Hamas: Pertahanan yang kuat akan menjadi satu-satunya cara untuk membebaskan Palestin

Rabu, 01-04-2020 – Pergerakan Hamas telah mengulangi berkali-kali akan kepentingan pertahanan sebagai satu-satunya cara untuk membebaskan rakyat Palestin dan tanah mereka dari dirampas. Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada ulang tahun ke 44 Hari Tanah, Hamas menyatakan kepercayaan mereka bahawa tidak akan ada masa depan dan tidak ada kemenangan untuk penceroboh. “Ulangtahun Hari Tanah ini … Read moreHamas: Pertahanan yang kuat akan menjadi satu-satunya cara untuk membebaskan Palestin

Kebimbangan Mengenai Coronavirus Meningkat Di Penjara Israel

Rabu, 01-04-2020 – Rejim Zionis pada hari Isnin telah mengumumkan bahawa tiga tahanan penjara Israel telah disahkan menghidapi penyakit coronavirus, yang mencetuskan kebimbangan tentang potensi wabak di kalangan warga Palestin yang ditahan di penjara Israel. Suruhanjaya Hal Ehwal Tahanan dan Bekas Tahanan Palestin dalam satu kenyataan berkata bahawa tiga tahanan penjara Israel yang bekerja di … Read moreKebimbangan Mengenai Coronavirus Meningkat Di Penjara Israel

Gaza: Kementerian Kesihatan merayu sejumlah $23 juta untuk menghadapi corona

Selasa, 31-03-2020 – Kementerian Kesihatan Palestin di Semenanjung Gaza telah melancarkan rayuan terhadap masyarakat antarabangsa sejumlah $23 juta untuk membantunya menghadapi dan membendung penyebaran coronavirus di kawasan yang serba kekurangan. “Untuk menghadapi coronavirus di Gaza, kami menyeru masyarakat dan institusi kebajikan antarabangsa untuk segera menyumbang 23 juta dollar,” jurucakap kementerian kesihatan Ashraf Qudra menyatakan pada … Read moreGaza: Kementerian Kesihatan merayu sejumlah $23 juta untuk menghadapi corona

NGO Belgium rayu bantu Gaza hadapi coronavirus.

Isnin, 30-03-2020 – Sebuah organisasi bukan kerajaan Belgium merayu agar kepungan ke atas Semenanung Gaza dihentikan berikutan pandemik coronavirus di seluruh dunia dan mengesa pihak kerajaannya mengambil langkah segera mengatasi kesan penularan wabak  tersebut. “Belgium perlu lebih bertanggungjawab dari sebelumnya untuk mendesak supaya kepungan yang dibuat rejim Israel ke atas Gaza ditamatkan,” demikian kata NGO … Read moreNGO Belgium rayu bantu Gaza hadapi coronavirus.

Rejim Zionis Lanjutkan Tahanan Pentadbiran Wartawan Palestin

Isnin, 30-03-2020 – Pihak berkuasa rejim Zionis pada hari Ahad lalu telah memutuskan untuk melanjutkan penahanan pentadbiran wartawan Palestin Bushra al-Tawil, 26, selama empat bulan. Menurut Pejabat Media Banduan, al-Tawil yang merupakan seorang penduduk Ramallah di Tebing Barat, telah ditangkap oleh Rejim Zionis pada Disember 2019 dan telah ditahan semenjak itu tanpa pertuduhan atau perbicaraan. … Read moreRejim Zionis Lanjutkan Tahanan Pentadbiran Wartawan Palestin

Sheikh Bakirat dilarang masuk masjid Aqsa seminggu.

Selasa, 10-03-2020 – Polis rejim Israel telah memaklumkan kepada Sheikh Najeh Bakirat, Timbalan Pengarah Wakaf Islam Baitulmaqdis yang juga Ketua Akademik Sains dan Warisan bahawa beliau tidak dibenarkan memasuki Masjidil al-Aqsa untuk tempoh satu minggu. Pihak polis rejim tidak memberitahu sebab larangan tersebut. Sebelum ini, pihak rejim telah menguatkuasakan larangan masuk seperti itu ke atas … Read moreSheikh Bakirat dilarang masuk masjid Aqsa seminggu.

Pendatang Israel merampas kawasan pertanian Palestin di al-Khalil

Selasa, 10-03-2020 – Para pendatang Israel pada Rabu merampas satu kawasan pertanian Palestin di bandar Beit Ummar utara Tebing Barat bandar al-Khalil. Aktivis Mohammed Awad menyatakan yang para pendatang Israel, dengan diiringi pasukan bersenjata, merampas 12 dunum kawasan pertanian di Beit Ummar yang ditanam dengan badam, anggur dan zaitun serta memasang kawat berduri sekitarnya. Awad … Read morePendatang Israel merampas kawasan pertanian Palestin di al-Khalil

Lebih 160 Peneroka Mencemari Masjid Aqsa

Selasa, 10-03-2020 – Sekurang-kurangnya 163 peneroka Yahudi telah melawat Masjid Aqsa di bawah perlindungan pihak polis. Para peneroka, yang termasuk para pelajar dan pegawai kerajaan, melawat halaman Masjid dan menerima penerangan mengenai gunung kuil. Masjid Aqsa terdedah kepada penindasan setiap hari oleh peneroka Yahudi dan pasukan polis pada waktu pagi dan petang kecuali pada hari … Read moreLebih 160 Peneroka Mencemari Masjid Aqsa

Tentera rejim Israel tahan warga Palestin, geledah rumah dalam serbuan di Tebing Barat.

Jumaat, 06-03-2020 – Tentera rejim zionis Israel bertindak memecah masuk beberapa buah rumah di Tebing Barat dan menahan sejumlah warga Palestin serta mencuri wang mereka. Sumber tempatan berkata bahawa tentera rejim telah menahan 12 tahanan Palestin termasuk bekas tahanan dan pegawai Hamas dari rumah mereka sekitar Ramallah, Nablus, Tulkarem, Baitulmaqdis dan al-Khalil. Menurut sumber itu … Read moreTentera rejim Israel tahan warga Palestin, geledah rumah dalam serbuan di Tebing Barat.

Hamas dan Rusia Sepakat Deal of Century Akan Mengekalkan Konflik

Jumaat, 06-03-2020 – Ketua Gerakan Hamas di Luar Negeri, Maher Salah, menegaskan bahawa kunjungan delegasi Hamas yang dipimpin oleh Ketua Biro Politik Hamas, Ismail Haniyah, berlaku pada waktu yang sangat penting setelah pengumuman Presiden Amerika Syarikat tentang Deal of Century (Kesepakatan Abad Ini) yang bertujuan untuk mencairkan isu Palestin. Salah mengatakan, kunjungan delegasi gerakan Hamas … Read moreHamas dan Rusia Sepakat Deal of Century Akan Mengekalkan Konflik

Delegasi Hamas atas bertemu Lavrov di Moscow

Khamis, 05-03-2020 – Delegasi peringkat tinggi dari Gerakan Hamas yang diketuai oleh biro politiknya, Ismail Haneyya bertemu dengan Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov di Moscow pada hari Isnin. Mesyuarat itu dihadiri oleh timbalan menteri luar negeri Mikhail Bogdanov dan beberapa pegawai dari kementerian luar negeri. Menurut pernyataan yang dikeluarkan oleh Gerakan, kedua belah pihak membincangkan … Read moreDelegasi Hamas atas bertemu Lavrov di Moscow

Israel tutup laluan sempadan Gaza, Tebing Barat sempena hari mengundi.

Khamis, 05-03-2020 – Rejim Israel menutup semua pintu masuk sempadan di wilayah Gaza dan Tebing Barat pada hari Isnin sempena pilihan raya dewan Knesset ke 23. Penutupan laluan akan bermula selepas pukul 12 malam, hari Isnin, selama 24 jam dan penutupan dibuat sehingga urusan selesai serta “bergantung kepada keadaan semasa”, kata pihak Penyelaras Pentadbiran Kerajaan … Read moreIsrael tutup laluan sempadan Gaza, Tebing Barat sempena hari mengundi.

Banyak perkhidmatan UNRWA dihentikan akibatkan defisit dalam peruntukan

Khamis, 05-03-2020 – UNRWA telah memberi amaran yang banyak perkhidmatan penting yang diberikan kepada pelarian Palestin akan dihentikan jika defisit dalam peruntukan tidak dapat diatasi dalam tempoh sehingga Mei. “Jika defisit yang dianggarkan berjumlah satu billion dan 275 juta dollar tidak diperolehi semula pada bulan Mei, banyak program perkhidmatan UNRWA akan terkesan seperti pendidikan, kesihatan … Read moreBanyak perkhidmatan UNRWA dihentikan akibatkan defisit dalam peruntukan

Pertembungan Tercetus Antara Rejim Zionis dan Penunjuk Perasaan di Gunung Orma

Khamis, 05-03-2020 – Pertembungan yang ganas telah tercetus pada hari Isnin antara rejim Zionis dengan warga Palestin yang berarak di Gunung Al-Orma di Nablus untuk mempertahankannya daripada dirampas oleh peneroka haram. Sumber-sumber tempatan mengatakan bahawa kumpulan peneroka Israel yang dikawal oleh tentera Zionis menyerang Gunung al-Orma dan menyerang penunjuk perasaan Palestin. Rejim Zionis melancarkan gas … Read morePertembungan Tercetus Antara Rejim Zionis dan Penunjuk Perasaan di Gunung Orma

Universiti Malaysia memboikot Puma kerana menyokong Israel

Selasa, 03-03-2020 – Universiti terbesar Malaysia, Universiti Teknologi MARA (UiTM), telah mengakhiri rundingan penajaan dengan jenama pakaian sukan global Puma kerana sokongan syarikat itu terhadap penempatan Haram Israel di Palestin yang dijajah. Menurut gerakan BDS, UiTM, yang mempunyai kontrak tiga tahun dengan Puma sebagai penaja pasukan bola sepak university itu, mengesahkan yang kontrak itu tidak … Read moreUniversiti Malaysia memboikot Puma kerana menyokong Israel