Zahhar: Tiada sesiapa yang meratapi akan perletakan jawatan Abbas.

Ahad,15/11/2009 – Dr Mahmoud Al-Zahhar, ahli biro politik Hamas, menyatakan bahawa tidak ada seorang pun yang akan menyesal atau sedih untuk melepaskan Mahmoud Abbas dari kehidupan politiknya kerana tidak ada satu pun pencapaian membanggakan untuk rakyat Palestin malah beliau turut bersubahat dengan regim Zionist dan AS dalam keputusan pilihanraya yang lalu.

Read moreZahhar: Tiada sesiapa yang meratapi akan perletakan jawatan Abbas.

Briged Salahuddin : Palestin adalah tanah wakaf umat Islam dan tidak boleh dibahagi bahagikan.

Ahad,15/11/2009 – Pergerakan Popular Pejuang Palestin dan sayap bersenjatanya, Briged Salahuddin menegaskan Palestin adalah tanah Wakaf Islam yang tidak boleh dibahagi-bahagikan sebagai cara untuk memberikan legitimasi kepada “entiti perampas Zionis”.

Read moreBriged Salahuddin : Palestin adalah tanah wakaf umat Islam dan tidak boleh dibahagi bahagikan.

LPS kecewa atas kesepian dunia terhadap fatwa terkini Rabbai Yahudi.

Ahad,15/11/2009 – Liga Ulama’ Palestin (LPS) telah melahirkan rasa bimbang terhadap masyarakat dunia yang mendiamkan diri terhadap keputusan yang dikeluarkan oleh rabbai Yahudi yang menghalalkan pembunuhan non-Yahudi. LPS membuat satu kenyataan pada hari Selasa bahawa keputusan yang dikeluarkan dalam buku The King’s Taurat ditulis oleh rabbai, Yitzhak Shapiro mencerminkan “mentaliti dahagakan darah” yang membolehkan membunuh bayi dalam rangka mencapai penindasan kaum dan keuntungan politik.

Read moreLPS kecewa atas kesepian dunia terhadap fatwa terkini Rabbai Yahudi.

Militan Abas dan dan tentera Israel mengupah pasukan pemusnah di perumahan Palestin di Tulkarem.

Ahad,15/11/2009 – Militan Mahmoud Abbas dan tentera rejim Zionis di Tulkarem telah melancarkan serangan ke atas sejumlah rumah milik penyokong Hamas di kawasan bandar dan telah menculik seorang bekas pegawai atasan dalam Kementerian Kerajaan Tempatan selepas dia dipanggil untuk siasatan.

Read moreMilitan Abas dan dan tentera Israel mengupah pasukan pemusnah di perumahan Palestin di Tulkarem.

Mesir mengarahkan rombongan bantuan ‘Miles of Smiles’ mendapatkan persetujuan Israel untuk memasuki Semenanjung Gaza.

Rabu,11/11/2009 – Isnin lalu, Zahir Berawi selaku jurucakap rombongan bantuan ‘Miles of Smiles’ dari Eropah berkata bahawa pihak berkuasa Mesir di Pelabuhan Said meminta penganjur rombongan untuk mendapatkan persetujuan dari Israel untuk memasuki Semenanjung Gaza yang telah dikepung.

Read moreMesir mengarahkan rombongan bantuan ‘Miles of Smiles’ mendapatkan persetujuan Israel untuk memasuki Semenanjung Gaza.

Dr Bahr: Penderitaan pekerja Gaza di bawah pengepungan adalah suatu jenayah.

Isnin , 09/11/2009 – Dr Ahmed Bahr, wakil pertama Badan Perundangan Palestin (PLC), mengatakan bahawa penderitaan rakyat Palestin di Semenanjung Gaza terutama para pekerja akibat daripada pengepungan Israel adalah sebuah jenayah perang sama seperti kekejaman yang dilakukan oleh Israel dalam peperangan semasa.

Read moreDr Bahr: Penderitaan pekerja Gaza di bawah pengepungan adalah suatu jenayah.

Zionis rancang bangunkan 14000 penempatan baru di al-Quds.

Isnin , 09/11/2009 – Sebuah organisasi Zionis, B’Tselem merancang untuk membangunkan sebanyak 14000 rumah di al-Quds. Ini adalah sebahagian kegiatan haram Zionis Israel yang menghalau dan memusnahkan rumah rakayat Palestin bagi mendirikan penempatan haram Zionis. Kumpulan pendatang Yahudi juga merupakan mereka yang menyokong tindakan ini. Meir Davidson salah seorang pendatang bertanggungjawab membeli aset dan properti rakyat Palestin.

Read moreZionis rancang bangunkan 14000 penempatan baru di al-Quds.

Hamas menafikan tuduhan Israel tentang memiliki pelancar roket balistik.

Isnin , 09/11/2009 – Gerakan Hamas menyangkal keras tuduhan Israel bahawa mereka berjaya melakukan percubaan perlancaran sebuah pelancar roket dengan jarak 60 km yang boleh mencapai Tel Al-Rabi (Tel Aviv). Jurucakap Hamas,Fawzi Barhoum mengatakan tuduhan ini merupakan langkah proaktif yang diambil oleh Israel untuk mempengaruhi simpati dunia sebelum pembahasan laporan Goldstone dalam sidang agung PBB.

Read moreHamas menafikan tuduhan Israel tentang memiliki pelancar roket balistik.