Haneyya menelefon Mladenov, berbincang masalah penting dengannya

Isnin, 29-06-2020 – Ketua biro politik Hamas, Ismail Haneyya telah bercakap melalui telefon dengan utusan khas PBB ke Timur Tengah, Nickolay Mladenov dan berbincang dengan beliau mengenai berbagai perkembangan yang berkaitan dengan perjuangan Palestin. Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Gerakan Hamas, Haneyya menjelaskan semasa perbualan telefon yang panjang dengan Mladenov mengenai bahaya yang masih wujud … Read moreHaneyya menelefon Mladenov, berbincang masalah penting dengannya

Konfrontasi Sengit dengan Israel Pasca Pembunuhan Erekat

Jumaat, 26-06-2020 – Sejumlah pemuda pada Selasa (23/6/2020) malam, mengalami sesak nafas dalam konfrontasi sengit dengan pasukan penjajah Israel di kota Abu Dis, sebelah timur al-Quds. Konfrontasi ini meletus setelah pasukan penjajah Israel menembak mati pemuda Palestin Ahmed Erekat di pos pemeriksaan militan Container. Saksi yang melihat kejadian menyebutkan bahawa tentera penjajah Israel menembak peluru … Read moreKonfrontasi Sengit dengan Israel Pasca Pembunuhan Erekat

Kepimpinan Hamas menemui Timbalan Menteri Luar Russia di Doha

Jumaat, 26-06-2020 – Pada Selasa, satu delegasi tertinggi Gerakan Hamas yang diketuai oleh ketua politiknya Ismail Haneyya bertemu dengan Mikhail Bogdanov, timbalan menteri luar Russia dan Nur Kholov, duta Russia ke Qatar, di ibu negara Qatar, Doha. Delegasi Hamas itu turut disertai oleh bekas ketua politik Khaled Mishaal dan ketua perhubungan antarabangsa Mousa Abu Marzouk, … Read moreKepimpinan Hamas menemui Timbalan Menteri Luar Russia di Doha

Tentera Zionis (IOF) pada hari Rabu merobohkan tujuh rumah Palestin di Negev, Jerusalem dan Tebing Barat.

Jumaat, 26-06-2020 – Sumber tempatan mengatakan bahawa jentolak Israel, yang dikawal oleh angkatan bersenjata, menyerbu kawasan Beir al-Hamam di Negev dan merobohkan tiga kediaman Palestin. Konfrontasi meletus antara IOF dan penduduk tempatan, di mana IOF menyerang lelaki muda, wanita dan kanak-kanak. Di Baitulmuqaddis, IOF merobohkan rumah yang didiami oleh warga Palestin Sharhabil Alqam dan lapan … Read moreTentera Zionis (IOF) pada hari Rabu merobohkan tujuh rumah Palestin di Negev, Jerusalem dan Tebing Barat.

Pertembungan di Abu Dis dan Eizariya, Israel Tangkap Remaja di Jabal Mukaber

Jumaat, 26-06-2020 – Pada hari Rabu (24/6/2020) malam, pertembungan berlaku antara pasukan penjajah  Israel dengan para pemuda Palestin, susulan serbuan yang dilakukan pasukan penjajah Israel ke kota Eizariya dan Abu Dis, di kota al-Quds. Sementara itu pasukan  penjajah Israel menangkap seorang remaja Palestin di Jabal Mukaber. Sumber tempatan di kota Abu Dis melaporkan bahawa seramai … Read morePertembungan di Abu Dis dan Eizariya, Israel Tangkap Remaja di Jabal Mukaber

Arahan bersyarat Mahkamah Israel pembebasan warga Baitulmuqaddis dan anak-anaknya

Khamis, 25-06-2020 – Satu Mahkamah Israel pada Isnin mengambil keputusan mengarahkan pembebasan bersyarat seorang warga Baitulmuqaddis dan anak-anak lelakinya beberapa hari setelah mereka diculik oleh pois rejim dari kediaman mereka di kota suci. Menurut sumber tempatan, mahkamah itu mengarahkan pembebasan Mansour Abu Gharbiya dan tiga anak lelakinya dengan syarat setiap daripada mereka membayar penalty sebanyak … Read moreArahan bersyarat Mahkamah Israel pembebasan warga Baitulmuqaddis dan anak-anaknya

Bapa, anak lelaki serta cucu cedera dalam serangan di Ramallah

Khamis, 25-06-2020 – Tiga warga Palestin dari keluarga yang sama telah cedera setelah sekumpulan peneroka Israel menyerang mereka di kampung Ras Karkar, daerah Barat Ramallah. Sumber tempatan mengatakan bahawa sejumlah besar peneroka Israel menyerang Rateb Abu Fkheida, 62, anaknya Othman, 28, dan cucunya Moheeb, 18, ketika mereka bekerjadi tanah pertanian mereka di Ras Karkar. Ketiga-tiga … Read moreBapa, anak lelaki serta cucu cedera dalam serangan di Ramallah

Polis Israel Tahan Ibu Warga Palestin dan Bayinya di Baitulmaqdis

Khamis, 25-6-2020 – Polis Israel pada Selasa lalu telah menculik seorang ibu warga Palestin bersama-sama bayinya berhampiran kawasan Bab Hitta di Kota Baitulmaqdis. Sumber tempatan mengatakan bahawa polis Israel menahan seorang wanita Palestin yang hadir bersama bayinya yang berusia lima bulan di Bab Hitta di Baitulmaqdis. Sementara itu, pasukan polis Israel telah menyerbu perkampungan al-Sawahira ash-Sharqiya … Read morePolis Israel Tahan Ibu Warga Palestin dan Bayinya di Baitulmaqdis

Rejim Zionis usir rakyat Palestin dari tanah mereka di Bethlehem.

Rabu, 24-06-2020 – Rejim Zionis pada hari Ahad yang lalu telah memerintahkan pengusiran seorang warga Palestin dari tanah pertaniannya di bandar al-Khader di daerah Bethlehem di Tebing Barat. Aktivis anti-pengusiran Hasan Breijiya berkata, rejim Zionis telah menyerahkan notis kepada Bassam Ghoneim yang juga seorang warga tempatan bagi memerintahkannya untuk keluar dari tanah milik beliau yang … Read moreRejim Zionis usir rakyat Palestin dari tanah mereka di Bethlehem.

Kementerian umumkan 84 kes baru COVID-19 di Tebing Barat

Rabu, 24-06-2020 – Kementerian Kesihatan Pihak Berkuasa Palestin mengumumkan terdapat 84 kes baru COVID-19 (coronavirus) dikesan di Tebing Barat pada Sabtu. Menteri kesihatan al-Kaila melaporkan 84 jangkitan COVID-19 di Ramallah, al-Khalil daerah Nablus. Para pesakit baru itu menurut Kaila, merupakan kontak rapat dengan kes-kes COVID-19 yang disahkan sebelum ini. sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : nur idawati

Israel Sita Tanah Penduduk Di Betlhem Untuk Pembinaan Jalan Raya

Rabu, 24-06-2020 – Pasukan penjajah zionis, Ahad (21/6) mula membina jalan penempatan n di tanah Palestin yang mereka sita di Nahalin, Bethelem barat, Tebing Barat selatan. Para aktivis di kota Nahalin melaporkan, pasukan Israel menyerbu kawasan dan melarang penduduk memasukinya, kemudian jentolak Israel mula meratakan tanah untuk membina jalan untuk menghubungkan penempatan Betar Elit yang … Read moreIsrael Sita Tanah Penduduk Di Betlhem Untuk Pembinaan Jalan Raya

Polis Israel menangkap pengawal dan lima wanita di Masjidil Aqsa

Rabu, 24-06-2020 – Polis Israel telah menahan seorang penjaga Masjid al-Aqsa dan lima wanita di kawasan solat Bab al-Rahma di Baitulmaqdis. Sumber tempatan menyatakan bahawa polis Israel menahan penjaga Masjid al-Aqsa, Abed al-Karim Qa’oud dan memindahkannya ke pusat tahanan berdekatan untuk disoal siasat. Lima wanita Palestin yang dikenali sebagai Shefaa Abu Ghalia, Aya Abu Nab, … Read morePolis Israel menangkap pengawal dan lima wanita di Masjidil Aqsa

Hamas puji pendirian pakar lantikkan PBB menolak rancangan perluasan wilayah.

Rabu, 24-06-2020 – Pergerakan Hamas menyambut baik kenyataan berapa  pakar dari pertubuhan hak asasi manusia  bebas yang dilantik PBB berhubung rancangan perluasan wilayah pihak rejim Israel yang bakal dilaksanakan bermula seawal-awalnya bulan hadapan. Kenyataan bersama terbaru melibatkan hampir 50 pakar hak asasi kemanusiaan – lantikan Majlis Hak Asasi Kemanusiaan PBB – telah menyeru masyarakat antarabangsa … Read moreHamas puji pendirian pakar lantikkan PBB menolak rancangan perluasan wilayah.

Para pendatang mula membina jalan baru untuk menghubungkan penempatan-penempatan di Tebing Barat

Isnin, 22-06-2020 – Para pendatang Yahudi meratakan seluas beberapa dunum tanah warga Palestin di bandar Qusra, selatan Nablus di Tebing Barat bagi membina jalan baru. Pegawai tempatan Ghassan Daghlas berkata, jentolak yang dimiliki para pendatang mula meratakan tanah di bandar Qusra untuk membina jalan sepanjang 7 kilometer yang menghubungkan terutamanya pos Esh Kodesh dan penempatan … Read morePara pendatang mula membina jalan baru untuk menghubungkan penempatan-penempatan di Tebing Barat

Amnesty: Tak Cukup Dengan Kritikan, Tel Aviv Perlu Diberi Hukuman

Isnin, 22-06-2020 – Amnesty Internasional mengutuk rancangan aneksasi Israel terhadap wilayah Tebing Barat terjajah. Dalam pernyataan yang dikeluarkan melalui twitter, Amnesty meminta masyarakat iantarabangsa terutama PBB, untuk mengenakan hukuman kepada Israel atas pelanggaran terhadap rakyat Palestin bukan sekadar kritikan. Menurut Amnesty, kritikan tanpa hukuman tidak dapat menamatkan kezaliman dan tidak boleh menghentikan Israel untuk mengelak … Read moreAmnesty: Tak Cukup Dengan Kritikan, Tel Aviv Perlu Diberi Hukuman