Sesiapa yang diam terhadap kepungan dan kezaliman ke atas Gaza, bukan seorang yang bebas.

Selasa,  26/05/2009 – Fernando Rossi, seorang senator Itali dan ketua konvoi ‘The Hope’ dari Eropah mengutuk keras kepungan Zionis terhadap Semenanjung Gaza, juga sikap berdiam diri yang ditunjukkan oleh seluruh dunia terhadap kemelaratan kemanusiaan yang sedang mengancam nyawa satu juta setengah rakyat Palestin di Gaza.

Read moreSesiapa yang diam terhadap kepungan dan kezaliman ke atas Gaza, bukan seorang yang bebas.

Hamas : Pertemuan Abbas-Obama hanya bersifat menanggung kemelaratan dan kerugian Abbas.

Selasa,  26/05/2009 – Gerakan Hamas, menegaskan jangan terlalu berharap dengan hasil pertemuan Mahmud Abbas dan Presiden Amerika, Barack Obama. Pertemuan tersebut merupakan penyempurnaan dari tindakan Abbas yang hanya dilihat meraih simpati atas kerugiannya selama ini kepada AS dan Zionis.

Read moreHamas : Pertemuan Abbas-Obama hanya bersifat menanggung kemelaratan dan kerugian Abbas.

Bekas Mufti Mesir: Siapa perintah kepung Palestin dan musnahkan terowong, turut berdosa dan tali barut Zionis.

Selasa,  26/05/2009 – Shaikh Nasr Farid Wasil, bekas mufti Mesir mengutuk penerusan penutupan sempadan antara Semenanjung Gaza dengan Mesir oleh regim Mesir untuk tahun ketiga berturut-turut. Beliau menganggap usaha untuk mengukuhkan kepungan itu sebagai perang yang diisytiharkan terhadap negara Islam dan sokongan kepada musuh.

Read moreBekas Mufti Mesir: Siapa perintah kepung Palestin dan musnahkan terowong, turut berdosa dan tali barut Zionis.

Kerajaan Palestin menyeru Mesir benarkan ‘konvoi harapan Eropah’ ke Gaza.

Isnin,  25/05/2009 – Kerajaan Palestin yang diketuai Ismail Haneyya pada hari Ahad lalu meminta kerajaan Mesir untuk membenarkan orang Eropah konvoi mengelilingi Semenanjung Gaza. Beliau dalam kenyataannya terkejut dengan ketegasan pihak berkuasa Mesir yang menghalang konvoi tersebut meskipun ia merupakan misi kemanusiannya.

Read moreKerajaan Palestin menyeru Mesir benarkan ‘konvoi harapan Eropah’ ke Gaza.

Abu Marzuq: Mesir terlibat dua kali tangani pembentukan semula PLO, harap terlibat juga untuk kali ketiga.

Khamis,  21/05/2009 – Timbalan Ketua Biro Politik HAMAS, Musa Abu Marzuq menegaskan bahawa tiada siapa yang boleh menafikan peranan Mesir yang mendokong isu Palestin. Beliau berharap Mesir dapat menangani isu Pergerakan Pembebasan Palestin (PLO) agar dapat merealisasikan kepentingan rakyat Palestin serta menjaga hak dan kelestarian mereka.

Read moreAbu Marzuq: Mesir terlibat dua kali tangani pembentukan semula PLO, harap terlibat juga untuk kali ketiga.

“Perubahan dan Reformasi”: Kerajaan Fayyad melanggar undang-undang.

Rabu,  20/05/2009 – Blok “Perubahan dan Reformasi” yang mewakili HAMAS dalam Majlis Perundangan Palestin menegaskan kerajaan Fayyad yang dibentuk oleh pihak berkuasa di Ramallah, Mahmoud Abbas dengan dipimpin oleh Salam Fayyad adalah tidak mengikut undang-undang dan perlembagaan, kerana ia tidak mendapat kepercayaan daripada Majlis Perundangan.

Read more“Perubahan dan Reformasi”: Kerajaan Fayyad melanggar undang-undang.

Penduduk haram Israel serang penduduk Palestin di Bandar Lama Hebron.

Rabu,  20/05/2009 –  Sekumpulan penduduk Haram Israel menyerang penduduk Palestin di salah satu bahagian di bandar lama Hebron dalam usaha meningkatkan tekanan ke atas rakyat Palestin agar menjadi pelarian dan rumah dan tanah mereka diambil oleh penduduk haram Israel. Mereka melempar batu dan botol ke arah penduduk Palestin di situ tetapi tiada kecederaan dilaporkan. sumber : … Read morePenduduk haram Israel serang penduduk Palestin di Bandar Lama Hebron.

Adwan: Rakyat Palestin tidak setuju pemberian warganegara Asing.

Isnin,  18/05/2009 – Dr. Atef Adwan Deputi, pemimpin Hamas menegaskan bahawa rakyat Palestin akan menggagalkan semua cadangan memberi warganegara asing yang dicadangkan oleh Mahmoud Abbas. Adwan menyatakan bahawa rakyat Palestin telah lama hidup dalam “nakbah” kepahitan sejak pengusiran tahun 1948.

Read moreAdwan: Rakyat Palestin tidak setuju pemberian warganegara Asing.