admin
This user hasn't shared any biographical information
Yahoo Messenger: uumlinux2
Jabber/GTalk: ahmad.rizal@gmail.com
Posts by admin
Hamas: Kami tidak akan respon terhadap percanggahan jurucakap Fatah.
Feb 9th

Selasa , 09/02/2010 – Pergerakan Hamas mengesahkan pada Ahad lalu bahawa respon mereka di dalam laporan Goldstone tidak mengandungi sebarang permintaan maaf. Pergerakan itu juga menegaskan bahawa penduduk Palestin berhak mempertahankan diri mereka dan menentang pencerobohan Israel. More >
Tentera rejim serbu rumah pemimpin Hamas di Tebing Barat.
Feb 9th

Selasa , 09/02/2010 – Tentera Rejim Zionis telah menyerbu rumah penduduk Palestin Ismail Abu Tamie, seorang pemimpin politik Hamas di bandar Jenin, utara Tebing Barat, pada hari Isnin, menurut sumber-sumber tempatan. More >
KDN Palestin tidak akan benarkan kekacauan di Gaza.
Feb 9th

Selasa , 09/02/2010 – Kementerian Dalam Negeri kerajaan Palestin yang sah menegaskan ia tidak akan membenarkan kekacauan melanda semula Semenanjung Gaza sambil menyatakan ia masih menjalankan siasatan bagi mengetahui pihak yang terlibat dalam kebanyakan kejadian pengeboman yang berlaku di Semenanjung Gaza akhir-akhir ini. More >
Mesir mula bangunkan tembok pemisah perairan di sempadan Gaza.
Feb 9th

Selasa , 09/02/2010 – Media Mesir hari ini melaporkan terdapat saksi di Rafah yang menyebutkan kerja-kerja pembangunan tembok pemisah di perairan sempadan Gaza oleh kerajaan Mesir telah di mulakan. Jentera-jentera berat telah berada di situ dan kerja-kerja menambak telah dijalankan. More >
Suruhanjaya kepada pemimpin Arab: Isytihar Jerusalem zon bencana.
Feb 9th

Selasa , 09/02/2010 – Suruhanjaya Islam Kristian yang ditubuhkan untuk menjaga Jerusalam dan tempat-tempat ibadat yang lain memberi amaran bahawa proses pengyahudian kawasan-kawasan tersebut telah masuk ke fasa kritikal. More >
Ratusan rakyat di Nagev hidup tanpa air.
Feb 9th

Selasa , 09/02/2010 – Ratusan penduduk di Nagev kini menghadapi masalah kekurangan air. Masalah ini salah satu cara Zionis-Israel membuktikan kezaliman terhadap rakyat Palestin. Hasil daripada masalah ini, ramai diantara mereka yang mengidap kolera, Tipus dan disentri. Walaupun kes ini telah di bawa ke mahkamah Israel bagi urusan air, hakim Roni Shabera telah menolak kes itu.
sumber : COMES
penterjemah : Abu Awatif
Khudari memberi amaran pada rejim Zionis yang mensasarkan nelayan Palestin.
Feb 8th

Isnin , 08/02/2010 -MP Jamal Al-Khudari, Ketua Jawatankuasa anti pengepongan, telah memberi amaran kepada Israel di atas peningkatan serangan terhadap nelayan Palestin atas alasan keselamatan. More >
Bahan bakar untuk membekal tenaga bagi Gaza cuma cukup untuk 24 jam.
Feb 8th

Isnin , 08/02/2010 – Lembaga Tenaga Palestin mengumumkan bahawa salah satu penjana dalam stesen janakuasa elektrik Gaza telah berhenti berfungsi Sabtu lalu akibat kekurangan bahan bakar dan jumlah bahan bakar yang ada cuma dapat menampung operasi stesen itu hanya untuk 24 jam lagi. More >
Taha: Keadaan di Tebing Barat tidak membantu merapatkan hubungan.
Feb 8th

Isnin , 08/02/2010 – Aiman Taha, seorang pimpinan HAMAS menegaskan apa yang berlaku di Tebing Barat akan menyebabkan langkah pembinaan kepercayaan di antara Fatah dan HAMAS terbantut dan tidak menyumbang kepada penamatan perpecahan yang sedang berlaku. Beliau merujuk kepada bentuk tindakan dan hubungan yang dilakukan oleh Fatah terhadap para pemimpin dan anggota HAMAS. More >
Mabhouh: Siapa yang memilih laluan perjuangan penuh rintangan pasti mengetahui pengakhirannya.
Feb 8th

Isnin , 08/02/2010 – Mahmoud Al-Mabhouh, panglima Hamas yang telah dibunuh di Bandar raya Dubai oleh pihak Mossad Israeli beberapa minggu lepas, telah menyatakan yang beliau telah memilih laluan rintangan itu dan mengetahui beginilah pengakhirannya. More >
Amerika kepada Israel : Kurangkan pengepungan ke atas Gaza untuk kurangkan tuduhan jenayah perang Goldstone.
Feb 8th

Isnin , 08/02/2010 – Amerika Syarikat mencadangkan kepada Israel agar mengurangkan pengepungan ke atas Gaza supaya dapat menafikan tuduhan jenayah perang semasa Operasi ‘Cast Lead’ lebih setahun lalu, seperti dalam laporan Goldstone. More >
Militia Abbas memalukan wanita Palestin di Tebing Barat.
Feb 8th

Isnin , 08/02/2010 -Beberapa sumber tempatan mengesahkan bahawa kumpulan pasukan keselamatan PA di Tebing Barat telah menyaman Layla Saqar untuk tujuan soal siasat dalam satu percubaan untuk memberi tekanan kepada suaminya Ahmad Nabhan Saqar yang telah menderita dalam penjara Israel selama sepuluh tahun kini. More >
Abbas hanya mahu berbincang dengan Israel berbanding Hamas.
Feb 8th

Isnin , 08/02/2010 – Fawzi Barhoum, jurucakap Pergerakan Hamas di Semenanjung Gaza Ahad lalu menyatakan bahawa perhatian utama Mahmoud Abbas adalah berbicang dengan Israel dan bukannya Hamas.
Pemimpin Arab bakal dihadapkan ke mahkamah.
Feb 7th

Ahad, 07/02/2010 – Pemimpin Arab minoriti dalam kerajaan Israel diberi amaran akan diserang dan menghadapi risiko dihadapkan ke mahkamah, dengan sokongan sayap kanan kerajaan Benjamin Netanyahu, demi menyekat aktiviti politik mereka. More >
Kecacatan bayi di Gaza meningkat akibat kesan peperangan.
Feb 6th

Sabtu, 06/02/2010 – Walaupun “Operation Cast Lead” Israel telah berakhir pada januari 2009, kesannya masih ada dan akan terus dirasai beberapa dekad mendatang. Doktor di Bandar Gaza melaporkan kenaikan kecacatan kelahiran yang membimbangkan di kalangan wanita yang terdedah dengan posporus putih dan beberapa lagi bahan kimia yang digunakan dalam senjata Israel. More >

Recent Comments