Pernyataan Qadumi mengungkap rahsia Fatah.

Isnin , 20/07/2009 – Penulis dan pengkaji Palestin, Ibrahim Hamami menegaskan bahawa tuduhan Pemimpin Fatah dan Ketua Bahagian Politik Palestinian Liberation Organization (PLO) Faruk Qadumi terhadap Presiden Palestin Mahmud Abbas dan pemimpin kumpulan pengkhianat Fatah, Muhammad Dahlan yang dianggap terlibat dalam pembunuhan Presiden Yasser Arafat, adalah sangat penting.

Read morePernyataan Qadumi mengungkap rahsia Fatah.

Tawanan HAMAS: Menculik tawanan yang dibebaskan tindakan jenayah dan tidak bermoral.

Isnin , 20/07/2009 – Para tawanan HAMAS dalam penjara Zionis mengutuk tindakan pemburuan dan penyeksaan yang dilakukan secara berterusan oleh militia Abbas terhadap pejuang Palestin di Tebing Barat. Mereka juga turut mengutuk secara khusus tindakan menculik yang dilakukan oleh militia tersebut terhadap tawanan yang dibebaskan sebelum mereka tiba di rumah mereka.

Read moreTawanan HAMAS: Menculik tawanan yang dibebaskan tindakan jenayah dan tidak bermoral.

(Terkini) Al-Qaddumi sekali lagi menegaskan keterlibatan Abbas dan Dahlan dalam pembunuhan Arafat dan para pimpinan HAMAS.

Jumaat , 17/07/2009 – Sekali lagi Faruq al-Qaddumi, setiausaha agung pergerakan Fatah menegaskan penglibatan Abbas dan Dahlan seorang pemimpin yang khianat dan telah melarikan diri itu dalam konspirasi pembunuhan Presiden Arafat dan para pemimpin pejuang lain. Beliau juga menegaskan bahawa beliau tidak mengiktiraf kerajaan Palestin di Ramallah.

Read more(Terkini) Al-Qaddumi sekali lagi menegaskan keterlibatan Abbas dan Dahlan dalam pembunuhan Arafat dan para pimpinan HAMAS.

Hamas selar pengumuman Fayyad berhubung perlindungan terhadap keselamatan Israel.

Rabu , 15/07/2009 – Sami Abu Zuhri, seorang jurucakap Hamas berkata pada hari Selasa lepas bahawa pengumuman Salam Fayyad (PA) bahawa mereka perlu menempatkan lebih banyak anggota keselamatan Palestin di Tebing Barat untuk mencegah serangan pejuang Palestin ke atas pihak Israel itu membuktikan bahawa pihak keselamatan pimpinan Fayyad sememangnya mensasarkan penghapusan penentangan dan seterusnya menghalalkan pencerobohan Israel.

Read moreHamas selar pengumuman Fayyad berhubung perlindungan terhadap keselamatan Israel.