Teruskan hantar konvoi bantuan – Mishaal

Khamis, 04-06-2020 – Bekas ketua biro politik Hamas, Khaled Mishaal meminta penganjur konvoi bantuan dan solidariti Freedom Flotilla untuk meneruskan usaha mereka bagi memecahkan halangan Israel di Jalur Gaza. Mishaal membuat pernyataan itu semasa penyertaan beliau didalam menyuarat yang diadakan oleh Turkish Humanitarian Relief Foundation IHH pada ulang tahun armada pro-Gaza, Freedom Flotilla dan para syuhada … Read moreTeruskan hantar konvoi bantuan – Mishaal

Masjid Aqsa dibuka semula.

Khamis, 04-06-2020 – Nanyian agama yang menggembirakan bergema di perkarangan Masjidil Aqsa pada subuh hari ahad ketika pintunya dibuka kembali kepada ribuan jemaan Muslim yang menunaikan solat Subuh setelah ditutup selama kira-kira satu setengah bulan sebagai langkah pencegahan terhadap Virus Corona.  Para jemaah mula memasuki pintu-pintu Masjid Aqsa dan jalan-jalan luar pada pukul 2:30 tengah malam dan sementara … Read moreMasjid Aqsa dibuka semula.

Salah: Mavi Marmara menekankan kepentingan perjuangan Palestin

Rabu, 03-06-2020 – Hari ini menandakan ulang tahun ke 10 pembunuhan beramai-ramai yang berlaku di atas kapal Mavi Marmara ship, yang mengetuai Great Freedom Flotilla yang belayar ratusan batu untuk pergi ke Gaza dengan ratusan tokoh terkenal serta aktivis dalam langkah menyatakan sokongan politik dan kemanusiaan bagi menekankan kepentingan perjuangan Palestin, Maher Salah, ketua Hamas … Read moreSalah: Mavi Marmara menekankan kepentingan perjuangan Palestin

Rejim Zionis Ceroboh Perbatasan, Serang Pengembala di Gaza

Rabu, 03-06-2020 – Pasukan Penjajah Israel (IOF) pada hari Isnin pagi melakukan serangan kecil di perbatasan dan menyerang pengembala di Jalur Gaza. Menurut sumber tempatan, lima jentolak tentera yang dikawal oleh dua kenderaan berperisai meninggalkan pos tentera di pagar sempadan di sebelah timur Kota Gaza dan menyusup masuk ke kawasan perbatasan di sebelah timur Kota … Read moreRejim Zionis Ceroboh Perbatasan, Serang Pengembala di Gaza

Peneroka Haram Dikawal Polis Cemar Masjid Aqsa di Baitulmaqdis

Rabu, 03-06-2020 – Segerombolan peneroka haram Yahudi pada pagi Isnin lalu telah mencemari Masjidil Aqsa, dengan dilindungi pihak polis. Menurut sumber-sumber tempatan, sejumlah besar anggota polis telah berpecah di serata kawasan di luar Masjid dan seluruh halamannya untuk memberi perlindungan kepada para peneroka haram berkenaan semasa pencerobohan mereka di tempat suci Islam tersebut. Penguasa Awqaf … Read morePeneroka Haram Dikawal Polis Cemar Masjid Aqsa di Baitulmaqdis

Sejumlah Masjid di Gaza Mula Dibuka Untuk Solat Jemaah

Rabu, 03-06-2020 – Kementerian Wakaf dan Urusan Agama Palestin di Gaza memutuskan akan membuka masjid-masjid di Gaza untuk solat berjamaah, bermula subuh Rabu esok 11  Syawal 1441H bersamaan dengan 3 Jun 2020. Wakil Sekretariat Kementerian Awqaf Dr. Abdul Hadi Al-Agha dalam sidang akhbar siang ini mengatakan, pihaknya telah memutuskan untuk membuka kembali sejumlah masjid yang … Read moreSejumlah Masjid di Gaza Mula Dibuka Untuk Solat Jemaah

200 kemudahan rakyat Palestin diancam untuk dimusnahkan di Baitulmaqdis

Rabu, 03-06-2020 – Rejim Zionis mengedarkan notis pemindahan dan pembongkaran yang menyasarkan 200 kemudahan komersial dan perindustrian Palestin di kejiranan Wadi al-Joz, Baitulmaqdis. Ketua Dewan Perdagangan dan Perindustrian Arab Baitulmaqdis, Kamal Obeidat mengatakan bahawa Perbandaran Baitulmaqdis Israel, dengan persetujuan Jawatankuasa Perancangan dan Bangunan,mengeluarkan perintah pembongkaran terhadap 200 kemudahan yang berlainan. Kemudahan yang terancam itu berada … Read more200 kemudahan rakyat Palestin diancam untuk dimusnahkan di Baitulmaqdis

Malaysia mengutuk rancangan Israel untuk merampas tanah Palestin

Selasa, 02-06-2020 – Malaysia menyuarakan kebimbangan tentang niat Israel untuk merampas tanah Palestin di Tebing Barat dan menyelar tindakan rejim Israel yang mengabaikan undang-undang antarabangsa. “Malaysia sangat bimbang dengan pengumuman terbaru Israel untuk melaksanakan rancangan merampas tanah Palestin di Tebing Barat. Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya dan menolak tindakan haram Israel itu,” satu kenyataan akhbar dikeluarkan oleh … Read moreMalaysia mengutuk rancangan Israel untuk merampas tanah Palestin

Puluhan Peneroka Haram Cemarkan Masjidil Aqsa

Selasa, 02-06-2020 – Puluhan peneroka haram Yahudi ekstremis pada pagi Ahad menodai halaman Masjidil Aqsa beberapa jam setelah pihak berkuasa Awqaf Islam di Baitulmuqaddis Dijajah membuka pintunya kepada jamaah Muslim untuk solat subuh. Menurut sumber tempatan, kira-kira 75 peneroka haram, termasuk rabbi Yehuda Glick, memasuki Masjidil Aqsa melalui Pintu al-Maghariba dan menjelajah halamannya di bawah … Read morePuluhan Peneroka Haram Cemarkan Masjidil Aqsa

Pegawai Israel Dibebaskan Dari Penjara Setelah Membunuh OKU Palestin

Selasa, 02-06-2020 – Pihak berkuasa Israel pada hari Ahad lalu telah membebaskan dua pegawai polis dari penjara, sehari setelah mereka membunuh seorang pemuda OKU Palestin di Kota Lama Baitumaqdis. Eyad al-Hallaq, seorang warga Palestin berkelainan upaya berusia 32 tahun, ditembak mati oleh pegawai polis Israel berhampiran Gerbang al-Asbat di Baitulmaqdis. Pegawai polis mendakwa al-Hallaq kononnya … Read morePegawai Israel Dibebaskan Dari Penjara Setelah Membunuh OKU Palestin

Gaza Laporkan 29 Kes Baharu COVID-19

Isnin, 01-06-2020 – Kementerian Kesihatan di Semenanjung Gaza pada hari Khamis lalu telah mengumumkan bahawa 29 kes COVID-19 baharu telah dikesan di kawasan berkenaan, menjadikan jumlah keseluruhan kes menjadi 49. Yousef Abu al-Rish, timbalan menteri kesihatan Gaza, mengatakan dalam sidang media bahawa 29 jangkitan dilaporkan di kalangan warga Palestin yang baru-baru ini kembali dari Mesir … Read moreGaza Laporkan 29 Kes Baharu COVID-19

Polis rejim menahan pengawal Aqsa dan melarang beliau memasuki Masjid

Isnin, 01-06-2020 – Polis Israel pada Selasa menahan seorang warga Palestin yang bekerja sebagai pengawal di Masjid al-Aqsa dan melarang beliau memasuki kawasan itu selama seminggu. Pengawal Aqsa Hamza Nemer telah ditahan pada petang Selasa di masjid Dome of the Rock setelah beliau berdepan dengan polis rejim ketika serbuan di dataran Aqsa. Beliau kemudiannya dipindahkan … Read morePolis rejim menahan pengawal Aqsa dan melarang beliau memasuki Masjid

Zahhar meminta untuk menyatukan umat Islam daripada projek pembubaran

Isnin, 01-06-2020 – Umat Islam harus bersatu untuk menghadapi dan menggagalkan rancangan untuk membubarkan perjuangan Palestin, kata Dr Mahmoud al-Zahhar, pemimpin Hamas dan ketua blok parlimennya, pada hari Rabu. Zahhar, ketika berbicara di webinar untuk profesor universiti, mengatakan bahawa orang Arab dan Muslim harus mengembalikan peranan mereka dalam perjuangan Palestin dan harus bersatu dalam menghadapi … Read moreZahhar meminta untuk menyatukan umat Islam daripada projek pembubaran

Haniyah Seru Laksana Strategi Komprehensif untuk Menghadapi Ancaman Zionis

Jumaat, 22-05-2020 – Ketua Biro Politik Hamas, Ismail Haniyah, menyeru strategi komprehensif untuk menghadapi ancaman Zionis, dengan berlandaskan projek perlawanan yang komprehensif. Hal tersebut disampaikan Haniyah dalam ucapan yang disiarkan televisyen pada peringatan Hari Al-Quds Antarabangsa. Beliau mengatakan, “Hari ini kita menghadapi bahaya besar dan komprehensif. Kita percaya bahawa, sebagai umat Islam, memerlukan strategi dan  … Read moreHaniyah Seru Laksana Strategi Komprehensif untuk Menghadapi Ancaman Zionis

BDS Malaysia Mengutuk Tindakan Israel Ingin Merampas Tebing Barat

Jumaat, 22-05-2020 – Boikot, Pelupusan dan Sekatan (BDS Malaysia) mengutuk sekeras-kerasnya segala perancangan oleh Israel untuk merampas sebahagian besar Tebing Barat. Tindakan tersebut adalah pelanggaran terang-terangan terhadap undang-undang antarabangsa dan beberapa resolusi PBB dan Perhimpunan Agung PBB. Israel seperti biasa mengenepikan seluruh dunia.Rampasan itu pasti akan dibantah sekeras-kerasnya oleh warga Palestin. Israel yang berjaya melepaskan … Read moreBDS Malaysia Mengutuk Tindakan Israel Ingin Merampas Tebing Barat