Tentera rejim melanjutkan penutupan Masjid Ibrahimi untuk seminggu lagi

Isnin, 25-01-2021 – Tentera rejim Israel pada Rabu melanjutkan penutupan Masjid Ibrahimi di Kota Lama al-Khalil untuk seminggu lagi bagi orang Islam. Pengurus kota suci Hifed Abu Sneineh berkata, tentera rejim melanjutkan penutupan Masjid Ibrahimi setelah menutupnya selama 13 hari atas alasan mencegah penularan coronavirus. Beliau mengesahkan yang pihak rejim sentiasa menggunakan alasan tidak kukuh … Read moreTentera rejim melanjutkan penutupan Masjid Ibrahimi untuk seminggu lagi

Hamas Desak Biden Batalkan Dasar Tidak Adil AS Terhadap Rakyat Palestin

Isnin, 25-01-2021 – Gerakan Hamas telah mendesak presiden AS Joe Biden untuk memperbetulkan polisi-polisi yang salah dan tidak adil terhadap rakyat Palestin yang telah diperkenalkan presiden terdahulu, dengan menekankan bahawa “tidak ada sesalan atas pemergian Donald Trump.” “[Trump] telah menjadi sumber dan penaja terbesar ketidakadilan, keganasan dan ekstremisme dunia dan sekutu langsung penjajahan Israel dalam … Read moreHamas Desak Biden Batalkan Dasar Tidak Adil AS Terhadap Rakyat Palestin

Rejim Zionis menyerang kawasan pertanian di Tenggara Gaza

Isnin, 25-01-2021 – Rejim Zionis (IOF) telah melepaskan tembakan ke arah kawasan pertanian di sebelah timur Khan Yunis, selatan Semenanjung Gaza. Menurut sumber tempatan, IOF melepaskan tembakan dari kem tentera di belakang pagar sempadan di kawasan tanaman, sebelah timur kawasanal-Qarara, Khan Yunis. Askar Israel juga melepaskan tembakan dari menara pengawal ke sebidang tanah yang ditanam … Read moreRejim Zionis menyerang kawasan pertanian di Tenggara Gaza

Rejim Zionis culik wakil rakyat Palestin, warga Palestin di Tebing Barat.

Isnin, 25-01-2021 – Pihak Rejim Zionis Israel, pada lewat malam Rabu dan awal subuh hari Khamis, telah menculik beberapa warga Palestin termasuk seorang penggubal undang-undang di Tebing Barat. Mengikut laporan tempatan, rejim Zionis menculik wakil rakyat Mohamed Bader setelah menyelongkar rumahnya di al-Khalil. Lima warga Palestin turut ditahan ketika serbuan rejim Zionis di al-khalil. sumber : … Read moreRejim Zionis culik wakil rakyat Palestin, warga Palestin di Tebing Barat.

UNRWA berharap sokongan Amerika semula dengan perlantikan Biden

Isnin, 25-01-2021 – Pejabat PBB menyambut baik perlantikan Joe Biden dan Kamala Harris sebagai Presiden dan Timbalan Amerika yang baru. Pesuruhjaya Umum UNRWA, Philippe Lazzarini menyatakan pihaknya mengharapkan kerjasama erat dengan Amerika yang berperanan besar dalam menyelesaikan isu Palestine secara adil dan kekal. Presiden Amerika sebelum ini, Donald Trump telah menghentikan sumbangan dana kepada UNRWA … Read moreUNRWA berharap sokongan Amerika semula dengan perlantikan Biden

Serangan udara Israel menggegarkan selatan Gaza

Jumaat, 22-01-2021 – Pesawat perang Israel pada pagi Isnin mengebom kawasan pertanian di timur Rafah dan Khan Yunis di selatan Semenanjung Gaza. Menurut sumber tempatan, satu pesawat melepaskan tembakan dua peluru ke arah pos pejuang di timur Rafah dan memusnahkannya. Satu lagi serangan udara menyasarkan tanah di timur Rafah. Pengeboman itu mengakibatkan kerosakan yang teruk. … Read moreSerangan udara Israel menggegarkan selatan Gaza

Polis rejim Zionis Israel, peneroka haram yahudi mencemari perkarangan Al-Aqsa

Jumaat, 22-01-2021 – Polis rejim Zionis Israel and sekumpulan peneroka haram yahudi menceroboh masuk perkarangan Masjid Al-Aqsa pada hari isnin lepas dan menjalankan upacara yahudi di bawah perlindungan polis, tatkala perintah berkurung di letakkan pada kawasan tanah suci itu. Warga Jerusalem melaporkan beberapa dozen polis rejim Pencerobohan telah berlaku dari pintu Maghareba ke pintu al-Silsila, … Read morePolis rejim Zionis Israel, peneroka haram yahudi mencemari perkarangan Al-Aqsa

Israel mengebom pos pejuang di Khan Yunis

Isnin, 18-01-2021 – Tentera rejim zionis pada petang Rabu melepaskan bom artileri di pos peninjau milik pejuang Palestin di Khan Yunis, selatan Semenanjung Gaza.            Pengeboman itu berlaku setelah dakwaan Israel bahawa pejuang Palestin melepaskan tembakan ke arah kem tentera Israel yang memasuki selatan kota Khan Yunis, Akhbar Maariv Israel menyatakan, “Tentera rejim yang beroperasi di … Read moreIsrael mengebom pos pejuang di Khan Yunis

Peneroka haram Yahudi membakar kereta warga Palestin dan merosakkan kenderaan lain di salah satu bandar di Tebing Barat.

Isnin, 18-01-2021 – Sekumpulan peneroka haram Yahudi pada subuh khamis telah membakar two kereta milik warga Palestin dan memecahkan tingkap sebuah lagi kereta di bandar Turmus Ayya, Timur laut Ramallah di kawasan penaklukan Tebing Barat. Datuk Bandar Turmus Ayya , Wadie Abu Awwad melaporkan peneroka yahudi telah diiringi oleh askar rejim zionis Israel mencerobohi kawasan … Read morePeneroka haram Yahudi membakar kereta warga Palestin dan merosakkan kenderaan lain di salah satu bandar di Tebing Barat.

Peneroka Haram Yahudi Terus Cemari Masjid Al Aqsa Walaupun Dikenakan Sekatan Pergerakan

Isnin, 18-01-2021 – Pagi Khamis lalu, segerombolan peneroka haram Yahudi telah mencemari halaman Masjid Al Aqsa di bawah perlindungan pihak polis walaupun dikenakan perintah sekatan pergerakan yang dikenakan ke atas kota suci berkenaan serta penduduknya. Menurut sumber tempatan, 14 peneroka haram telah memasuki Masjid melalui Gerbang al-Maghariba dan melawat halamannya di bawah pengawasan polis. Para … Read morePeneroka Haram Yahudi Terus Cemari Masjid Al Aqsa Walaupun Dikenakan Sekatan Pergerakan

IPS memindahkan tahanan Ajaj ke wad rawatan intensif di Soroka.

Jumaat, 15-01-2021 – Perkhidmatan Penjara Israel memindahkan tahanan Basil Ajaj, 45, dari Tulkarem, yang dijangkiti Coronavirus ke unit rawatan intensif di hospital Soroka dan tiada maklumat tepat mengenai keadaan kesihatan beliau. Persatuan Banduan, dalam kenyataan yang dikeluarkan pada hari Rabu memaklumkan bahawa Ajaj telah berada dalam tahanan sejak 2002 dan telah di jatuhi hukuman sepanjang … Read moreIPS memindahkan tahanan Ajaj ke wad rawatan intensif di Soroka.

PLC meminta Dewan Shura Saudi agar masuk campur membebaskan warga Palestin

Jumaat, 15-01-2021 – Dewan Perundangan Palestin (PLC) telah menyeru Dewan Shura Saudi agar segera campur tangan ke atas pihak berkuasa di negara itu bagi membebaskan para tahanan politik Palestin. Ia rentetan dari surat yang dihantar pada Selasa oleh pemangku jurucakap PLC Ahmed Bahar kepada ketua Dewan Shura Abdullah bin Mohamed Al Sheikh. Bahar menekankan terutamanya, … Read morePLC meminta Dewan Shura Saudi agar masuk campur membebaskan warga Palestin

Peneroka menyerang, mencederakan warga tua Palestin dan anaknya di Tebing Barat

Jumaat, 15-01-2021 – Seorang warga tua Palestin dan anaknya mengalami kecederaan ketika sekumpulan peneroka dan tentera Yahudi menyerang mereka secara fizikal di tanah mereka sendiri di dusun Khirbet at-Tawil, tenggara Nablus, Tebing Barat. Menurut saksi, sejumlah peneroka dan tentera memukul dengan teruk seorang petani tua dan anaknya ketika mereka mengusahakan tanah mereka sendiri di Khirbet … Read morePeneroka menyerang, mencederakan warga tua Palestin dan anaknya di Tebing Barat

Co-Pilot Emirates Air di pecat kerana enggan terbang ke Tel Aviv

Jumaat, 15-01-2021 – Seorang juruterbang pesawat komersil Emirates Airlines, Kapten Mun’em Shahib Tanik telah memuat naik di akaun facebook yang beliau telah di bekukan tugasan kerana ke enggananbeliau untuk terbang ke Tel Aviv. Beliau di katakana telah di berhentikan kerja dari syarikat tersebut kerana menolak arahan terbang ke Israel. Juruterbang warga Tunisia ini menutup akaun … Read moreCo-Pilot Emirates Air di pecat kerana enggan terbang ke Tel Aviv

Tentera Israel Sita Fasiliti Pertanian Di Bandar Tebing Barat Tuqu

Khamis, 14-01-2021 – Tentera rejim Zionis Israel pada pagi Selasa lalu telah merampas fasiliti pertanian berlesen di bandar Tuqu di timur Bethlehem di Tebing Barat. Datuk bandar Tuqu Tayseer Abu Mufreh memberitahu bahawa kakitangan dari pentadbiran awam tentera Israel telah merampas fasiliti pertanian yang digunakan untuk menjual bunga dan anak benih di kota itu. Abu … Read moreTentera Israel Sita Fasiliti Pertanian Di Bandar Tebing Barat Tuqu