Rejim Zionis cederakan warga Palestin ketika demonstrasi di Tebing Barat.

Rabu, 05-02-2020 – Rejim Zionis pada hari Isnin lalu telah mencederakan dua pemuda Palestin, salah seorang daripada mereka di mata, ketika menyuraikan penunjuk perasaan di bandar al-Khalil di Tebing Barat. Kementerian Kesihatan Palestin berkata dalam satu kenyataan ringkas bahawa seorang pemuda Palestin dikejarkan ke hospital selepas ditembak di mata dengan peluru logam bersalut getah oleh … Read moreRejim Zionis cederakan warga Palestin ketika demonstrasi di Tebing Barat.

Keluarga Palestin di Al Khalil diserang pelampau Yahudi bersenjata.

Rabu, 05-02-2020 – Sekumpulan pelampau yahudi telah menyerang sekeluarga dengan kejam di Tebing barat pada malam Sabtu yang lalu. Keluarga tersebut tinggal di Jabel al-Rahma di kawasan pertengahan al-Khalil. Menurut saksi, kumpulan yahudi bersenjata tersebut yang berasal dari sebuah kem haram di Ramat Yishai telah menyerang sekeluarga rakyat Palestin berhampiran dengan pos pemeriksaan ketenteraan di … Read moreKeluarga Palestin di Al Khalil diserang pelampau Yahudi bersenjata.

Rejim Zionis robohkan 3 rumah Palestin di Lod, Kafr Qasim.

Rabu, 05-02-2020 – Pihak berkuasa rejim Zionis telah mengeluarkan perintah roboh ke atas tiga rumah Palestin di Kafr Qasim dan bandar-bandar Los di wilayah Palestin yang diduduki sejak tahun 1948. Majlis Kebangsaan Israel untuk Perancangan dan Bangunan minggu lepas telah mengeluarkan perintah untuk merobohkan dua rumah Palestin serta sebuah tembok di Bandar Kafr Qasim dengan … Read moreRejim Zionis robohkan 3 rumah Palestin di Lod, Kafr Qasim.

Rejim Israel menangguhkan kemasukan simen ke Gaza

Selasa, 04-02-2020 – Menteri perang Israel mengambil keputusan malam semalam untuk menangguhkan kemasukan penghantaran simen ke Semenanjung Gaza sebagai reaksi ke atas kononnya serangan warga Palestin setiap hari di kawasan Israel. Menurut akhbar Maariv, tentera Israel memberikan arahan di atas kebenaran Bennett untuk menangguhkan eksport simen ke Gaza dan membatalkan permit untuk 500 peniaga simen. … Read moreRejim Israel menangguhkan kemasukan simen ke Gaza

Tentera Zionis Cederakan Wartawan, Tahan Seorang di al-Khalil

Selasa, 04-02-2020 – Seorang wartawan Palestin telah cedera dan seorang lagi ditangkap oleh tentera zionis ketika protes di bandar al-Khalil terhadap “Deal of the Century”. Sumber-sumber tempatan mengatakan bahawa berpuluh-puluh pelajar universiti berarak menuju pintu masuk utara ke bandar al-Khalil untuk membantah rancangan perdamaian AS untuk Timur Tengah, yang dikenali sebagai “Deal of the Century”. … Read moreTentera Zionis Cederakan Wartawan, Tahan Seorang di al-Khalil

Tentera Israel Tembak Pemuda Palestin Kerana Dituduh Cuba Melanggar

Selasa, 04-02-2020 – Pasukan Israel menembak seorang warga Palestin yang memandu kereta dengan tuduhan cuba melanggar sejumlah tentera Zionis di Jenin, Tebing Barat utara.Sebuah laman sesawang Israel melaporkan, seorang pemandu Palestin cuba melanggar sejumlah tentara Israel di persimpangan kota Arabah, Jenin selatan, kemudian pasukan Israel menembak dan mencederakannya tanpa ada yang tercedera dalam kalangan tentera … Read moreTentera Israel Tembak Pemuda Palestin Kerana Dituduh Cuba Melanggar

Tentera rejim, pelajar bertempur di pagar sempadan Gaza

Isnin, 03-02-2020 – Tentera rejim Israel bertempur dengan pelajar sekolah Palestin yang sedang berarak berdekatan pagar sempadan,  selatan Semenanjung Gaza. Menurut sumber tempatan, tentera rejim menembak peluru hidup dan gas pemedih ke arah mereka bagi menyuraikan perarakan pelajar itu yang membakar tayar berhampiran pagar keselamatan di timur bandar Khuza’ah di Khan Yunis, selatan Gaza. Bagaimana … Read moreTentera rejim, pelajar bertempur di pagar sempadan Gaza

Serangan udara pada waktu malam menyasarkan Gaza

Isnin, 03-02-2020 – Tentera rejim Israel pada Rabu malam melancarkan serangan udara ke atas kawasan pertanian dan kawasan pejuang di Semenanjung Gaza. Seorang wartawan dari Pusat Maklumat Palestin (PIC) berkata yang pesawat perang Israel melepaskan sekurang-kurangnya tiga roket ke arah kawasan pertanian di barat bandar Deir al-Balah pertengahan Gaza. Kemudiannya, satu serangan udara menyasarkan pos … Read moreSerangan udara pada waktu malam menyasarkan Gaza

Pendatang haram Yahudi bakar sekolah di Tebing Barat.

Jumaat, 31-01-2020 – Sekumpulan pendatang haram Yahudi bertindak menyusup masuk ke perkampungan Einabus, selatan Nablus di Tebing Barat pada waktu subuh dan membakar bilik darjah sekolah menyebabkan berlaku kerosakkan. Menurut kata saksi, beberapa pendatang Yahudi didapati telah mencucuh api pada bangunan sekolah di kampung itu dan menyembur cat tulisan Yahudi di dinding luarnya. Jumaat lepas, … Read morePendatang haram Yahudi bakar sekolah di Tebing Barat.

18 rakyat Palestin diculik oleh rejim Zionis di Tebing Barat dan Baitul Maqdis

Jumaat, 31-01-2020 – Rejim Zionis telah menculik sekurang-kurangnya 18 orang rakyat Palestin pada malam tadi dan pada hari Selasa yang lepas termasuk kanak-kanak dan wanita. Mereka juga turut menyerang beberapa buah rumah semalaman di Tebing Barat dan Baitulmaqdis.  Menurut Pertubuhan Banduan Palestin, 6 wanita Palestin telah ditangkap oleh Polis Israel pagi tadi ketika kehadiran mereka … Read more18 rakyat Palestin diculik oleh rejim Zionis di Tebing Barat dan Baitul Maqdis

Delegasi tertinggi Hamas mengakhiri lawatan 6 hari ke Malaysia

Jumaat, 31-01-2020 – Satu delegasi tertinggi Gerakan Hamas yang diketuai oleh ketua biro politiknya Ismail Haneyya mengakhiri lawatan 6 hari ke Malaysia pada Isnin. Delegasi Hamas itu tiba di Malaysia pada Selasa lepas, 21 Januari dan bertemu dengan perdana menteri Malaysia Mahathir Mohamed serta pegawai-pegawai kanan kerajaan yang lain. Delegasi itu turut mengadakan mesyuarat dengan … Read moreDelegasi tertinggi Hamas mengakhiri lawatan 6 hari ke Malaysia

Rejim Zionis cederakan berpuluh2 penduduk Gaza yang membantah “Perjanjian Abad Ini”.

Jumaat, 31-01-2020 – Puluhan penduduk Palestin cedera pada hari Selasa disebabkan peluru dan bom Israel ketika rejim Zionis (IOF) menyerang sebuah demonstrasi yang mengutuk “perjanjian abad ini” di utara Semenanjung Gaza. Sumber-sumber tempatan berkata bahawa rakyat Palestin berarak dekat Beit Hanoun menyeberangi utara Semenanjung Gaza dengan menolak “perjanjian abad ini”. Seorang pemuda Palestin dicederakan oleh … Read moreRejim Zionis cederakan berpuluh2 penduduk Gaza yang membantah “Perjanjian Abad Ini”.

Hamas: Perjuangan Dengan Segala Cara Mampu Lindungi Hak Palestin

Jumaat, 31-01-2020 – Hamas menyatakan bahawa perjuangan dengan segala cara, terutama perlawanan bersenjata mampu untuk melindungi hak Palestin di tengah tindakan Amerika yang berusaha menghapuskan konstitusi nasional Palestin di Al-Quds, hak kembali pelarian serta mendirikan negara Palestin berdaulat. Anggota biro politik Hamas, Husam Bandran menyatakan penolakan terhadap ‘Deal of Century’ dan menegaskan penglibatan dalam kempen … Read moreHamas: Perjuangan Dengan Segala Cara Mampu Lindungi Hak Palestin

Haneya menyeru mesyuarat nasional bagi menghadapi rancangan Amerika

Jumaat, 31-01-2020 – Ketua Biro Politik Hamas, Ismail Haneyya telah menegaskan bahasa Gerakkan beliau akan menolak “Kesepakatan Abad Ini” oleh Washington yang akan diumumkan kelak dan memberi bayangan bahawa ini adalah “pertempuran yang mewajibkan rakyat Palestin untuk berjuang” ” Palestin adalah tanahair kita dan permata berharga buat negara yang tidak boleh dijual beli,” kata beliau … Read moreHaneya menyeru mesyuarat nasional bagi menghadapi rancangan Amerika

Pegawai Hamas memuji sokongan Malaysia terhadap warga Palestin

Jumaat, 31-01-2020 – Pegawai Kanan Hamas Ezzat al-Resheq memuji kerajaan Malaysia dan rakyatnya atas peranan mereka menyokong perjuangan Palestin menentang penindasan oleh Israel. Dalam satu kenyataannya kepada PIC, al-Resheq berkata yang delegasi Hamas ke Malaysia, yang diketuai oleh Ismail Haneyya, menerima sambutan hangat dan mengadakan mesyuarat dengan Perdana Menteri Malaysia Mahathir Mohamed dan timbalannya Wan … Read morePegawai Hamas memuji sokongan Malaysia terhadap warga Palestin