Israel tetap membunuh

Rakyat Palestin mencari mayat di dalam kereta yang berkecai terkena bedilan peluru berpandu jet pejuang Israel pada Ahad, 5/2/2006 yang lalu di bandar Gaza. Mayat tersebut adalah dari pejuang Jihad Islami.

Kemenangan HAMAS : Wawancara Eksklusif Bersama Dr Azzam Tamimi

Usai kemenangan HAMAS, wartawan palestinkini.info, saudara Maszlee Malik telah berpeluang untuk menemu ramah Dr Azzam Tamimi (gambar), Pengarah Institute of Islamic Political Thought (IIPT), UK. Beliau yang berada di Nagoya, Jepun terpaksa bergegas pulang ke London sejurus kemenangan HAMAS untuk diwawancara oleh pelbagai pihak.

Read moreKemenangan HAMAS : Wawancara Eksklusif Bersama Dr Azzam Tamimi

PA milik HAMAS

Jumaat, 27/01/2006 –Menurut keputusan awal selepas pengiraan lebih 95 % daripada kotak-kotak undian, ternyata HAMAS mengguguli pilihanraya legaslatif kali ini. HAMAS berjaya memenangi 76 kerusi daripada 132 kerusi yang dipertanding, ini bermakna HAMAS mendapat 60.5% daripada suara rakyat. Fatah, yang merupakan mantan parti memerintah hanya berjaya memenangi 43 kerusi sahaja, manakala 13 kerusi yang lain dimenangi oleh parti-parti kecil yang lain.Lebih 77.9% rakyat Palestin yang layak mengundi dilaporkan telah membuang undi mereka di dalam pilihanraya kali ini.

Read morePA milik HAMAS

Pilihanraya Palestin hari ini !

Calon daripada HAMAS berdiri di bawah sepanduk semasa kempen pilihanraya Tebing Barat di bandar Hebron pada Isnin, 23 Januari 2006. Rakyat Palestin menampal poster, menggantung sepanduk dan mengadakan perarakan dengan membawa pembesar suara.