Kumpulan bersenjata bersama di Tebing Barat buru pembunuh pejuang.

Isnin,  22/06/2009 – 5 kumpulan pejuang Palestin berkata mereka telah membentuk beberapa kumpulan bersenjata bersama di banyak kawasan di Tebing Barat yang bertanggungjawab memburu dan menghapuskan para pembunuh pejuang, sambil menegaskan sesiapa yang menghalakan senapangnya kepada para pejuang sama kedudukannya dengan penjajah dan pengkhianat, serta kesudahannya akan menjadi sampah sejarah.

Read moreKumpulan bersenjata bersama di Tebing Barat buru pembunuh pejuang.

Meshal: Tangkapan di Tebing Barat halang perdamaian.

Khamis  11/06/2009 – Ketua Biro Politik HAMAS, Khaled Meshal menegaskan HAMAS amat prihatin terhadap kepentingan Palestin. Beliau juga menegaskan sudah terdapat persetujuan dengan Mesir yang menjadi penaung untuk membentuk beberapa jawatankuasa yang akan berusaha membebaskan para tahanan. Beliau juga amat berharap agar naungan Mesir dan negara-negara Arab lain berjaya mencapai matlamat ini.

Read moreMeshal: Tangkapan di Tebing Barat halang perdamaian.

Abu Marzouq menyeru Obama adakan perbincangan terus dengan Hamas.

Rabu,  10/06/2009 – Keazaman Obama bagi mencapai keamanan di Timur Tengah dialu-alukan, tetapi ianya perlu melalui perbincangan terus dengan Hamas yang merupakan suara bagi mewakili penduduk Palestin. “Penting adakan rundingan dengan Hamas, Obama tidak boleh berbincang dengan rakyat yang tidak mewakili suara penduduk Palestin,” Abu Marzouq dalam kenyataannya merujuk Presiden Mahmoud Abbas dan pergerakan Fateh yang dipimpinya.

Read moreAbu Marzouq menyeru Obama adakan perbincangan terus dengan Hamas.

(Terkini) Teroris Zionis dibebaskan atas tuduhan membunuh walaupun ada bukti rakaman video.

Selasa,  09/06/2009 – Pihak berkuasa Israel telah menggugurkan semua tuduhan terhadap seorang aktivis terlampau Israel,  selepas dia menembak dua orang rakyat Palestin di kawasan tertutup semasa satu pemindahan yang dilakukan di kawasan larangan pada Disember 2008.  Tembakan tersebut telah dirakam dalam pita. Peneroka pelampau, Ze’ev Braude, 51, adalah berasal dari Keryat Arba’, Hebron. Wartawan Israel, Haaretz, … Read more(Terkini) Teroris Zionis dibebaskan atas tuduhan membunuh walaupun ada bukti rakaman video.

(Artikel Terkini Mesti Baca) Era Zionis berakhir ?

oleh 
Prof Madya Dr Zainur Rashid Zainuddin
Perunding Aman Palestin

Gerakan Zionis

Gerakan Zionis adalah satu gerakan yang telah ditubuhkan di Eropah bagi memperjuangkan cita-cita dan nasib bangsa Yahudi yang berhadapan dengan pelbagai masalah di merata tempat dan negara terutamanya di Eropah. Gerakan ini adalah gerakan politik rasis yang menggunakan alasan agama dan semangat bangsa Yahudi yang menyeru untuk membina sebuah negara yang dikhususkan untuk orang Yahudi sahaja iaitu di Palestin. Kewujudan dan kemunculan gerakan ini sebenarnya telah disemarakkan lagi dengan permasalahan ideologi kebangsaan, kebangkitan golongan Protestan dan idea negara bangsa di Eropah terutamanya pada abad ke 19.

Tidak jauh perbezaan di antara kelompok penganut fahaman zionisma walaupun ada di kalangan mereka adalah dari golongan sekular, sosialis, athies mahupun golongan yang kuat beragama kerana hampir keseluruhan mereka memperjuangkan fahaman zionisma yang bertujuan untuk menguasai keseluruhan negara Palestin dan membina wilayah yang dikenali sebagai ‘Israel Raya’ di Asia Barat. Faktor kejayaan projek Zionis ini adalah bergantung kepada penindasan dan penjajahan yang mereka lakukan kepada rakyat Palestin yang tidak berdosa.

Pencetus penubuhan negara Yahudi

Cadangan penubuhan negara khas untuk orang-orang Yahudi telah dibuat oleh seorang wartawan Hungari, Theodore Hertzl yang merupakan salah seorang pengasas gerakan Zionis di dalam gagasannya yang telah dibukukan di dalam Die Judem Stat (Negara Yahudi) pada 1896. Kewujudan Pertubuhan Yahudi Antarabangsa (WZO) melalui persidangannya yang pertama di Basle, Switzerland pada 27-29hb Ogos 1897 di bawah pimpinannya telah membuka era aktiviti politik Zionis, mengorak langkah kepada pembentukan negara Yahudi di Palestin.

Read more(Artikel Terkini Mesti Baca) Era Zionis berakhir ?