Abbas jual hak Palestin.

Khamis, 08/10/2009 –Komuniti Palestin di Swiss mengutuk keras sikap pimpinan PLO yang meminta sesi pendengaran suara di Dewan Hak Asasi Manusia PBB ditunda. Penundaan itu ada kaitan dengan Laporan Goldstone. Sesi dan laporan itu sepatutnya dibentangkan dalam Dewan Keamanan dan akan dibincangkan di Dewan Hak Asasi Manusia kali ke-13 yang akan diadakan pada Mac 2010.

Read moreAbbas jual hak Palestin.

Salah: Sebarang tindakan bodoh Netanyahu akan membakar semua orang termasuk dirinya.

Rabu, 07/10/2009 – Syeikh Ra’ed Salah, ketua Gerakan Islam di wilayah yang dijajah tahun 1948, member amaran bahawa setiap tindakan bodoh yang dilakukan oleh Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu terhadap Masjid Aqsa akan mencetuskan api yang membakar segala sesuatu dan semua orang , didahului olehnya. Syeikh Salah menyeru rakyat Palestin untuk hadir secara istiqamah dan awal ke Masjidi Aqsa untuk melindunginya daripada setiap serangan Israel.

Read moreSalah: Sebarang tindakan bodoh Netanyahu akan membakar semua orang termasuk dirinya.

Tekanan Zionis terhadap Abbas sebab tangguh “Laporan Goldstone”.

Rabu, 07/10/2009 – Agensi Berita Shihab melaporkan daripada beberapa sumber di Washington satu maklumat yang menunjukkan bahawa pertemuan bagi beberapa perwakilan bagi pihak berkuasa Palestin dan delegasi Zionis telah berlangsung di Washington. Pertemuan itu diadakan bagi meyakinkan pihak berkuasa Palestin agar menarik balik sokongannya terhadap rang undang-undang bagi menyokong “Laporan Ritchard Goldstone”, ketua jawatankuasa yang ditugaskan untuk melakukan siasatan terhadap pencerobohan yang berlaku ketika perang dilancarkan terhadap Gaza.

Read moreTekanan Zionis terhadap Abbas sebab tangguh “Laporan Goldstone”.

Barsh : Rejim Zionis dan Pihak Keselamatan Ramallah bertanggungjawab atas nyawa pesakit di Gaza.

Jumaat, 02/10/2009 – Pihak Keselamatan Ramallah menyekat penghantaran bekalan ubat yang kini kian meruncing di Semenanjung Gaza pada tahun ini dan mengurangkan jumlahnya kepada separuh, jelas Munir Al-Barsh, Pengarah Farmasi dari Kementerian Kesihatan. Beliau menambah dalam satu kenyataan pada Rabu, bahawa pihak pentadbiran Ramallah sengaja menimbulkan masalah buat pe di Gaza dan menjadi kejam di bawah telunjuk Zionis-Israel. Barsh juga dipetik berkata, Ramallah juga bertanggungjwab bersama rejim Zionis dalam membunuh nyawa rakyat Palestin.

Read moreBarsh : Rejim Zionis dan Pihak Keselamatan Ramallah bertanggungjawab atas nyawa pesakit di Gaza.

Radwan: Israel tidak mempunyai pilihan lain kecuali untuk berurusan dengan penculikan Shalit.

Jumaat, 02/10/2009 – Pegawai senior Hamas, Ismail Radwan Rabu lalu berkata kerajaan penceroboh Israel tidak mempunyai pilihan lain kecuali berurusan dengan penculik askar Israel, Gilad Shalit dan bersetuju dengan tuntutan mereka mengenai kesepakatan pertukaran tahanan.

Read moreRadwan: Israel tidak mempunyai pilihan lain kecuali untuk berurusan dengan penculikan Shalit.

Menteri Hal Ehwal Tahanan menyelar militan Abbas menculik Speaker Hamas.

Khamis, 01/10/2009 – Menteri Hal Ehwal Tahanan Palestin pada Selasa telah menjatuhkan hukuman bersalah terhadap militan Abbas atas tuduhan menculik, bekas tahanan politik yang juga jurucakap Hamas, Abdelbasit Al-Haj di Jenin, hanya beberapa hari selepas beliau dikeluarkan dari penjara Israel. Kementerian tersebut menyatakan Al-Haj telah ditahan di penjara Israel selama Sembilan tahun, tanpa dikenakan sebarang hukuman atau jaminan. Abang beliau telah terkorban lapan bulan lalu ketika dalam tahanan Pihak Keselamatan selepas beliau diseksa oleh pihak militant Abbas.

Read moreMenteri Hal Ehwal Tahanan menyelar militan Abbas menculik Speaker Hamas.

HAMAS telah banyak bertolak ansur.

Khamis, 01/10/2009 – Ezzat al-Rishq, anggota Biro Politik HAMAS mendedahkan bahawa para pegawai Mesir telah mencadangkan beberapa tarikh berhubung pemeteraian perjanjian perdamaian Palestin pada bulan hadapan. Beliau menganggap bahawa jaminan paling besar bagi meneruskan plan perdamaian ialah dengan memberhentikan segala tindakan General Dayton yang melatih militia Abbas di Tebing Barat berdasarkan pegangan keselamatannya yang menganggap regim Zionis sebagai jiran yang baik dan gerakan HAMAS sebagai musuh.

Read moreHAMAS telah banyak bertolak ansur.

Mesh’al: Mesir berusaha buat draf terakhir plan perdamaian.

Khamis, 01/10/2009 – Ketua Biro Politik HAMAS, Khalid Mesh’al berkata: “Plan Mesir mendorong semua fraksi Palestin menerimanya sebagai dasar bagi merealisasikan perdamaian.” Beliau juga mengatakan bahawa respon mereka adalah berdasarkan semangat seruan kepada reformasi sehingga mereka mampu menangani isu-isu yang diperselisihkan dengan pergerakan Fatah.

Read moreMesh’al: Mesir berusaha buat draf terakhir plan perdamaian.