Jumlah Meninggal Akibat Corona di Israel Mencapai 55 Orang

Khamis, 09-04-2020 – Jumlah kematian akibat corona virus di Israel terus meningkat. Hingga kini (6/4) jumlah kematian akibat corona virus bertambah menjadi 55 orang, setelah sebelumnya 4 orang meninggal, akibat lanjut usia. Sementara itu jumlah yang positif menjadi 8611 orang. 141 orang di antaranya dalam keadàan kritikal, mengikut laporan Kementerian Kesihatan Israel;, pagi tadi Isnin … Read moreJumlah Meninggal Akibat Corona di Israel Mencapai 55 Orang

Tentera Israel serang petani, nelayan di Gaza

Khamis, 09-04-2020 – Tentera rejim Zionis telah melakukan serangan terhad di tenggara Semenanjung Gaza yang terkepung dan melepaskan bom gas pemedih mata ke arah petani tempatan, Isnin lalu. Menurut sumber-sumber tempatan, enam jentolak tentera menyusup ke kawasan sempadan di timur Khan Yunis, di selatan Gaza sebelum meratakan beberapa bidang tanah. Sementara itu, lima kereta kebal … Read moreTentera Israel serang petani, nelayan di Gaza

Rejim Zionis merampas kemudahan komersil selepas membongkarnya di Al-Khalil

Khamis, 09-04-2020 – Rejim Zionis (IOF) telah membongkar dan merampas kemudahan komersil milik rakyat Palestin berhampiran Gunung as-Sindas di selatan bandar al-Khalil. Mohamed Abu Sneineh, pemilik kemudahan itu berkata tentera yang mengiringi kren dan jentolak telah menyerbu kawasan itu dan memulakan pembongkaran dan merampaskedai alat ganti tanpa notis terlebih dahulu. IOF juga merampas bekas perkapalan … Read moreRejim Zionis merampas kemudahan komersil selepas membongkarnya di Al-Khalil

Pentadbiran penjara Ofer memindahkan para tahanan yang dikuarantin tanpa ujian saringan corona

Selasa, 07-04-2020 – Pejabat Media Asra mengesahkan yang pentadbiran penjara Ofer Israel memindahkan 9 tahanan yang telah dikuarantin ke Penjara Saharonim Prison di Negev di mana pendatang Afrika ditahan. Media Asra menyatakan yang perkhidmatan penjara Israel tidak melaksanakan ujian sewajarnya terhadap para tahanan yang dikuarantin walaupun mereka berhubung rapat dengan seorang tahanan yang menderita akibat … Read morePentadbiran penjara Ofer memindahkan para tahanan yang dikuarantin tanpa ujian saringan corona

Tahanan Palestin Mogok Lapar. Rejim Abai Aspek Kesihatan Wabak Covid-19

Selasa, 07-04-2020 – Puluhan tahanan Palestin di penjara Israel telah memulakan mogok lapar kerana ketiadaan penjagaan kesihatan penting oleh Perkhidmatan Penjara Israel berikutan wabak coronavirus. Perkhidmatan Penjara Israel sengaja meletakkan kehidupan tahanan Palestin dalam risiko dengan menarik balik produk pembersihan dari kantin penjara dan menolak untuk membasmi sel penjara atau melakukan pemeriksaan ke atas tahanan … Read moreTahanan Palestin Mogok Lapar. Rejim Abai Aspek Kesihatan Wabak Covid-19

Peneroka Haram Israel Banjirkan Tanah Palestin di Al-Khalil Dengan Sisa Kumbahan

Selasa, 07-04-2020 – Peneroka haram Israel pada hari Ahad lalu telah mengepam air sisa kumbahan ke tanah ladang Palestin di bandar Beit Ummar di daerah Tebing Barat al-Khalil. Sumber-sumber tempatan mengatakan bahawa peneroka haram Israel dari blok etnik Etzion telah membanjirkan air kumbahan ke kawasan yang ditanam dengan anggur yang dimiliki oleh tiga keluarga Palestin … Read morePeneroka Haram Israel Banjirkan Tanah Palestin di Al-Khalil Dengan Sisa Kumbahan

3 Kes Baru Positif COVID-19 Di Tebing Barat, Keseluruhan 237 Kes Di Palestin

Selasa, 07-04-2020 – Jurucakap pemerintah Palestin, Ibrahim Mulham melaporkan  3 suspek baru kes corona di dua bandar Badwi dan Sair yang menjadikan jumlah keseluruhan positif corona di Palestin menjadi 237 kes. Dalam kenyataan akhbar, Isnin (6/4) pagi, jurucakap menyatakan, ketiga-tiga kes suspek corona iaitu seorang ibu berusia lingkungan 50 tahun dari kota Sair dan dua … Read more3 Kes Baru Positif COVID-19 Di Tebing Barat, Keseluruhan 237 Kes Di Palestin

Sinwar: Gaza Belum Mampu Lockdown Menyeluruh Untuk Menghadapi Covid 19

Isnin, 06-04-2020 – Pusat Informasi Palestina-Ketua gerakan Hamas di Gaza, Yahya Sinwar mengatakan, “Tiada kemampuan untuk menutup Gaza terhadap penduduk yang musafir dalam menghadapi  Covid 19.” Dalam wawancara dengan TV Al-Aqsha, Khamis (2/4) petang Sinwar menyebutkan, “Tak memungkinkan untuk melakukan lockdown, kecuali jika kita berlepas dari rasa kemanusiaan, kerana kami ada sekitar 400 pesakit barah … Read moreSinwar: Gaza Belum Mampu Lockdown Menyeluruh Untuk Menghadapi Covid 19

Rejim Israel rampas rumah bergerak di tengah perkampungan Lembah Jordan.

Isnin, 06-04-2020 – Tentera rejim Israel bertindak merampas rumah bergerak milik penduduk Palestin di al-Jiftlik, tengah perkampungan Lembah Jordan. Kata pegawai tempatan, Arif Dargaghmeh, tentera rejim menyerbu Khirbet Alan di bahagian barat daya al-Jiftlik dan merobohkan sebuah rumah bergerak kepunyaan Anwar Abu Jawdah. Tambah pegawai itu lagi, tentera rejim merampas rumah tersebut tanpa memberi sebarang … Read moreRejim Israel rampas rumah bergerak di tengah perkampungan Lembah Jordan.

Rejim Zionis menjalankan serbuan terhad di utara Gaza

Isnin, 06-04-2020 – Tentera rejim zionis (IOF) pada pagi Khamis menjalankan serbuan terhad di timur laut sempadan Semenanjung Gaza. Sumber tempatan menyatakan yang beberapa jentolak berperisai yang diiringi oleh 13 kenderaan tentera memasuki beberapa meter kawasan sempadan di timur bandar Beit Hanoun utara Gaza meratakan tanah di kawasan itu. Kawasan timur sempadan Gaza sentiasa terdedah … Read moreRejim Zionis menjalankan serbuan terhad di utara Gaza

Zionis roboh rumah milik warga Palestin

Jumaat, 03-04-2020 – Tentera Zionis pada pagi Selasa menghancurkan rumah seorang Palestin yang sedang dibina di pintu masuk utama ke kampung Jabara, selatan Tulkarem di Tebing Barat. Pegawai tempatan Ihsan Tahseen mengatakan bahawa dua jentolak yang dikawal oleh sebilangan besar tentera Zionis menyerbu kampung pada waktu pagi dan menutup pintu masuk timur dan barat sebelum … Read moreZionis roboh rumah milik warga Palestin

Euro-Med menyelar cubaan Israel untuk menyebarkan corona di kawasan warga Palestin

Jumaat, 03-04-2020 – Pemantau Hak Asasi Euro-Mediterranean telah mengutuk sekeras-kerasnya rejim zionis kerana terus menyerbu kota-kota Palestin, melakukan keganasan terhadap orang awam tanpa mengambil langkah-langkah pencegahan dan mengabaikan mudharat yang mungkin timbul. Menurut Pemantau Hak Asasi Euro-Mediterranean, 207 serbuan ke atas kota-kota Palestin di Tebing Barat dan timur Baitulmuqaddis telah dilakukan sejak kerajaan Palestin mengumumkan … Read moreEuro-Med menyelar cubaan Israel untuk menyebarkan corona di kawasan warga Palestin

Pegawai Kanan Hamas Diculik semalam oleh Rejim Zionis

Jumaat, 03-04-2020 – Rejim Zionis (IOF) telah menyerbu beberapa kawasan berbeza di Tebing Barat dan Baitulmaqdis diwaktu subuh dan menculik beberapa rakyat Palestin termasuk pegawai kanan Hamas, Omar al-Barghouthi. Menurut sumber tempatan, IOF menculik pegawai Hamas, Omar al-Barghouthi dan anaknya, Mohamed di rumah mereka di kampung Kobar. Barghouthi, tokoh negarawan yang terkenal, telah menghabiskan masa … Read morePegawai Kanan Hamas Diculik semalam oleh Rejim Zionis

Tentera rejim Israel serbu kem penempatan Shu’afat.

Jumaat, 03-04-2020 – Rejim Israel menyerbu kem penempatan Shu’afat di timur Baitulmaqdis. Bagaimanapun, tiada laporan rumah yang digeledah dan tangkapan dibuat. Menurut sumber tempatan, anggota tentera sentiasa berada di dalam kenderaan dan bergerak berdekatan jalan Anata di kawasan kem tersebut. Tiada maklumat diperolehi samada terdapat warga yang ditahan atau rumah yang digeledah semasa operasi itu … Read moreTentera rejim Israel serbu kem penempatan Shu’afat.

Tahanan Palestin Dibebaskan Dari Penjara Israel Positif COVID-19

Jumaat, 03-04-2020 – Seorang pemuda Palestin telah disahkan positif untuk penyakit Coronavirus (COVID-19) hanya satu hari selepas pembebasannya dari penjara Israel, menurut Suruhanjaya Hal Ehwal Tahanan dan Bekas Tahanan Palestin pada hari Rabu. Suruhanjaya itu berkata keputusan ujian perubatan terhadap tahanan baru Nour ed-Din Sarsour, dari bandar Beitunia di barat Ramallah, menunjukkan dia menghidap COVID-19. … Read moreTahanan Palestin Dibebaskan Dari Penjara Israel Positif COVID-19