Hamas selar pengumuman Fayyad berhubung perlindungan terhadap keselamatan Israel.

Rabu , 15/07/2009 – Sami Abu Zuhri, seorang jurucakap Hamas berkata pada hari Selasa lepas bahawa pengumuman Salam Fayyad (PA) bahawa mereka perlu menempatkan lebih banyak anggota keselamatan Palestin di Tebing Barat untuk mencegah serangan pejuang Palestin ke atas pihak Israel itu membuktikan bahawa pihak keselamatan pimpinan Fayyad sememangnya mensasarkan penghapusan penentangan dan seterusnya menghalalkan pencerobohan Israel.

Read moreHamas selar pengumuman Fayyad berhubung perlindungan terhadap keselamatan Israel.

(Terkini) Kelab malam Israel edar poster wanita bogel berlatarkan Qubbah Sahra.

Jumaat , 10/07/2009 – Salah sebuah kelab malam di Israel membuat kad undangan dan poster yang dihiasi dengan foto wanita bogel berlatarkan Qubbah Sahra. Perkara ini mengundang kecaman hebat dari warga Palestin yang melihatnya sebagai penghinaan terhadap kehormatan kaum muslimin dan Arab.

Read more(Terkini) Kelab malam Israel edar poster wanita bogel berlatarkan Qubbah Sahra.

Hammad : “Kami berjaya menahan rangkaian perisik Fatah di Gaza”.

Khamis , 09/07/2009 – Di dalam satu wawancara dengan TV Al-Aqsa milik Hamas di Gaza, Fathi Hammad yang merupakan Menteri Dalam Negeri bagi Kerjaan Hamas di Gaza yang telah dibubarkan, berkata bahawa pihak keselamatan di kementeriannya telah menahan mereka yang digelar “rangkaian perisik” yang bekerja untuk gerakan Fatah.

Read moreHammad : “Kami berjaya menahan rangkaian perisik Fatah di Gaza”.

Kerajaan Haneyya mengutuk penculikan rakyat Palestin dan kaum wanita.

Rabu , 08/07/2009 – Kerajaan Palestin yang diketuai oleh Perdana Menteri Ismail Haneyya mengutuk penculikan berterusan yang dilakukan oleh militia Ababs di Tebing Barat, terutamanya penculikan terhadap kaum wanita sambil menegaskan bahawa penculikan tersebut amat bercanggah dengan undang-undang dan tidak bermoral.

Read moreKerajaan Haneyya mengutuk penculikan rakyat Palestin dan kaum wanita.

Haneyya: Kerajaan berusaha melahirkan generasi al-Quran.

Selasa , 07/07/2009 – Perdana Menteri Palestin, Ismail Haneyya menegaskan bahawa apa yang disaksikan oleh perkhemahan al-Furqan merupakan suatu kebanggaan dan kemuliaan yang besar bagi kerajaan dan rakyat Palestin, sebagaimana ia adalah mahkota kemuliaan dan kelebihan daripada Allah SWT. Beliau seterusnya menambah seraya berkata: “Alangkah indahnya kerana kita dapat berjumpa di atas hidangan al-Quran dan memulakan hari ini dengan bertemu dengan para ahli al-Quran.”

Read moreHaneyya: Kerajaan berusaha melahirkan generasi al-Quran.

Haneyya: Wajib berusaha hidupkan isu al-Quds.

Isnin , 06/07/2009 – Perdana Menteri, Ismail Haneyya menyambut kedatangan satu delegasi daripada ‘jawatankuasa menghidupkan al-Quds sebagai bandar kebudayaan Arab’ dan menyaksikan aktiviti-aktiviti yang dijalankannya. Beliau juga menegaskan kepentingan al-Quds dan kemestian untuk berusaha mempertingkatkan aktiviti bagi menghidupkan isu al-Quds pada peringkat dunia Arab dan antarabangsa.

Read moreHaneyya: Wajib berusaha hidupkan isu al-Quds.