Lagi penangkapan oleh rejim Zionis di timur Betlehem.

Isnin, 26/04/2010 – Pasukan penceroboh Israel awal hari ini telah menahan 7 orang termasuk dua adik beradik di bandar Takoa, timur Betlehem dan membawa mereka ke satu lokasi yang tidak diketahui. Sumber melaporkan pasukan Israel menyerang kampung itu waktu subuh dan menceroboh beberapa rumah sambil mencari dan merosakkan peralatan di dalamnya seterusnya menangkap 7 orang … Read moreLagi penangkapan oleh rejim Zionis di timur Betlehem.

Ribuan berarak menuju ke sebuah desa dimusnahkan dekat Arab Al-Teera

Isnin, 26/04/2010 – Ribuan orang Palestin, membawa bendera Palestin dan membawa poster nama-nama desa-desa Arab yang dimusnahkan, berarak pada hari Selasa dari bandar Teera Al-Arab menuju ke runtuhan kampung Miska Arab yang hancur dan warganya yang menjadi pelarian semasa penjajahan Israel di tanah Palestin. Para peserta demonstrasi melaungkan ayat-ayat anti-Israel terhadap penjajahan Israel dan jenayah … Read moreRibuan berarak menuju ke sebuah desa dimusnahkan dekat Arab Al-Teera

Vilnai: Tiada kemudahan di bekalkan ke Gaza hingga ‘Shalit’ dilepaskan

Isnin, 26/04/2010 – Timbalan Menteri Tentera Israel, Matan Vilnai, mengatakan bahawa Israel tidak akan memberikan lebih banyak kemudahan ke Semenanjung Gaza selagi Hamas tidak melepaskan tentera mereka, Gilad Shalit dari tahanan. Perkara ini diutarakan ketika sesi lawatan pemeriksaan yang dilakukan oleh Vilnai di persimpangan Kerem Abu Salem, dimana komander disitu meyakinkannya bahawa puluhan trak sarat … Read moreVilnai: Tiada kemudahan di bekalkan ke Gaza hingga ‘Shalit’ dilepaskan

Gesaan keluarkan ikan beracun dari pasaran Gaza.

Jumaat, 23/04/2010 – Kementerian Kesihatan Mesir hari ini mendedahkan bahawa terdapat sejenis ikan beracun di perairan sekitar Mesir dan memberi amaran kepada orang awam agar tidak memakannya kerana boleh menyebabkan kematian. Kementerian berkenaan mengeluarkan kenyataan pada hari ini memakan ikan yang digelar “Arnab”, yang boleh didapati di sekitar perairan Laut Merah dan Mediterranean, termasuk juga … Read moreGesaan keluarkan ikan beracun dari pasaran Gaza.

Zionis bina kuil-kuil bagi hapus tanda Islam di al-Quds

Jumaat, 23/04/2010 – Pengarah Jabatan Peta di Bait al-Sharq, (Ir.) Khaleel al-Tafkaji menegaskan regim Zionis mempergunakan agama bagi tujuan politik mereka bagi membuang akar umbi Arab dan Islam dari bandar al-Quds yang dijajah serta digantikan dengan akar umbi Zionis. Namun beliau menegaskan meskipun pihak Zionis berjaya menghalau rakyat Palestin terutamanya penduduk bandar al-Quds, tetapi mereka … Read moreZionis bina kuil-kuil bagi hapus tanda Islam di al-Quds

Demonstrasi Kumpulan Zionis provokatif di Baitulmaqdis Ahad depan.

Jumaat, 23/04/2010 – Kumpulan-kumpulan ekstrim (pelampau) Zionis sedang mempersiapkan diri, di bawah pimpinan 2 ketua kanan ekstrim (zionis) iaitu Baruch Marzel dan Itamar Ben-Gber, untuk mengadakan demontrasi provokatif di Daerah Salwan, sekitar bandar Baitulmaqdis, untuk menuntut penghancuran rumah-rumah rakyat Palestin dan mengusir penduduk daerah tersebut dengan tujuan untuk membina penempatan @pemukiman (rejim Israel) dan (kononnya) … Read moreDemonstrasi Kumpulan Zionis provokatif di Baitulmaqdis Ahad depan.

Keperluan dan Penentangan.

Jumaat, 23/04/2010 – Mohammed Abu Jerrad, 12, bekerja bersama abangnya dan 4 yang lain untuk mengumpul gandum mereka. Masih terlalu awal untuk musim menuai, tetapi keluarga itu berharap untuk menuai 5 dunam secepat mungkin, jelas sekali memilih untuk menuai awal dari kemungkinan tentera Israel memusnahkan atau membakar hasil tanaman mereka, seperti yang kerap berlaku sebelum … Read moreKeperluan dan Penentangan.

Polis rejim Zionis akan terus melakukan penahanan.

Jumaat, 23/04/2010 – Polis Israel merancang untuk melaksanakan kempen penahanan dan konfrontasi terhadap para penduduk di penempatan Itsear yang terletak di Tebing Barat utara sebagai sebahagian daripada penyiasatan pihak polis berikutan berlaku pertengkaran antara penduduk dan askar sempadan Israel yang menyebabkan kecederaan dua daripada mereka oleh penduduk yang bertopeng. Sumber di tentera Israel mengatakan insiden … Read morePolis rejim Zionis akan terus melakukan penahanan.

Sindiket pencurian organ oleh rejim Zionis di pertahankan

Jumaat, 23/04/2010 – Mereka mengatakan bahawa seseorang itu harus selalu bangkit demi cabaran, terutama apabila anda berurusan dengan golongan mereka yang tinggal di tempat Harry. Setelah mendapati diriku ini sebahagian daripada Mossad di masa lalu, saya menjangkakan bahawa pos kecil ini adalah satu lagi sarang jahat Zionis yang jahat yang tidak setia dengan negara-negara yang … Read moreSindiket pencurian organ oleh rejim Zionis di pertahankan

Kereta kebal Zionis bedil kawasan tengah dan selatan Gaza

Jumaat, 23/04/2010 – Pada lewat petang Selasa (20/4), beberapa kereta kebal Zionis membedil kawasan timur Khan Younus, Deir al-Balah dan kawasan tengah Semenanjung Gaza setelah tersibar berita tentang kejayaan pihak pejuang Palestin mengesan penyusupan tentera Zionis di kawasan tersebut sehingga menyebabkan pertempuran berlaku. Beberapa sumber tempatan menegaskan kepada wartawan Pusat Media Palestin bahawa beberapa buah … Read moreKereta kebal Zionis bedil kawasan tengah dan selatan Gaza

Abbas janji menentang perintah pengusiran

Khamis, 22/04/2010 – Presiden Palestin Mahmoud Abbas bersumpah untuk menentang perintah tentera Israel yang mengusir rakyat Palestin yang tinggal di Tebing Barat yang dijajah oleh Israel dengan apa jua cara sekalipun. “Israel tidak mempunyai hak untuk mengusir rakyat Palestin, dan pihak berkuasa Palestin tidak akan membiarkan perkara itu dan akan menghadapinya dengan pelbagai cara,” katanya. … Read moreAbbas janji menentang perintah pengusiran

Mahkamah Al-Solh menjatuhkan hukuman yang berat kepada 3 penduduk Palestin.

Khamis, 22/04/2010 – Israel telah mengenakan tahanan rumah terhadap tiga penduduk Baitulmuqaddis selain melanjutkan penahanan seorang yang lain. Mahkamah Al-Solh di Baitulmuqaddis memutuskan untuk melaksanakan tahanan rumah kepada tiga pemuda dari daerah Al-Thawri dan mendenda mereka sebanyak 2.000 Shekel ($ 540 USD). Mahkamah juga melanjutkan penahanan pemuda yang keempat. Pasukan penceroboh Israel Ahad lalu telah … Read moreMahkamah Al-Solh menjatuhkan hukuman yang berat kepada 3 penduduk Palestin.

Pandatang haram Yahudi cabut 250 anak pokok zaitun.

Khamis, 22/04/2010 – Pendatang haram Yahudi hari ini mencabut 250 anak pokok zaitun di Kampung Qarout di selatan Nablus. Pegawai penempatan Tebing Barat, Ghassan Douglas berkata beberapa orang pendatang haram Yahudi telah mencabut 250 anak pokok zaitun yang ditanam oleh penduduk Palestin pada hari Tanah Palestin. Presiden Majlis Kampung Qarout, Abed Al-Naser Al-Qarouti mengesahkan kejadian … Read morePandatang haram Yahudi cabut 250 anak pokok zaitun.

Israel mengusir seorang tahanan Tebing Barat ke Gaza

Khamis, 22/04/2010 – Pihak Israel memutuskan untuk mengusir seorang tahanan keluar dari bandar Thuluth Kafr, berhampiran bandar Tebing Barat utara Qalqilia, ke Semenanjung Gaza. 14 tahanan lain juga akan turut dideportasi pada masa akan datang. Seorang tahanan, Khalid Jihad Yousef yang ditahan dalam kurungan tersendiri di dalam penjara Nafha; Beliau secara rasmi diberitahu tentang perintah … Read moreIsrael mengusir seorang tahanan Tebing Barat ke Gaza

Barangan rumah yang disekat dibenarkan masuk ke Gaza

Rabu, 21/04/2010 – Nasser Al-Sarraj, Timbalan Menteri Ekonomi Nasional, menyatakan bahawa Israel akan membenarkan kemasukan peralatan rumah tangga ke Gaza, yang ditahan di pelabuhan Israel sejak tahun 2007. Dia mengatakan dalam sebuah kenyataan, bahawa persetujuan Israel meliputi barang yang ditahandi pelabuhan Israel sejak Disember 2007 saja, dan semua barang sebelum tarikh tersebut tidak dibenarkan masuk … Read moreBarangan rumah yang disekat dibenarkan masuk ke Gaza