(Terkini) Aktivis berbasikal Ireland merentasi Eropah, Gaza Destinasi Terakhir.

Rabu,  05/08/2009 – Tiga aktivis berbangsa Ireland berbasikal merentasi Eropah dalam Kembara Ireland-Gaza, yang saiz perjalanan lebih 2 kali ganda jumlah jarak Jelajah Perancis kini berada berhampiran destinasi terakhir mereka iaitu Gaza. Mereka telah sampai di Jerusalam dan akan meneruskan perjalanan mereka menuju ke Gaza dalam masa terdekat.

Read more(Terkini) Aktivis berbasikal Ireland merentasi Eropah, Gaza Destinasi Terakhir.

Pemimpin kanan Briged Aqsa akan hadiri Persidangan Fatah di Baitulham.

Rabu,  05/08/2009 – Zakariyya Zobeidi, pemimpin Briged Al-Aqsa yang merupakan sayap tentera pergerakan Fatah yang berkhidmat di Tebing Barat serta 24 anggotanya berketurunan Palestin yang telah diberi ampun oleh Israel, dijangka akan menghadiri majlis perasmian pembukaan Persidangan Fatah Kali Ke-6 di Bailtulham, Tebing Barat pada hari Selasa.

Read morePemimpin kanan Briged Aqsa akan hadiri Persidangan Fatah di Baitulham.

Unesco: Gambar dan filem pelarian Palestin sebahagian ‘peringatan dunia’.

Selasa,  04/08/2009 – Pertubuhan Pendidikan, Kebudayaan dan Ilmu Bangsa-bangsa Bersatu (Unesco) mengumumkan di penghujung mesyuarat khusus pada hari Jumaat lalu, perisytiharan memasukkan 35 bahan warisan filem dokumentasi yang tidak ternilai ke dalam rekod ‘peringatan dunia’. Antara bahan yang dimasukkan itu ialah yang berkaitan dengan dunia Arab, iaitu gambar dan filem yang mendokumenkan sejarah pelarian rakyat Palestin.

Read moreUnesco: Gambar dan filem pelarian Palestin sebahagian ‘peringatan dunia’.

(Terkini) PBB terima 1500 tuntutan ganti rugi atas kerosakan akibat pembinaan Tembok Pemisah.

Jumaat,  31/07/2009 – PBB telah melaporkan pada Khamis bahawa organisasi itu telah menerima hampir 1500 laporan daripada rakyat Palestin yang menuntut ganti rugi atas pembinaan Tembok Pemisah Israel dalam kawasan tanah mereka di Tebing Barat. Pegawai Ketiga Jawatankuasa PBB berkata, beliau telah mengkaji beratus-ratus tuntutan tersebut. Satu kenyataan telah disiarkan dalam satu laporan pada hari Khamis. Laporan ini melaporkan kerosakan akibat pembinaan Tembok Pemisah Israel dalam Tebing Barat.

Read more(Terkini) PBB terima 1500 tuntutan ganti rugi atas kerosakan akibat pembinaan Tembok Pemisah.

Al-Zahhar: Kita tak benarkan anggota Fatah bebas bergerak di Gaza.

Khamis, 30/07/2009 – Dr Mahmoud al-Zahhar, anggota Biro Politik HAMAS menegaskan semalam, Selasa (28/7) bahawa gerakannya memutuskan untuk tidak membenarkan anggota-anggota ‘Muktamar Keenam’ bagi gerakan Fatah dari Gaza untuk bergerak ke Tebing Barat untuk menyertai muktamar mereka selagi mana Fatah terus memburu para pimpinan HAMAS dan anggota-anggotanya di Tebing Barat.

Read moreAl-Zahhar: Kita tak benarkan anggota Fatah bebas bergerak di Gaza.

Hamas setuju membenarkan pemimpin Fatah keluar Gaza; Fatah akan bebaskan 200 orang anggota Hamas.

Khamis, 30/07/2009 –Hamas akan membenarkan pemimpin-pemimpin Fatah yang menginap di Gaza menyertai Kongres Kali Ke-6 pergerakan itu yang akan diadakan di Tebing Barat pada 4 Ogos ini, setelah Fatah berjanji untuk membebaskan 200 anggota Hamas yang ditahan di penjara Tebing Barat.

Read moreHamas setuju membenarkan pemimpin Fatah keluar Gaza; Fatah akan bebaskan 200 orang anggota Hamas.