Haneyya: HAMAS tetap bersama plan damai sebenar dan adil.

Khamis , 29/10/2009 – Perdana Menteri kerajaan Palestin di Semenanjung Gaza, Ismail Haneyya menegaskan HAMAS tidak menentang perdamaian, bahkan mendokongnya tetapi dengan syarat ia adalah perdamaian sebenar dan adil yang mengembalikan semula hak-hak rakyat Palestin dan menamatkan penjajahan terhadap bumi Palestin.

Read moreHaneyya: HAMAS tetap bersama plan damai sebenar dan adil.

Tentera Rejim Zionis lintas sempadan Mintar.

Khamis , 29/10/2009 – Tentera Israel melintas sempadan Mintar dan menceroboh masuk ke pusat Gaza dan menahan pemandu trak serta merampas beberapa buah trak.  Kereta kebal turut mengiring jentera-jentera berat yang memusnahkan infrastruktur, kediaman dan kemudahan awam pada hari Isnin.  Tiada kenyataan daripada tentera Israel mengenai penahanan rakyat Palestin termasuk 6 orang di Ramallah. sumber … Read moreTentera Rejim Zionis lintas sempadan Mintar.

Sayap bersenjata jihad mengecam penahanan tenteranya di Ramallah.

Khamis , 29/10/2009 – Sayap bersenjata Pergerakan Jihad Islam, Brigade Al-Quds, pada hari Isnin mengecam pihak berkuasa Ramallah yang telah mengadakan kempen keselamatan terhadap para pejuangnya di Tebing Barat. Abu Ahmed, jurucakap sayap jihad, mengatakan dalam sebuah kenyataan bahawa kempen keselamatan tersebut berkait dengan Pihak Berkuasa Israel (IOA).

Read moreSayap bersenjata jihad mengecam penahanan tenteranya di Ramallah.

Al-Hayyah: Mesir akan terus berusaha demi perdamaian.

Khamis , 29/10/2009 – Dr Khalil al-Hayyah, seorang pimpinan utama HAMAS menolak kemungkinan Mesir menarik diri daripada proses perdamaian dalam apa keadaan sekalipun. “Mesir adalah pintu yang membuka program perjuangan dan juga pintu bagi golongan yang mahukan penyelesaian meneruskan pilihan mereka itu.” Beliau turut menegaskan bahawa perdamaian adalah penting bagi semua pihak yang terlibat dengan isu Palestin, sama ada pihak dalam mahupun luar, sebagaimana ia adalah penting bagi bangsa Arab dan umat Islam. Beliau juga menyeru Kaherah agar memberikan respon terhadap pemerhatian-pemerhatian yang diberikan oleh HAMAS terhadap usaha dan plan damai diusahakan Mesir, sambil menuntut agar Mesir mengembalikan semula usaha tersebut sebagaimana sebelumnya.

Read moreAl-Hayyah: Mesir akan terus berusaha demi perdamaian.

Khudari: Pencerobohan di Masjid Aqsa adalah sebuah dasar sistematik Israel

Khamis , 29/10/2009 – MP Jamal Al-Khudari, ketua jawatankuasa terhadap pengepungan, menyatakan bahawa pencerobohan berulang kali oleh Israel ke atas Masjid Aqsa bukan hanya usaha oleh kumpulan-kumpulan ekstremis Yahudi atau individu tertentu, malah mereka sebenarnya mewakili dasar sistematik yang dipaksa oleh kerajaan Israel.

Read moreKhudari: Pencerobohan di Masjid Aqsa adalah sebuah dasar sistematik Israel

Pelarian Palestin di Brazil minta antarabangsa masuk campur.

Jumaat , 23/10/2009 – Para pelarian Palestin di Brazil mengeluh di atas kesulitan meraka alami kepada pihak PBB. Para pelarian masih lagi menantikan kerajaan Brazil untuk menunaikan janji-janji mereka seperti jaminan kesihatan, bantuan pendidikan dan sosial. Seramai 120 orang pelarian warga Palestin menetap di Brazil setelah mereka di usir secara paksa. Para pelarian turut memohon kepada PBB untuk dipindahkan ke negara lain yang dapat menjamin kehidupan mereka dengan lebih baik. 

Read morePelarian Palestin di Brazil minta antarabangsa masuk campur.

Hamas: Kami komited kepada pendamaian tetapi Mesir ?

Jumaat , 23/10/2009 – Pergerakan Hamas menegaskan pada Rabu lepas bahawa mereka ingin menamatkan perpecahan di antara rakyat Palestin dan komited kepada persetujuan yang di capai di Kaherah, tetapi beliau menambah bahawa masalah sebenarnya timbul pada penambahan dan penggubalan yang dibuat ke atas kertas kerja penyatuan Mesir yang tidak di bahaskan sebelum ini.

Read moreHamas: Kami komited kepada pendamaian tetapi Mesir ?