Timbalan Ketua Biro Politik HAMAS bertemu Presiden Yaman.

Selasa,  23/06/2009 –

Selasa,  23/06/2009 –Timbalan Ketua Biro Politik HAMAS, Dr Musa Abu Marzuq bertemu dengan Presiden Yaman, Ali Abdullah Salleh pada hari Ahad (21/6). Dalam pertemuan tersebut Dr Musa telah memaklumkan tentang perkembangan terkini yang berlaku di Palestin serta mengenai dialog terakhir yang berlangsung di Kaherah. Kedua-dua pihak juga membincangkan tentang sikap pihak-pihak lain terhadap isu Palestin.

Read moreTimbalan Ketua Biro Politik HAMAS bertemu Presiden Yaman.

Perjanjian pertukaran tawanan hanya akan berjaya jika Zionis serius

Isnin,  22/06/2009 – Ismail Haneyya, Perdana Menteri Palestin sekali lagi menegaskan keinginan HAMAS dan kumpulan-kumpulan pejuang yang bersamanya untuk mencapai persetujuan tentang pertukaran tawanan dengan pihak Zionis penjajah. Beliau juga menegaskan keprihatinannya untuk menyelesaikan isu tersebut atas dasar kemanusiaan dan politik.

Read morePerjanjian pertukaran tawanan hanya akan berjaya jika Zionis serius

Kumpulan bersenjata bersama di Tebing Barat buru pembunuh pejuang.

Isnin,  22/06/2009 – 5 kumpulan pejuang Palestin berkata mereka telah membentuk beberapa kumpulan bersenjata bersama di banyak kawasan di Tebing Barat yang bertanggungjawab memburu dan menghapuskan para pembunuh pejuang, sambil menegaskan sesiapa yang menghalakan senapangnya kepada para pejuang sama kedudukannya dengan penjajah dan pengkhianat, serta kesudahannya akan menjadi sampah sejarah.

Read moreKumpulan bersenjata bersama di Tebing Barat buru pembunuh pejuang.