Al-Bardawil: Dialog akan datang saksi cubaan Mesir satukan fraksi Palestin.

Selasa,  08/09/2009 – Seorang pimpinan HAMAS, Dr Solah al-Bardawil (gambar) berkata pusingan dialog akan datang akan menyaksikan pandangan dan cadangan Mesir yang akan dibentangkan kepada semua fraksi Palestin sebagai percubaan bagi mendekatkan pandangan mereka dan menamatkan perpecahan yang berlaku.

Read moreAl-Bardawil: Dialog akan datang saksi cubaan Mesir satukan fraksi Palestin.

Israel mulakan penempatan baru di Lembah Jordan.

Selasa,  08/09/2009 – Gerakan yang diberi nama, “The Peace Now”, pada hari Ahad mengumumkan bahawa Kerajaan Zionis-Israel telah memulakan pembinaan penempatan baru kaum Yahudi di Lembah Jordan. Gerakan yang tertua di Israel dan mendapat sokongan Parlimen itu menyatakan, Kerajaan Israel telah menyiapkan pembinaan sebuah yayasan bagi menampung penempatan ini di mana merangkumi 100 buah rumah baru.

Read moreIsrael mulakan penempatan baru di Lembah Jordan.

Pejuang Qassam terbunuh di Gaza.

Selasa,  08/09/2009 – Briged Al-Qassam, sayap pejuang Hamas, melaporkan seorang pejuangnya, Sameh Al Beitar, terbunuh dalam satu misi jihad di kejiranan Al Sabra, Gaza. Bagaimanapun mereka tidak melaporkan bagaimana beliau terbunuh dan misi yang dibawa oleh beliau.Tentera Israel tiada kaitan dengan insiden tersebut. sumber : http://www.imemc.org penterjemah : anonymous

Abbas : “Kian sukar menentukan sama ada mahu hadir pertemuan bersama AS dan Israel”.

Jumaat,  04/09/2009 – Presiden Palestin, Mahmoud Abbas, menyatakan pada Khamis sewaktu pertemuannya dengan Ketua Kerajaan Sepanyol, Jose Luis Rodriguez Zapater, bahawa beliau sukar menempuh hari mendatang dalam menentukan kehadiran dalam pertemuan tiga penjuru antara Presiden AS, Barack Obama dan Presiden Israel, Benjamin Natanyahu.

Read moreAbbas : “Kian sukar menentukan sama ada mahu hadir pertemuan bersama AS dan Israel”.

Ucapan Salam Ramadhan dari wargakerja Palestinkini.

Walaupun Ramadhan sudah masuk ke pertengahan, namun kami tetap meletakkan ucapan salam Ramadhan dari wargakerja Palestinkini yang telah bersama sama berkhidmat secara sukarela demi menyediakan berita terkini dari bumi suci lagi di berkati, Palestin. Moga Ramadhan tahun ini benar2 memberikan impaks baru kepada umat Islam dalam berjuang membebaskan Palestin dari cengkaman rejim Zionis.

-gunx

(klik Read More utk ucapan eksklusif dari warga kerja Pkini)

Read moreUcapan Salam Ramadhan dari wargakerja Palestinkini.

Menteri Israel : “ Yahudi akan terus tinggal dan bina penempatan di Baitul Maqdis”.

Jumaat,  04/09/2009 – Menteri Israel, Yossi Peled (gambar), dari Parti Likud pimpinan PM Israel,Benjamin Natanyahu, mengeluarkan satu kenyataan pada Selasa bahawa kerajaan Israel tidak pernah membekukan usaha membangunkan dan meluaskan penempatan haram Yahudi di Baitul Maqdis, dan tambanhnya, orang Yahudi bakal meneruskan kehidupan dan pembinaan di seluruh kota suci Islam itu. Peled berucap dalam satu persidangan “Selamatkan Baitul Maqdis dan Bukit Golan”, lapor sumber berita Israel, Ynet News.

Read moreMenteri Israel : “ Yahudi akan terus tinggal dan bina penempatan di Baitul Maqdis”.

Tentera laut Israel guna bom api terhadap nelayan Palestin.

Rabu,  02/09/2009 – Kementerian Pertanian Palestin telah meletakkan Tentera Laut Israel bertanggungjawab sepenuhnya terhadap ancaman nyawa kepada para nelayan Palestin di Gaza. Timbalan setiausaha Pertanian, Dr. Ibrahim Al-Qudra berkata dalam satu kenyataan pada hari Selasa bahawa organisasi antarabangsa harus campur tangan dan melindungi hak nelayan Palestin dalam mencari rezeki di laut.

Read moreTentera laut Israel guna bom api terhadap nelayan Palestin.

3 rakyat Palestin cedera, seorang kritikal.

Selasa,  01/09/2009 – Sumber Perubatan Palestin melaporkan pada Isnin, bahawa 3 orang rakyatnya cedera selepas tentera Zionis melepaskan tembakan pada malam itu, seorang daripadanya serius, berhampiran antara Kem Pelarian Al-Jalazoun dan kawasan penempatan haram Yahudi di Beit El, timur Ramallah, Tebing Barat. Salah seorang rakyat Palestin yang tercedera itu merupakan paramedik. Sumber itu juga melaporkan, seorang remaja Palestin berumur 17 tahun, Mohammad Nayef, telah mengalami cedera parah, dan dikejarkan ke Hospital Israel Hadassah di Baitul Maqdis.

Read more3 rakyat Palestin cedera, seorang kritikal.

(Terkini) Perniagaan organ badan, satu lagi siri jenayah Zionis

Khamis,  27/08/2009 – Perniagaan organ badan para syuhada’ Palestin adalah satu jenayah yang sudah lama berlaku yang baru-baru ini menyebabkan pertelingkahan di antara orang-orang Sweden dan regim Zionis. Meskipun ia tidaklah dianggap sebagai jenayah yang utama, namun ia menambahkan satu lagi siri jenayah Zionis yang dilakukan terhadap rakyat Palestin.

Read more(Terkini) Perniagaan organ badan, satu lagi siri jenayah Zionis