Pendatang Israel memulakan pembinaan pos baru di Halhul

Jumaat, 03-07-2020 – Sekumpulan pendatang Israel pada Selasa memulakan pembinaan pos baru di tanah warga Palestin di Gunung di kota Halhul di Tebing Barat, daerah al-Khalil. Sumber tempatan menyatakan yang sekumpulan besar pendatang Israel yang diiringi oleh tentera bersenjata, menyerbut Gunung Jomjoma memulakan pembinaan pos baru. Tentera rejim Israel telah membina kawasan ketenteraan di puncak … Read morePendatang Israel memulakan pembinaan pos baru di Halhul

Berpuluh pendatang Yahudi ceroboh Masjidil Aqsa.

Jumaat, 03-07-2020 – Berpuluh-puluh pendatang haram Yahudi menceroboh masuk masjid suci Aqsa, Baitulmaqdis dan mengadakan upacara ritual mengikut ajaran Talmud dengan kawalan ramai anggota polis rejim Israel. Kata sumber tempatan, kumpulan pendatang memasuki masjid suci umat Islam itu melalui pintu Maghareba, arah timur. Sumber itu juga menyatakan  bahawa perbuatan pendatang Yahudi melakukan ritual dengan kehadiran … Read moreBerpuluh pendatang Yahudi ceroboh Masjidil Aqsa.

Jordan kecam keputusan Israel memasang lif di Kota Tua Baitul Maqdis.

Khamis, 02-07-2020 – Jordan mengecam keputusan Israel untuk memasang lif yang menghubungkan bahagian-bahagian Kota Tua Baqitulmaqdis dengan tembok Buraq di bahagian barat al-Aqsa. Jurucakap kementerian lluar Jordan, Dhaifallah Fayez menyatakan penolakan Jordan terhadap semua tindakan unilateral Israel kerana ia akan mengubah sifat asal Kota Tua tersebut dan identiti Arabnya. Beliau juga menyatakan tindakan tersebut adalah … Read moreJordan kecam keputusan Israel memasang lif di Kota Tua Baitul Maqdis.

Rejim Israel sekat peguam Khalid Zabarqa dari memasuki masjid Aqsa seminggu.

Khamis, 02-07-2020 – Polis rejim Israel mengeluarkan perintah menyekat seorang peguam warga Palestin, Khalid Zabarqa yang tinggal di Bandar Lod dari memasuki Masjidil Aqsa untuk tempoh satu minggu. Keputusan itu dibuat selepas peguam tersebut perlu hadir ke pusat tahanan Qishla di barat Baitulmaqdis sebagaimana arahan yang diterimanya sebelum ini. Maklumat yang diterima mengatakan pihak polis … Read moreRejim Israel sekat peguam Khalid Zabarqa dari memasuki masjid Aqsa seminggu.

Polis Usir Aktivis Palestin Dari Masjid Al-Aqsa

Khamis, was 02-07-2020 – Polis Israel pada hari Isnin lalu telah memutuskan untuk melarang aktivis Palestin, Aya Abu Nab, daripada memasuki Masjid al-Aqsa selama enam bulan. Abu Nab mengatakan bahawa polis Israel dan pegawai perisik telah menyerbu rumah keluarganya di Baitulmaqdis dan telah memerintahkannya untuk menjauhkan diri dari Masjid al-Aqsa selama enam bulan. Pada hari Ahad … Read morePolis Usir Aktivis Palestin Dari Masjid Al-Aqsa

Rejim Zionis terus meratakan tanah Wadi al-Rababa di Baitulmuqaddis

Khamis, 02-07-2020 – Pihak rejim Israel (IOA) di Baitulmuqaddis telah meneruskan aktiviti di tanah milik warga Palestin di kawasan Wadi al-Rababa daerah Silwan. Menurut para Tuan Tanah, pihak berkuasa alam dan taman Israel secara paksa merampas sebahagian besar tanah di Wadi al-Rababa dan memberikan sendiri hak untuk meratakan kawasan itu walaupun terdapat keputusan mahkamah terdahulu … Read moreRejim Zionis terus meratakan tanah Wadi al-Rababa di Baitulmuqaddis

Gerombolan peneroka Israel masuk ke Masjid al-Aqsa

Khamis, 02-07-2020 – Puluhan peneroka haram Yahudi, yang dipimpin oleh rabi sayap kanan Yehudah Glick, pada pagi Isnin mencemari Masjid al-Aqsa di Jerusalem di tengah kehadiran polis yang ramai. Penguasa Awqaf Islam Jerusalem mengatakan bahawa 119 peneroka haram menyerbu masuk ke Masjid al-Aqsa pada waktu pagi. Para peneroka haram berkeliaran di halaman Masjid al-Aqsa sambil … Read moreGerombolan peneroka Israel masuk ke Masjid al-Aqsa

Ratusan menyertai perarakan menentang perebutan (wilayah) di Brussels

Khamis, 02-07-2020 – Ratusan rakyat melakukan demonstrasi di ibukota Belgia, Brussels bagi memprotes rancangan Israel untuk merampas tanah Palestin. Masyarakat pro-Palestin, bekerjasama dengan komuniti Palestin di Belgia, mengadakan demonstrasi di Brussels yang meminta agar dikenakan sekatan ke atas Israel sekiranya mereka melaksanakan rancangan penggabungan tersebut. Para penunjuk perasaan mengibarkan bendera Palestin dan mengangkat sepanduk yang … Read moreRatusan menyertai perarakan menentang perebutan (wilayah) di Brussels

Beitlehem ditutup akibat peningkatan COVID-19.

Selasa, 30-06-2020 – Gabenor Beitlehem, Kamal Hamid telah mengumumkan bahawa daerah tersebut ditutup selama 48 jam bermula Isnin berikutan peningkatan ketara jangkitan Koronavirus di wilayah Tebing Barat. Beliau berkata dalam satu kenyataan rasminya, penutupan itu bermula dari  6:00 pagi hari Isnin, melibatkan semua institusi awam dan swasta, segala aktiviti dan majlis ditangguhkan kecuali yang terlibat … Read moreBeitlehem ditutup akibat peningkatan COVID-19.

Hamas meminta Parlimen Belgium mengeluarkan usul ke atas Israel

Selasa, 30-06-2020 – Gerakan Hamas telah menggesa kerajaan Belgium untuk melaksanakan resolusi menerusi parlimen bagi menyelar rancangan ilhak oleh Israel dan mengambil tindakan balas jika ia ingin meneruskan langkah itu. Dalam kenyataan akhbar, jurucakap Hamas Hazem Qasem menghargai keputusan yang diambil oleh parlimen Belgium yang menyeru rakan-rakannya di seluruh dunia untuk mengikutinya dan menekan kerajaan … Read moreHamas meminta Parlimen Belgium mengeluarkan usul ke atas Israel

Kempen Besar-besaran di Perancis Menentang Pengilhakan

Selasa, 30-6-2020 – Sejumlah bandar di Perancis menyaksikan tunjuk perasaan besar-besaran pada hari Sabtu lalu bagi membantah rancangan Israel untuk mengilhak tanah Palestin bulan hadapan. Ratusan penunjuk perasaan berarak di Paris dan bandar-bandar Lyon, Strasbourg, Saint-Étienne, Montpellier dan Marseille dan menyatakan bantahan mereka terhadap tindakan Israel tersebut. Para penunjuk perasaan mengibarkan bendera Palestin dan mengangkat sepanduk … Read moreKempen Besar-besaran di Perancis Menentang Pengilhakan

Semua Pilihan Terbuka Untuk Menghadapi Pengilhakan

Isnin, 29-06-2020 – Anggota biro politik Hamas, Ezzat al-Resheq mengumumkan bahawa semua pilihan adalah terbuka untuk rakyat Palestin menghadapi dan menangani rancangan pengilhakan Israel, yang disifatkannya sebagai “pertembungan yang penting dalam konflik Palestin dengan penjajahan Israel.” Dalam pernyataan yang disiarkan di televisyen baru-baru ini, Resheq menegaskan bahawa “rakyat Palestin tidak mempunyai pilihan selain berperang seperti … Read moreSemua Pilihan Terbuka Untuk Menghadapi Pengilhakan

7 negara Eropah memberi amaran hubungan dengan Israel akan terjejas akibat aneksasi

Isnin, 29-06-2020 – Tujuh negara Eropah memberi amaran pada Rabu yang sebarang langkah aneksasi oleh Israel di wilayah Palestin akan menjejaskan hubungan mereka dengan Israel. “Dengan mematuhi tanggungjawab dan peraturan di bawah undang-undang antarabangsa, aneksasi akan memberi kesan terhadap hubungan rapat kami dengan Israel serta tidak akan mengiktirafnya,” Duta Perancis ke PBB New York Nicolas … Read more7 negara Eropah memberi amaran hubungan dengan Israel akan terjejas akibat aneksasi

95% Tahanan Palestin Mengalami Penyeksaan Di Penjara Israel

Isnin, 29-06-2020 – Forum Tahanan Palestin dalam keterangan akhbarnya, Khamis (25/6) memaklumkan bahawa 95 % tahanan Palestin mengalami penyiksaan sejak awal ditahan di penjara Israel, bermula sesi soal siasat dan setelah dimasukan ke dalam sel penjara. Penjajah Israel menggunakan pelbagai cara untuk menyeksa mereka sama ada berbentuk penderaan fizikal mahu pun psikologi melalui sistem kekerasan … Read more95% Tahanan Palestin Mengalami Penyeksaan Di Penjara Israel

Haneyya menelefon Mladenov, berbincang masalah penting dengannya

Isnin, 29-06-2020 – Ketua biro politik Hamas, Ismail Haneyya telah bercakap melalui telefon dengan utusan khas PBB ke Timur Tengah, Nickolay Mladenov dan berbincang dengan beliau mengenai berbagai perkembangan yang berkaitan dengan perjuangan Palestin. Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Gerakan Hamas, Haneyya menjelaskan semasa perbualan telefon yang panjang dengan Mladenov mengenai bahaya yang masih wujud … Read moreHaneyya menelefon Mladenov, berbincang masalah penting dengannya