/09/2010 – Munib Al-Misri, Presiden Pertubuhan Persepakatan Nasional Palestin menegaskan bahawa sidang rundingan dua hala baru-baru ini tidak mencetuskan bibit positif dan tidak menunjukkan sebarang tanda “kejayaan” kerana ia melibatkan Zionis yang sememangnya sentiasa keras kepala untuk terus menjalankan proses Yahudinisasi dan membina petempatan haram, pada masa yang sama beliau juga mengkritik sikap terburu-buru Presiden Mahmoud Abbas yang memilih jalan rundingan, dan tidak memberi peluang kepada pencapaian persepakatan negara.

Misri berkata dalam satu kenyataan akhbar “Islam Times” terbitan hari Isnin (6 September), bahawa masaalah persepakatan Palestin berjalan lembab dan tidak menunjukkan sebarang peningkatan meskipun terdapat parti yang mengambil serius dengan persepakatan ini.

Kenyataan ini dikeluarkan beliau sewaktu diminta memberi pendapat tentang rundingan dua hala dan kesannya terhadap persepakatan dalam negara Palestin. Beliau menambah lagi bahawa adalah “sepatutnya lebih baik” untuk presiden Abbas memberi tumpuan kepada proses persepakatan yang buat masa ini lebih penting daripada sebarang rundingan.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : Azleen

400 bungkus makanan diagihkan kepada keluarga-keluarga miskin di Gaza

Written by admin from http:// on September 8th, 2010 | 0 Comments

Rabu , 08/09/2010 – Pertubuhan Islam di Semenanjung Gaza mengagihkan lebih 400 bungkus makanan kepada fakir miskin di Gaza. Setiausaha Agung pertubuhan itu, Nasim Yasin mengatakan pertubuhan tersebut akan meneruskan usaha membantu fakir miskin di Gaza menerusi perlaksanaan projek kebajikan ini.

Nasim turut menyatakan rasa terima kasih yang tidak terhingga kepada institusi-institusi dan para personaliti yang menyumbang bantuan kepada warga Palestin pada bulan yang mulia ini.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah : idawati

Gaza : Gadis 16 tahun redah laut dan sekatan bagi sesuap makanan keluarganya

Written by admin from http:// on September 7th, 2010 | 0 Comments

Selasa , 07/09/2010 – Setiap kali Subuh, seorang gadis berusia 16 tahun, Madeline Kalab akan meninggalkan rumahnya dan belayar ke laut Mediterranean dengan menggunakan sebuah bot kecil milik keluarganya.

Madeline mempunyai 2 orang adik lelaki dan keluarganya tinggal di Bandar Al-Sudanyiah, utara Genting Gaza. Gadis remaja itu mewarisi pekerjaan bapanya, Abu Kayed yang telah didiagnos mempunyai penyakit yang memaksanya berhenti kerja. Madeline terpaksa bekerja menggantikan bapanya bagi menyara keluarganya.

Ibu Madeline, Um Kayed turut bekerja sebagai tukang jahit untuk membantu anak gadisnya. Madeline bukan sahaja mecahkan tradisi penduduk Gaza, malah turut melanggar kebiasaan semulajadi serta sekatan rejim Zionis yang dikenakan sejak 4 tahun lalu.

sumber : Palestine News Network
penterjemah : salwa

Menteri Zionis tuntut lebih senjata untuk pendatang haram Yahudi

Written by admin from http:// on September 7th, 2010 | 1 Comment

Selasa , 07/09/2010 – Menteri Dalam Negeri kerajaan rejim Zionis, Eli Yishai hari ini mengarahkan kerajaannya untuk memudahkan pemberian lesen memiliki senjata dan anggota keselamatan kepada pendatang haram Yahudi di Tebing Barat berikutan pembunuhan 4 orang pendatang haram Yahudi dalam “siri tembakan senjata api” yang dilakukan oleh puak penentang, briged Izz el-Deen al-Qassam yang merupakan sayap tentera Hamas pada Selasa lepas.

Menurut laporan di laman web sebuah akhbar rejim Zionis, “Yediot Ahronot”, resolusi ini dibuat berikutan pendedahan bahawa salah seorang yang terbunuh dalam kejadian itu telah ditarik balik lesen pemilikan senjatanya.

Yishai mengeluarkan arahan itu kepada pihak berkuasa rejim Zionis yang terbabit menjaga keselamatan pendatang haram Yahudi dan pembangunan alat penglihatan waktu malam dalam usaha untuk melengkapkan pendatang haram Yahudi dengan senjata api dan teropong malam, berikutan sasaran mereka untuk memelihara keselamatan dan penyelenggaraan pendatang haram Yahudi di Tebing Barat.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah : salwa

Facebook

Palestinkini on Facebook

Twitter

Bual

Jom Derma !

Arkib Pkini