Kota Belgium memutuskan hubungan dengan rejim apartheid Israel

Selasa, 06-06-2023 – Kota Verviers, Belgium telah menjadi kota terbaru di Eropah yang memutuskan hubungan dengan rejim apartheid itu bagi mengukuhkan sokongan terhadap rakyat Palestin. Verviers menuruti jejak langkah kota Liege, Belgium yang mana Majlis Perbandarannya mengambil keputusan memutuskan hubungan dengan Israel, dan menyebut ia sebagai rejim apartheid, kolonial dan penjajah ketenteraan. Juga pada bulan … Read moreKota Belgium memutuskan hubungan dengan rejim apartheid Israel

Serangan Israel, penangkapan di Baitulmaqdis yang dijajah

Selasa, 06-06-2023 – Pasukan polis Israel memindahkan dua aktivis Jerusalem, termasuk seorang wanita, dari kejiranan Sheikh Jarrah, pada petang Rabu. Aktivis Baitulmaqdis, Muhammad Abu al-Hummus menerima perintah pengusiran dari kejiranan Sheikh Jarrah selama dua minggu. Aktivis wanita Nafisa Khwais juga telah dihantar pulang selama dua minggu dari kejiranan Sheikh Jarrah, selepas dia dipanggil untuk disoal … Read moreSerangan Israel, penangkapan di Baitulmaqdis yang dijajah

Raafat Nassif dikurung bersendirian selama lima bulan

Khamis, 01-06-2023 – Perkhidmatan Penjara Israel telah mengurung pemimpin Hamas, Raafat Nassif secara bersendirian selama lima bulan. Pejabat Media Asra menegaskan dalam kenyataan pada Selasa, yang Nassif telah ditahan tanpa bicara selama dua belas bulan. “Nassif menderita beberapa masalah kesihatan termasuk migrain dan ulser perut,” pejabat itu menegaskan, dan menyeru semua organisasi hak asasi manusia … Read moreRaafat Nassif dikurung bersendirian selama lima bulan

Warga Palestin di persidangan Eropah mengutuk propaganda Sweden

Rabu, 31-05-2023 – Warga Palestin di Yayasan Persidangan Eropah mengutuk sekeras-kerasnya kempen menghina yang dilancarkan oleh beberapa akhbar Sweden terhadap sesi ke 20 persidangan itu, yang diadakan di Malmo pada Sabtu lepas dengan lebih 20,000 penyokong pro Palestin hadir. Yayasan itu menekankan bahawa khabar angin dan penipuan yang disebarkan tentang persidangan itu dan presidennya, yang … Read moreWarga Palestin di persidangan Eropah mengutuk propaganda Sweden

IPS melanjutkan kurungan banduan Ahmad Saadat secara solo.

Selasa, 30-05-2023 – Khidmat Penjara rejim Zionis Israel pada hari Khamis melanjutkan tempoh kurungan persendirian mengikut laporan Setiausaha Barisan Pembebasan Palestin. Persatuan Tahanan Palestin melaporkan IPS melanjutkan kurungan persendirian Saadat selama 2 minggu serta menafikan hak lawatan ahli keluarga beliau selama sebulan. Melanjutkan kurangan persendirian adalah sebahagian dari hukuman yang dikenakan oleh IPS ke atas … Read moreIPS melanjutkan kurungan banduan Ahmad Saadat secara solo.

EU menyelar keputusan Homesh Israel, keganasan pendatang di Tebing Barat

Selasa, 30-05-2023 – Kesatuan Eropah (EU) menyuarakan kebimbangan terhadap ekputusan rejim zionis untuk membenarkan pendatang Yahudi Kembali ke penempatan haram Homesh di utara Tebing Barat yang telah dikosongkan. “Kesatuan Eropah sangat bimbang dan mengutuk keputusan Israel untuk membenarkan warganya berada secara kekal di Homesh. EU menggesa rejim agak menghentikan keputusan yang diambil pada 17 Mei … Read moreEU menyelar keputusan Homesh Israel, keganasan pendatang di Tebing Barat

43 orang kanak-kanak Palestin menderita di penjara Damon

Jumaat, 26-05-2023 – Terdapat 34 orang kanak-kanak Palestin ditahan di penjara rejim zionis, penjara Dampn. Mereka menderita akibat keadaan yang teruk dan tidak berperikemanusiaan, demikian menurut Suruhanjaya Hal Ehwal Tahanan dan Bekas Tahanan Palestin. Dalam satu kenyataan pada Rabu, suruhanjaya itu berkata, kanak-kanak tersebut ditahan di dalam sel yang kotor dan dipenuhi serangga serta pengudaraan … Read more43 orang kanak-kanak Palestin menderita di penjara Damon

Abu Marzouk : Jenayah Israel yang berterusan tidak akan terlepas dari hukuman.

Khamis, 25-05-2023 – Ahli Biro Politik Hamas, Mousa Abu Marzouk berkata pembunuhan beramai-ramai yang dilakukan oleh rejim Zionis Israel pada Subuh Isnin di Nablus dan mengakibatkan tiga pejuang kemerdekaan syahid akan disabitkan dengan jenayah rejim Zionis Israel. Dalam satu kenyataan pada hari Isnin, Abu Marzouk menyatakan bahawa perbuatan keji tersebut belaku sehari selepas Menteri fahaman … Read moreAbu Marzouk : Jenayah Israel yang berterusan tidak akan terlepas dari hukuman.

Abu Kwaik: Darah para syuhada membuka jalan menuju kebebasan

Khamis, 25-05-2023 – Pemimpin Gerakan Hamas, Hussein Abu Kwaik, berkabung atas kematian tiga orang pemuda Palestin yang dibunuh hari ini di timur Nablus, dan menekankan yang darah para syuhada Palestin akan membuka jalan menuju kebebasan. Dalam satu kenyataan akhbar pada Isnin, Abu Kwaik menekankan yang pembunuhan para pemuda Palestin tidak akan melemahkan keazaman rakyat Palestin, … Read moreAbu Kwaik: Darah para syuhada membuka jalan menuju kebebasan

Pasukan Lawan Pedang Iraq Enggan Berdepan Dengan Pemain Israel

Khamis, 25-05-2023 – Pasukan lawan pedang kebangsaan Iraq telah menarik diri daripada Kejohanan Lawan Pedang Dunia yang berlangsung di bandar Turki, Istanbul selepas mengetahui bahawa anggotanya perlu berdepan dengan pemain lawan Israel, Jumaat lalu. “Pasukan kebangsaan Iraq menarik diri daripada perlawanan individu dalam kejohanan tersebut yang berlangsung di Istanbul dan merupakan kelayakan untuk ke Sukan … Read morePasukan Lawan Pedang Iraq Enggan Berdepan Dengan Pemain Israel

Kerajaan Israel Mengadakan Pertemuan Di Dalam Terowong Di Bawah Masjid Aqsa

Selasa, 23-05-2023 – Dalam langkah yang bertujuan untuk mengekalkan keharmonian di Baitulmaqdis timur, kerajaan Israel telah mengadakan mesyuarat kabinet mingguannya pada hari Ahad lepas di dalam sebuah terowong di bawah tembok barat Masjidil Aqsa. Semasa pertemuan itu, kerajaan Israel meluluskan pelbagai projek untuk kaum Yahudi dan penempatan haram di Baitulmaqdis timur. Selain itu, kerajaan Israel … Read moreKerajaan Israel Mengadakan Pertemuan Di Dalam Terowong Di Bawah Masjid Aqsa

Peneroka haram Yahudi menyerang pengembala biri biri Palestin di utara Lembah Jordan.

Selasa, 23-05-2023 – Peneroka haram Yahudi pada hari Ahad lepas menyerang pengembala biri-biri Palestin setelah menyerbu kawasan al-Himma di utara Lembah Jordan di timur Tebing Barat. Aref Daraghmeh, pejuang hak manusia, melaporkan bahawa peneroka haram Yahudi menyerang pengembala ketika mereka sedang menjaga ternakan mereka di kawasan al-Himma. Dia menambah peneroka haram menyerang warga Palestin Mohammad … Read morePeneroka haram Yahudi menyerang pengembala biri biri Palestin di utara Lembah Jordan.

IOF serbu kampung Tulkarem dengan melepaskan tembakan

Selasa, 23-05-2023 – Pertelingkahan ganas tercetus di kampung Balaa, timur Tulkarem, setelah diserbu tentera rejim zionis (IOF) dengan tembakan pada petang Ahad. Ketika serbuan itu, IOF menyerbu dengan ganas dan menggeledah sebuah rumah, menyebabkan kekacauan. IOF juga merampas rakaman kamera pengawasan di sejumlah kedai komersial di pinggir Artah, selatan bandar itu. sumber : https://english.palinfo.compenterjemah : … Read moreIOF serbu kampung Tulkarem dengan melepaskan tembakan

114 peneroka haram mencemari masjid al-Aqsa. 

Isnin, 22-05-2023 – Gerombolan ekstrimis peneroka haram Yahudi mencemari Masjid al-Aqsa di kawasan Jeruslam yang dijajah di bawah perlindungan ketat polis pada pagi dan petang hari Rabu lepas. Menurut sumber dari laman portal berita al-Qastal , seramai 114 peneroka haram memasuki Masjid dalam kumpulan berbeza melalui pintu Maghariba dan mencerobohi kawasan perkarangan Masjid. Ketika pencerobohan … Read more114 peneroka haram mencemari masjid al-Aqsa. 

Hamas mengutuk keganasan terkini rejim Zionis

Isnin, 22-05-2023 – Pada Rabu lepas, Gerakan Hamas mengutuk sekeras-kerasnya penahanan dan kempen pengusiran yang dilancarkan oleh rejim zionis terhadap rakyat Palestin sebelum perarakan bendera bagi menyelamatkan perarakan pendatang Yahudi. “Kami menegaskan, perarakan yang bertujuan untuk menyerapkan unsur Yahudi di Baitulmuqaddis tidak akan menjadikan Israel berhak ke atas ibu negara Palestin itu,” jurucakap Hamasuntuk Baitulmuqaddis … Read moreHamas mengutuk keganasan terkini rejim Zionis