Haneyya gesa masyarakat antarabangsa halang kekejaman Israel ke atas Gaza .

Khamis , 14/01/2010 – Perdana Menteri Palestin, Ismail Haneyya menegaskan pada Selasa lalu bahawa kerajaannya sedang berhati-hati memantau kebangkitan terbaru militari Israel ke atas Semenajung Gaza yang dikepung. Walaubagaimanapun beliau menafikan berlakunya satu lagi kekejaman menyeluruh oleh Israel ke atas Semenanjung itu.

Read moreHaneyya gesa masyarakat antarabangsa halang kekejaman Israel ke atas Gaza .

Mesh’al: HAMAS akan maklumkan pendirian mengenai tawanan beberapa hari lagi.

Rabu , 13/01/2010 – Khaled Mesh’al, ketua Biro Politik HAMAS menegaskan bahawa pergerakannya akan menyampaikan pendirian yang jelas kepada orang tengah Jerman, tentang pertukaran tawanan dalam masa beberapa hari lagi. Dalam masa yang sama, beliau menafikan Syria meminta HAMAS agar bersetuju untuk menandatangani perjanjian perdamaian Palestin yang ditaja oleh Mesir itu di luar negara Mesir. Beliau juga menuduh Washington berusaha untuk menggagalkan perdamaian.

Read moreMesh’al: HAMAS akan maklumkan pendirian mengenai tawanan beberapa hari lagi.

Jamaat-e-Islami ulangi sokongan kepada rakyat Palestin, Al-Quds.

Rabu , 13/01/2010 – Pemimpin Jamaat-e-Islami Pakistan, Syed Munawar Hasan menegaskan sekali lagi sokongan jemaahnya terhadap Muslim Palestin yang sedang berjuang membebaskan Al-Aqsa dan Negara mereka yang sedang dijajah. Beliau juga menyeru umat Islam seluruhnya agar terus memberi sokongan yang tidak berbelah-bagi terhadap misi suci ini.

Read moreJamaat-e-Islami ulangi sokongan kepada rakyat Palestin, Al-Quds.

Rejim Zionis melarang kemasukan Syeikh Salah ke Baitulmuqaddis selama enam bulan.

Rabu , 13/01/2010 –Rejim Zionis mengeluarkan arahan ketenteraan pada Isnin lalu melarang kemasukan Syeikh Raed Salah, pemimpin Gerakan Islam Palestin 1948, dari memasuki Baitulmuqaddis selama enam bulan, kecuali jika beliau dipanggil untuk soal siasat atau prosedur undang-undang lain.

Read moreRejim Zionis melarang kemasukan Syeikh Salah ke Baitulmuqaddis selama enam bulan.

PM Turki Kritik Keras Israel dan Minta PBB Direformasi.

Rabu , 13/01/2010 – PM Turki, Receb Taib Erdogan mengkritik Zionis-Israel dengan keras kerana tidak merealisasikan resolusi-resolusi PBB dan terus melanggar ruang udara Lubnan dan terus menyerang Gaza. Dalam satu perjumpaan dengan PM Lubnan, Sa’ad Hariri di Ankara, Erdogan menegaskan tidak akan berdiam terhadap salah laku Zionis-Israel. Beliau juga akan mengingatkan Menteri Pertahanan Israel, Ehud Barack agar tidak melanggar perdamaian antarabangsa.

Read morePM Turki Kritik Keras Israel dan Minta PBB Direformasi.

Delegasi Jordan ke Gaza disambut meriah.

Isnin , 11/01/2010 –Ratusan rakyat Jordan dan aktivis Ikhwanul Muslimin menyambut wira mereka yang pulang dari Gaza yang menyertai konvoi Liveline, Viva Palestina. Meskipun mereka diserang dan disekat oleh kerajaan Mesir, konvoi itu masih berjaya menyalurkan bantuan yang di bawa bersama. Delegasi yang baru tiba itu turut menyampaikan salam dari rakyat Gaza.

Read moreDelegasi Jordan ke Gaza disambut meriah.