Barghouthi : Ini adalah sebab kenapa kami mogok lapar ketika dalam tahanan

Selasa, 25-04-2017 – Ahli Jawatankuasa Pusat Fatah yang merupakan banduan tahanan Israel, Marwan al-Barghouthi, berkata bahawa lima belas tahun beliau menghabiskan di penjara Israel memolehkan beliau menyaksikan tangkapan besar-besaran sewenang-wenangnya dan layanan buruk oleh regim Israel terhadap rakyat Palestin.

Barghouthi menulis dalam sebuah artikel yang disiarkan dalam akhbar New York Times dan dilaporkan oleh al-Jazeera, dengan bermulanya mogok lapar terbuka oleh 1,500 tahanan Palestin di penjara Israel, itu adalah cara yang penentangan paling aman.

Barghouthi mengkritik Israel dan polisi-polisi menindas mereka, “Saya berumur lima belas tahun ketika saya ditahan buat kali pertama dan saya hampir tidak mencecah umur 18 apabila zionis memaksa saya untuk berdiri telanjang dan memukul kemaluan saya. Saya pengsan apabila kepala saya mencecah tanah. Zionis menghina saya, mereka berkata bahawa orang seperti saya tidak boleh mempunyai anak kerana anak saya mungkin akan menjadi pengganas dan penjenayah. Saya sekali lagi di penjara Israel mengetuai mogok lapar.”

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Syed Ahmad Muhsin

Tahanan penjara menyertai perarakan kebebasan dan maruah

Selasa, 25-04-2017 – Tujuh tahanan yang sedang berada dalam keadaan sakit menyertai mogok lapar secara terbuka di Penjara Ashkelon untuk dua hari berturut-turut pada Selasa lepas. Jawatankuasa tahanan dan bekasan tahanan bersama Persatuan Banduan Palestin memberitahu kepada peguam Kareem Ajwa bahawa tujuh tahanan ini mengambil keputusan untuk turut sama menyertai mogok lapar bersama tahanan lain.

1,500 tahanan Palestin di penjara Israel memulakan mogok lapar bermula 17 April bersempena hari Tahanan Palestin bagi mendapatkan semula hak mereka untuk dibebaskan. Jumlah tahanan yang menyertai mogok lapar ini dijangkakan akan terus meningkat.

Untuk rekod, tahanan Palestin di penjara Israel telah melancarkan 23 siri mogok lapar sejak tahun 1967, dalam siri sebelumnya, ianya diadakan selama 63 hari pada tahun 2014.

Pihak Hamas mengumumkan mereka menyokong sepenuhnya mogok lapar ini dalam usaha mengembalikan kebebasan dan maruah tahanan. Lebih 6,500 tahanan warga Palestin ketika ini sedang di tahan di Penjara Israel termasuk 58 orang wanita, 300 orang kanak-kanak, 500 tahanan politik dan 1,800 tahanan yang mengalami sakit kritikal.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : wea

Hamas tidak akan bubarkan Jawatankuasa Pentadbir Gaza, kata Hayya.

Selasa, 25-04-2017 – Anggota Biro Politik Hamas, Khalil al-Hayya berkata, dasar yang diamalkan oleh Presiden Palestin, Mahmud Abas terhadap Gaza telah menceroboh urusan dalaman wilayah tersebut.

Semasa berucap dalam satu sidang akhbar yang diadakan oleh pihak Hamas di Gaza, beliau menyatakan bahawa, “Kami terkejut dengan tindaktanduk Abas terhadap Gaza,” dan menyatakan adalah menyedihkan dia telah menggunakan àlasan agama bagi mewajarkan tindakan yang boleh membawa kehancuran terhadap Semenanjung Gaza.

Beliau menekankan tentang pentingnya perpaduan berasaskan kepada kerjasama dan saling mempercayai antara satu sama lain bagi menghadapi rejim penjajah Israel dan menambah sebaliknya Gaza pula yang sedang diperangi oleh Abas, seorang yang mahukan kemegahan kerana menjadi pencetus revolusi.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin mhd ali

Israel melarang lawatan penjara pada hari kedua mogok lapar besar-besaran

Selasa, 25-04-2017 – Rejim Israel melarang beberapa keluarga Palestin daripada melawat saudara mereka yang ditahan di penjara Israel, pada hari kedua mogok lapar.

Bercakap kepada PIC, Dr. Farid Abu Dheir berkata beliau diberitahu oleh Palang Merah yang rancangan lawatan untuk melawat anaknya, Baraa telah dibatalkan akibat mogok lapar. Beberapa keluarga telah menempuhi perjalanan panjang dan meletihkan untuk menemui saudara mereka yang ditahan, kerana mereka tidak dimaklumkan tentang larangan itu.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati

Pihak berkuasa Israel mengancam merobohkan masjid berhampiran al-Aqsa

Selasa, 25-04-2017 – Pihak berkuasa Israel (IOA) memberi amaran untuk merobohkan sebuah masjid di bandar Silwan, selatan Masjid al-Aqsa, atas alasan pembinaan tidak berlesen. Jurucakap media untuk Jawatankuasa Pertahanan Silwan, Fakhri Abu Diab, berkata krew perbandaran Israel mengancam untuk merobohkan Masjid Abdullah al-Sanawi, di bandar Silwan, yang dibina beberapa tahun lalu di sebuah saluran tanah yang kaya dengan hasil bumi.

Masjid ini merupakan satu-satunya tempat ibadat bagi hampir 4,000 penduduk Islam di kawasan itu. Dia menambah bahawa perbandaran Israel di BaitulMaqdis sering menolak rayuan Palestin untuk mendapatkan lesen pembinaan sebagai sebahagian daripada pembersihan etnik yang bertujuan untuk menghapuskan watak Islam di bandar ini.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Syed Ahmad Muhsin

Jordan menyelar pencerobohan para pendatang ke atas Masjid al-Aqsa

Rabu, 19-04-2017 – Kerajaan Jordan menyelar pencerobohan besar-besaran oleh para pendatang Israel ke dataran Masjid al-Aqsa dengan dilindungi oleh polis rejim Israel.

Dr. Mohammad Al Momani, Menteri Hal Ehwal Media dan Komunikasi Jordan juga jurucakap kerajaan Jordan berkata dalam kenyataannya pada Khamis, “Kami sekeras-kerasnya menolak perlakuan sedemikian yang mencemarkan kesucian tempat suci dan memprovok umat Islam di seluruh dunia.” Beliau menyeru rejim Israel agar segera menghentikannya.

Wakil rasmi Jordan itu menyeru komuniti antarabangsa agar memikul tanggungjawab terhadap isu di timur Baitulmuqaddis itu, selari dengan undang-undang antarabangsa dan kemanusiaan.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati

Hamas gesa UNRWA bantu kakitangan kerajaan PA di Gaza.

Rabu, 19-04-2017 – Bahagian Hal Ehwal Pelarian, Gerakan Hamas mengesa UNRWA membantu kakitangan yang berkerja dengan pihak Berkuasa Kerajaan Palestin (PA) di semenanjung Gaza. Hamas meminta pihak UNRWA meningkatkan jumlah bungkusan bekalan makanan yang diberi kepada setiap kakitangan PA yang menerima gaji kurang dari 1, 500 shekel.

Kenyataan pihak Hamas itu merujuk kepada Rayuan Bantuan Kecemasan pihak UNRWA untuk tahun 2017 yang berjanji akan berkerja keras bagi memenuhi semua keperluan kemanusiaan di seluruh wilayah yang masih dikuasai pihak Palestin.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin mhd ali

Israel Tutup Sempadan Taba, Serangan Roket di Eshkol

Jumaat, 14-04-2017 – Pihak berkuasa Israel menutup sempadan Taba dengan Mesir pada hari Isnin dan mengarahkan semua pelancong Israel di Semenanjung Sinai untuk meninggalkan segera kawasan tersebut kerana siren amaran roket telah diaktifkan di Eshkol berhampiran sempadan Sinai. Media melaporkan bahawa roket telah dilancarkan dari Sinai ke arah Eshkol, yang tidak jauh dari sempadan timur Gaza.

Menurut saluran TV al-Jazeera, agensi-agensi keselamatan Israel berkata bahawa kumpulan bersenjata di Sinai, terutamanya mereka yang bergabung dengan negara Islam, bersedia untuk meningkatkan lagi operasi mereka di Sinai yang penuh dengan resort pelancongan dan sering dikunjungi oleh rakyat Israel.

Al-Jazeera berkata bahawa penutupan sempadan Taba itu mengikut keputusan yang dibuat oleh Menteri Pengangkutan dan Alat Perisikan Israel untuk mempercepatkan kedatangan pelancong Israel di Sinai. Ia akan kekal ditutup sehingga berakhir perayaan Paskah selepas hampir seminggu.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Syed Ahmad Muhsin

Rejim Zionis menjatuhkan lagi hukuman 6 bulan tahanan tanpa bicara ke atas tahanan Natsha

Jumaat, 14-04-2017 – Rejim Israel (IOA) pada Isnin mengeluarkan pembaharuan hukuman penahanan tanpa bicara selama 6 bulan ke atas tahanan Mazen Jamal al-Natsha untuk kali ketiga berturut-turut.

Bercakap kepada PIC, keluarga al-Natsha berkata yang IOA memperbaharui penahanan sebaik sahaja beliau selesai menjalani hukuman tahanan selama 6 bulan.
Al-Natsha telah ditahan oleh rejim Israel pada 18 April, 2016. Sejak tahun 1997, beliau telah menjalani beberapa penahanan tanpa bicara berjumlah 13 tahun dalam penjara Israel.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati

Pihak berkuasa Tenaga Gaza: Cukai ke atas minyak tidak pernah dikenakan sebelum ini.

Jumaat, 14-04-2017 – Pihak berkuasa Tenaga di Gaza menyatakan, cukai yang dikenakan ke atas minyak yang dijual kepada loji janakuasa itu oleh pihak Berkuasa Palestin telah menyebabkan harga bahan tersebut meningkat tiga kali ganda dan menjelaskan cukai itu tidak pernah dikenakan sebelum ini.

Menurut pihak berkenaan, kenyataan seperti yang disuarakan oleh Fuad al-Shawbaki, Ketua Pengarah Petroleum, PA itu merupakan alasan yang mengelirukan dan cuba untuk mengelak dari dipertanggungjawabkan.

Kenyataan akhbar Shawbaki menyatakan, “Pihak berkuasa Tenaga Gaza meminta kami untuk menjual minyak dengan harga yang sama seperti mana dijual kepada pihak yang menerima geran dari kerajaan Qatar dan Turki dan mereka lupa bahawa kita berada dalam sebuah negara yang dijajah dan sedang menderita akibat krisis kewangan.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin mhd ali

Remaja Palestin mati akibat kecederaan serius

Jumaat, 14-04-2017 – Kementerian Kesihatan Palestin mengumumkan pada Isnin lepas kesyahidan seorang remaja Palestin; Jasem Nakhla, 17 tahun akibat kecederaan yang dialaminya setelah ditembak oleh pihak tentera Israel di utara Ramallah dua minggu lalu.

Kementerian Kesihatan mengeluarkan kenyataan bahawa Nakhla cedera teruk setelah pihak tentera Israel melakukan tembakan rambang ketika beliau dan kawan-kawannya sedang menaiki basikal di pintu masuk Kem pelarian Jalazoun, utara Ramallah.

Tragedi yang berlaku pada 23 Mac 2017 turut mengorbankan Mohammad Al-Hattab, 17. Dalam kejadian tersebut, Nakhla telah dipindahkan ke Hospital Israel untuk diberikan rawatan dan diumumkan mati pada Isnin lepas.

Kesyahidan Nakhla menjadikan jumlah terkumpul penduduk Palestin yang terbunuh dalam siri Intifada Jerusalam yang bermula pada Oktober 2015 meningkat kepada 293 orang.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : wea

5 Terbunuh, 32 Cedera di kem Ain al-Hilweh

Jumaat, 14-04-2017 – Lima warga Palestin terbunuh dan 32 yang lain cedera dalam pertempuran yang meletus di kem pelarian Ain al-Hilweh, Lubnan pada hari Ahad, menurut Agensi Berita Nasional Lubnan (NNA). Pelarian Palestin di kem itu bersetuju untuk membubarkan kumpulan pelampau Bilal Bader serta memberi mereka tempoh 6 jam untuk menyerah diri dan menyerahkan senjata mereka kepada pasukan keselamatan kem.

NNA berkata pertempuran selalunya berlaku pada waktu malam di antara pasukan keselamatan dan kumpulan Bilal Bader, sambil menambah bahawa bom tangan dan roket dilepaskan, tiga daripadanya jatuh di luar kem namun tiada kecederaan dilaporkan.

NNA menambah bahawa tentera Lubnan mengetatkan langkah-langkah keselamatan di pintu masuk kem dan di kawasan sekitarnya. Pelarian Palestin di Ain al-Hilweh berkata dalam satu sidang akhbar bahawa pasukan keselamatan berhak untuk memasuki mana-mana tempat dalam kem tanpa pengecualian dan untuk menghapuskan segala gangguan.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : syed

Duduk dan protes ke atas kepungan terhadap Gaza.

Jumaat, 14-04-2017 – Sejumlah aktivis Palestin menyertai protes yang dianjurkan oleh gabungan NGO Palestin dihadapan ibu pejabat UNESCO di Gaza bersempana Hari Kesihatan Sedunia pada Ahad lepas.

Wakil NGO dari kumpulan kesihatan; Suleiman Shain berkata protes itu diadakan bagi membantah sekatan keatas pesakit-pesakit dari Gaza untuk mendapatkan hak rawatan yang sepatutnya. Menurut beliau, pihak berkuasa Israel menghalang ramai pesakit-pesakit Palestin untuk keluar dari Gaza bagi mendapatkan khidmat rawatan di negara lain.

Shahin turut mengatakan antara jenyah lain yang dilakukan pihak berkuasa Israel adalah menangkap dan menginterogasi pesakit-pesakit yang tenat semasa mereka dalam proses keluar dari Semenanjung Gaza untuk mendapatkan rawatan.

Agensi berita Anadolu melaporkan bahawa sekatan yang dikenakan sejak 2006 telah menyebabkan angka kemiskinan dan pengangguran meningkat termasuk juga kesukaran untuk mendapatkan bekalan makanan dan penurunan taraf kesihatan penduduk. Shahin menggesa masyarakat antarabangsa untuk bersama-sama memberi sumbangan bagi mengakhiri sekatan terhadap Gaza dan menjamin penduduk Gaza diberikan hak sepenuhnya untuk mendapatkan rawatan.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : wea

Seorang gadis Palestin berusia 15 tahun akan dibebaskan dari penjara Israel

Selasa, 11-04-2017 – Mahkamah Pusat Israel pada Ahad memutuskan untuk membebaskan seorang gadis Palestin berusia 15 tahun dari penjara. Peguam Arwa Hleihal, dari Kesatuan Tahanan Palestin berkata yang mahkamah Israel memutuskan untuk membebaskan Natali Shoukha. Natali Shoukha telah ditahan oleh rejim Israel pada 29 April, 2016.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nur idawati

Kementerian anjur semula pameran buku di Gaza setelah 5 tahun tidak diadakan.

Selasa, 11-04-2017 – Kementerian Kebudayaan Gaza menganjurkan semula Pameran Buku Baitulmuqaddis untuk tujuan rasmi dan akademik selepas 5 tahun tidak dianjurkan kerana masalah pengepungan.

Timbalan speaker 1, Dewan Perundangan Palestin di Gaza, Ahmad Bahar dalam ucapan pembukaannya telah meminta semua pihak dan institusi mengunjungi pesta buku tersebut di mana sejarah negara Palestin dapat dibaca dan menjelaskan kepentingan buku dalam membangun pemikiran dan ilmu pengetahuan.

Seterusnya beliau menekankan akan, “Budaya seorang pejuang mesti sentiasa tahu hal semasa,” melalui pameran-pameran buku seperti itu, keperluan untuk mendedahkan jenayah yang dilakukan oleh rejim dapat dibuat.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainuddin