2 ditangkap, serangan roket diteruskan

Betlehem , Khamis , 30/06/2005 – Tentera Zionis-Israel kembali melakukan operasi penangkapan terhadap pelarian di kem utara. Dlirar Al Izza merupakan salah seorang pemuda yang ditangkap dan pernah ditangkap sebelum ini oleh tentera Zionis-Israel. Salah seorang lagi yang ditangkap ialah Rami Abdullah Al Huraimi. Keluarga Al Huraimi tidak dimaklumkan ke atas penangkapan itu.

Read more2 ditangkap, serangan roket diteruskan

Lagi Tembak Menembak di Bethlehem

Rabu , 29/06/2005 –Tentera Zionis-Israel bertindak menyerang Betfajjar bahagian selatan Betlehem semalam. Serangan itu menyebabkan penduduk di situ mengalami kesukaran untuk bernafas akibat serangan gas pemedih mata. Akibatnya, sejumlah warga mengalami sesak nafas akibat gas air mata. Dalam pada itu, pejuang Al Quds sempat menyerang penempatan Zionis-Israel, Moraj dan Naveh Deklem.

Read moreLagi Tembak Menembak di Bethlehem

Klik! … bersama Palestinkini

Kelihatan beberapa orang kanak2 Palestin di kawasan Silwan (timur Jerusalem). Pihak rejim Zionis sedang bersiap sedia merobohkan 88 penempatan rakyat Palestin di Silwan yang kononnya merupakan kawasan bandar suci Israel.