Tentera Israel ratahkan tanah pertanian milik penduduk Palestin di Bethlehem.

Isnin, 10-04-2017 – Tentera rejim Israel bertindak meratakan sebidang tanah pertanian milik penduduk Palestin di selatan Bethlehem manakala sebuah rumah milik seorang tahanan diarah roboh.

Menurut laporan berita PIC, tiga jentolak dengàn diiringi tentera rejim memasuki satu lokasi di Khallet al-Nahla dan meratakan sebidang tanah pertanian dan mengistiharkannya sebagai tanah ‘milik negara’. Beberapa pokok Zaitun turut dimusnahkan semasa kerja pencerobohan itu berlaku.

Sementara itu, tentera Israel menyerahkan surat arahan roboh ke atas sebuah rumah yang diduduki oleh keluarga tahanan Palestin yang merupakan ketua Pergerakan Hamas tempatan, Bajas Nakhla yang terletak di kem penempatan Jalazoun, utara Ramallah. Mereka diberi tempuh tiga hari untuk meninggalkan rumah tersebut.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin mhd ali

Hamas menyeru memperhebatkan pengawasan di kawasan suci ketiga umat Islam

Isnin, 10-04-2017 – Pada Rabu, Hamas menyeru mempertingkatkan keberadaan di Masjid al-Aqsa untuk menjaga kawasan tersebut daripada dicerobohi Israel sempena sambutan Passover Yahudi.

Jurucakap Hamas Husam Badran berkata, pengawasan beramai-ramai wajar dilakukan di al-Aqsa pada masa di mana Israel menyeru pencerobohan besar-besaran sebagai menandakan perayaan Passover telah mencapai kemuncak.

Badran memberi amaran akan adanya peningkatan serangan oleh Israel ke atas masjid al-Aqsa yang seterusnya akan mencetuskan reaksi serius oleh warga Palestin.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nur idawati

Didakwa Kerana Merancang Serangan Anti-Israel

Isnin, 10-04-2017 – Seorang pemuda Palestin yang diambil oleh Hamas untuk melakukan serangan anti-penjajahan Israel didakwa oleh Mahkamah tentera Israel, selepas dilapor oleh Shin Bet (Agensi Keselamatan Israel).

Menurut Jerusalem Post, penduduk Qalqilya, Malak Nazar Kazmar, 23, ditahan oleh Shin Bet dan tentera pada 26 Februari 2017. Shin Bet mendakwa Kazmar, yang tinggal di Turki Cyprus untuk beberapa tahun kebelakangan ini, telah diambil oleh Hamas semasa beliau berada di Jordan pada bulan Ogos 2015 dan dihantar ke kem latihan di wilayah Idlib Syria pada Januari 2016. Dalam kem latihan Kazmar belajar untuk menembak dan menjalani latihan teori bahan letupan.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Syed Ahmad Muhsin

Israel Rancang Bina Jambatan untuk Pejalan Kaki di Selatan al-Aqsa

Isnin, 10-04-2017 – Surat khabar, Zionis Ha’aret hari Rabu (5/4/2017) menyebutkan bahawa pemerintah Zionis di al-Quds dan Otoriti Pengembangan al-Quds, merancang membina jambatan untuk pejalan kaki di Wadi Hanum (lembah Rababah) di selatan masjid al-Aqsa.

Rancangan pembinaan jambatan ini adalah sepanjang 197 meter dan tinggi 30 meter untuk menghubungkan antara kampung Abu Tur dan bukit Zion. Menurut Ha’aretz, rancangan pembangunan jambatan ini telah diajukan minggu lalu untuk dibahaskan kepada Jawatankuasa Perancanaan dan Pembangunan Daerah. Namun mendapatkan penentangan dari Laura Wolverton (dari partai Meretz.

Konsultan Undang-undang Perancangan dan Pembangunan Daerah memerintahkan untuk menghentikan agenda kerja jawatankuasa tersebut, ini kerana ia dilakukan di saat-saat akhir tanpa diberikan informasi yang lengkap.
Laura Wolverton mengatakan, “Ada pihak-pihak pemerintah kota yang sedang berusaha mencuri keputusan dari jawatankuasa Perancangan dan Pembangunan serta menarik usaha masyarakat terhadap projek lain. Ini akan menarik kecaman masyarakat antarabangsa terhadap kami”.

sumber : COMES
penterjemah : Osman

MP : Penculikan Ahli Parlimen Merupakan Jenayah Perang

Khamis, 06-04-2017 – Ahli Parlimen Palestin dan Arab mengutuk tindakan Israel menculik Ahli Parlimen Palestin, dan menyifatkannya sebagai “lanun politik yang merampas demokrasi”.

Semasa seminar yang diadakan di Gaza, mereka menegaskan bahawa menculik Ahli Parlimen merupakan pelanggaran undang-undang antarabangsa dan hak asasi manusia, merujuk kepada jenayah Israel menculi seorang lagi Ahli Parlimen Palestin, Samira Halaiqa walaupun keadaan kesihatan beliau yang tidak baik.
Ketua Perubahan dan Pembaharuan blok, Mahmoud al-Zahhar, berkata penculikan Halaiqa mengesahkan bahawa Israel tidak mempedulikan undang-undang. Penculikan dan serangan terhadap Ahli Parlimen Palestin menunjukkan bahawa “perjuangan Palestin mengikuti jalan yang benar”.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Syed Ahmad Muhsin

Semua pihak diminta tingkatan Intifada di Baitulmuqaddis.

Khamis, 06-04-2017 – Semua pihak dan pejuang di seluruh bandar di Palestin diminta meningkatkan Intifada di Baitulmuqaddis pada 17 April ini sempena Hari Tahanan Palestin sebagai tanda memperingati hari di mana Israel telah mengkhianati permintaan tahanan yang berjaya dalam mogok lapar mereka pada tahun 2012.

Pemimpin Jihad Islami, Daud Shihab dalam satu tunjuk perasaan anjuran Pergerakan al-Ahrar bagi tujuan menzahirkan sokongan kepada tahanan Palestin telah menyatakan bahawa pertubuhan yang dipimpinnya akan berusaha meningkatkan Intifada dan tindakan penentangan sebagai menyokong usaha-usaha para tahanan menentang pihak penjajah rejim Israel sebelum dan selepas tarikh tersebut.

Seterusnya beliau menjelaskan bahawa Israel telah gagal ‘membunuh’ keinginan rakyat Palestin samada melalui penahanan atau pembunuhan dan memuji perjuangan almahrum Mazen Fuqaha dalam usaha untuk membebaskan dirinya.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin mhd ali

Gaza: Pekerja asing boleh bergerak bebas di sempadan Beit Hanoun

Khamis, 06-04-2017 – Menteri Dalam Palestin di Semenanjung Gaza membenarkan semua pekerja PBB dan Bulan Sabit Merah untuk masuk dan keluar secara bebas melalui sempadan Beit Hanoun (Erez).

Dalam satu kenyataan akhbar, jurucakap kementerian Iyad al-Bazem berkata yang kementerian akan menggunakan mekanisma sama berkenaan perjalanan melalui sempadan itu bagi orang lain. Dalam laman Facebooknya, Bazem menjelaskan yang jika ada yang perlu segera melakukan perjalanan dan juga atas tujuan kemanusiaan tetapi tidak memenuhi syarat, pihak berkenaan akan memeriksa permohonan dan menentukan kelulusan permohonan itu.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati

Hamas Tuntut Hukuman Maksimum Terhadap Pengkhianat

Khamis, 06-04-2017 – Gerakan Perjuangan Islam, Hamas, menuntut pada hari Ahad mengenakan hukuman maksimum pada ejen-ejen pengkhianat dan memanggil untuk mengambil langkah-langkah yang perlu untuk memelihara keselamatan masyarakat dan melindungi perjuangan kemerdekaan Palestin.

Jurucakap Hamas Fawzi Barhoum dalam satu kenyataan akhbar memuji usaha yang dikenakan oleh Kementerian Dalam Negeri di Gaza dan perkhidmatan keselamatan dalam menjejaki pengkhiananat selepas pembunuhan pemimpin Mazen Fuqaha itu.

Dalam konteks susulan pembunuhan Fuqaha itu, jurucakap Kementerian Dalam Negeri dan Keselamatan Negara di Gaza, Iyad al-Bozom, katanya dalam satu kenyataan ringkas di laman Facebook beliau pada hari Sabtu bahawa langkah-langkah yang pencegahan akan diambil terhadap pengkhianat dalam beberapa hari lagi.

Berikutan pembunuhan Fuqaha, hashtag “pembalasan terhadap pengkhianat” viral di media sosial tempatan yang menyokong apa-apa langkah-langkah keselamatan akan dilaksanakan oleh Kementerian Dalam Negeri terhadap mereka di Semenanjung Gaza.

Mazen Fuqaha, seorang bekas tahanan Palestin yang dibebaskan dari Penjara Wafa al-Ahrar melalui perjanjian pertukaran banduan, telah dibunuh di hadapan rumahnya oleh lelaki bersenjata yang tidak diketahui dengan empat butir peluru dari senapang tanpa bunyi pada 24 Mac 2017 di kawasan Tal al-Hawa di bandar Gaza .

Al-Qassam, pergerakan sayap bersenjata Pergerakan Hamas, telah mengumumkan bahawa Fuqaha adalah salah satu daripada komander Briged ‘, dan menuduh Israel bertanggungjawab untuk pembunuhan dan berikrar untuk membalas dendam.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : ameen

Israel Lanjut Tempoh Tahanan Pengarah TIKA

Khamis, 06-04-2017 – Mahkamah Israel di Beersheba memutuskan untuk meneruskan penahanan Pengarah Kerjasama Turki dan Agensi Penyelarasan, TIKA, di Semenanjung Gaza, Mohammed Murtaja yang ditahan pada 12 Februari 2017.

Menurut Agensi Anadolu, mahkamah Israel menetapkan bahawa mahkamah perbicaraan akan datang akan diadakan pada 8 Mei 2017. Pada 21 Mac 2017, Israel dibenarkan menjelaskan butiran penangkapan Murtaja, yang telah bekerja untuk TIKA sejak 2012, atas tuduhan memindahkan dana Turki untuk sayap bersenjata Pergerakan Hamas.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Syed Ahmad Muhsin

Tentera Israel buat rondaan, lancar belon perisik di Salfit

Isnin, 03-04-2017 – Tentera Israel menjalankan rondaan di gunung Salfit dan melancarkan dua belon perisik, pada petang Selasa menurut saksi. Saksi menegaskan, belon pertama dilancarkan dari pusat pemeriksaan Zatara, manakala kedua di timur Salfit, yang mana kedua-dua belon dilengkapi dengan kamera. Sementara itu, tentera dan pegawai Israel pula dilihat membuat rondaan di pergunungan Salfit pada waktu petang.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Annasuhana Sulaiman

Hamas memohon agar Kemuncak Amman memberikan keutamaan kepada Baitulmuqaddis dan al-Aqsa

Isnin, 03-04-2017 – Gerakan Hamas meminta para Menteri Luar Arab yang bersedia untuk Kemuncak Amman agar memberikan keutamaan kepada isu Baitulmuqaddis yang dijajah dan perlindungan ke atas Masjid al-Aqsa.

Jurucakap Hamas Hazem Qasem berkata dalam kenyatannya pada Selasa yang kerja-kerja untuk menamatkan pendudukan Israel ke atas Baitulmuqaddis adalah faktor utama bagi menyatukan bangsa Arab dan umat Islam.

Qasem turut menyentuh tentang isu berkenaan penahanan Israel ke atas para pengawal Masjid al-Aqsa. Perbuatan itu disifatkan sebagai menodai kemuliaan tempat suci umat Islam.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati

Tentera Israel rampas tanah petani Palestin.

Isnin, 03-04-2017 – Tentera rejim Israel bertindak merampas sebidang tanah milik warga Palestin yang digunakan untuk tapak semaian di bandar Yatta, selatan al-Khalil. Menurut kata seorang aktivis tempatan, Ratib Jabar tentera Israel yang datang dengan sebuah kenderaan tentera telah menceroboh satu lokasi di Rifa’iyah yang terletak di bandar tersebut dan bertindak merampas tanah kepunyaan Mahmod Amar, seorang petani tempatan.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin mhd ali

Persatuan Ulama’ Algeria: Mesir Benarkan Konvoi Kemanusiaan ke Gaza

Isnin, 03-04-2017 – Persatuan Islam Ulama Algeria memaklumkan bahawa mereka telah memulakan persediaan untuk menghantar konvoi kemanusiaan ke Semenanjung Gaza pada penghujung April ini selepas pihak berkuasa Mesir bersetuju untuk membenarkan mereka masuk melalui pintu sempadan Rafah.

Al-Tuhami Majourie, ahli persatuan Ulama Muslim yang menganjurkan dan menyelia konvoi bantuan itu berkata ia dijadualkan bermula bulan lalu, tetapi kelewatan berlaku disebabkan oleh keadaan politik di Mesir.

“Kami menerima panggilan telefon sebulan yang lalu daripada Kedutaan Mesir di Algeria mengatakan bahawa ada kelulusan rasmi untuk mengadakan konvoi melalui Rafah menuju Semenanjung Gaza”, katanya.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nurul

Pentadbiran di Gaza membatalkan keputusan Abbas untuk membentuk mahkamah perlembagaan

Rabu, 29-03-2017 – Mahkamah Pentadbiran di Gaza telah membatalkan keputusan yang dibuat oleh Pihak Berkuasa Palestin, Presiden Mahmoud Abbas untuk membentuk mahkamah perlembagaan.

Mahkamah berkata resolusi Abbas adalah batal dan tidak sah kerana tamat tempoh empat tahun Presiden sebagaimana yang dinyatakan dalam Undang-undang Asas, yang mana telah selesai 8 tahun yang lalu. Mahkamah menjelaskan Abbas tidak mempunyai kuasa untuk mengeluarkan perintah itu

Peguam Negara Palestin, Ismail Jabr berkata, dengan peraturan ini, apa-apa penghakiman yang dibuat oleh mahkamah perlembagaan akan dianggap batal dan tidak sah.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : syed ahmad muhsin

Haaretz: Amerika Syarikat (AS) merestui pembinaan penempatan

Rabu, 29-03-2017 – Pentadbiran AS telah menyatakan restu mereka terhadap pembinaan penempatan secara bukan terang-terangan, demikian menurut akhbar Haaretz.

Akhbar itu menyatakan pada Khamis yang wakil AS,Greenblatt, yang tiba mingguu lepas menyampai restu Presiden Donal Tump tentang hal itu dalam perjumpaannya dengan perdana menteri Israel, Benjamin Netanyahu. Namun, restu itu diberikan dengan syarat yang aktiviti pembinaan hanya dihadkan di pos Yahudi dan penempatan utama Baitulmuqaddis, bukannya melangkaui sempadan mereka.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati