Hamas: Israel undur kerana serangan pejuang dan semangat juang rakyat.

Khamis, 22/01/2009 – Gerakan Pejuang Islam Hamas menegaskan komitmennya dengan pilihan perlawanan sebagai landasan sebarang dialog Palestin. Hamas menegaskan bahawa projek mereka adalah pembebasan seluruh Palestin dan bukan hanya Gaza. Hamas melihat apa yang terjadi di Semenanjung Gaza sehingga perang berakhir adalah kemenangan pejuangan menuju jalan pengusiran penjajah dari seluruh tanah Palestin.

Read moreHamas: Israel undur kerana serangan pejuang dan semangat juang rakyat.

Haneyya : Semua kementerian, institusi dan pejabat kerajaan mula dibuka seperti biasa.

Khamis, 22/01/2009 – Kerajaan Palestin dipilih yang diketuai oleh Perdana Menterinya Ismail Haneyya memutuskan bermula hari ini (Rabu 21/1/2009) segala urusan di semua kementerian awam dan institusi-institusi di bawahnya akan beroperasi seperti biasa, suatu tindakan yang dianggap sebagai cabaran jelas terhadap regim Zionis yang melancarkan serangan terhadap Gaza dengan matlamat menghancurkan kerajaan HAMAS.

Read moreHaneyya : Semua kementerian, institusi dan pejabat kerajaan mula dibuka seperti biasa.

Gaza: Puluhan ribu menyertai perarakan gergasi.

Rabu, 21/01/2009 – Berpuluh ribu rakyat Palestin di Gaza telah keluar waktu tengahari Selasa(20/1/2009) ke perarakan besar yang di anjurkan HAMAS untuk merayakan kemenangan.

Perarakan itu bermula selepas solat Zohor, apabila berpuluh ribu penduduk Palestin mula keluar dari semua daerah di Gaza untuk menyertai perarakan gergasi itu, semata-mata bertujuan menyampaikan pesan dan ucapan sesama mereka selepas perang yang berlaku di Gaza selama 3 minggu.

Read moreGaza: Puluhan ribu menyertai perarakan gergasi.

Israel menjangkakan dalam tempoh setahun lagi roket Hamas akan menjangkau Tel Aviv

Rabu, 21/01/2009 – Anggota “Knesset” Israel, Avigdor Liberman, yang juga ketua parti “Yasrael Betna”, memberi komen bahawa serangan militan Israel di Gaza belum menghancurkan Hamas sebaliknya menjadikan Hamas semakin berpengaruh di Palestin.Beliau menyatakan mungkin tidak lama akan ada kejutan apabila Ramallah pula jatuh ke tangan Hamas.

Read moreIsrael menjangkakan dalam tempoh setahun lagi roket Hamas akan menjangkau Tel Aviv

Al-Qassam: Kami berjaya membunuh 80 tentera dan telah melancarkan 980 roket dan menawan beberapa orang tentera.

Selasa, 20/01/2009 – Briged Al-Qassam(sayap kanan ketenteraan HAMAS) telah membuat kenyataan bahawa mereka dapat bertahan di dalam peperangan yang berlanjutan selama 22 hari dan menentang Zionis habis-habisan, ditambah kejayaan membunuh 80 tentera Zionis.

Read moreAl-Qassam: Kami berjaya membunuh 80 tentera dan telah melancarkan 980 roket dan menawan beberapa orang tentera.

Dewan Legislatif menghidupkan optimistik rakyat Palestin berikutan peperangan Gaza.

Selasa, 20/01/2009 – Dewan Legislatif Palestin optimis dan sentiasa bersedia dalam peperangan kejam yang dimulakan oleh tentera rejim Zionis pada waktu ini ke atas Gaza.  Peperangan ini telah memberikan satu contoh  cabaran baru yang menjadi jalan mereka untuk merealisasikan tujuan-tujuan nasional serta  melumpuhkan kesemua perancangan jahat yang dijalankan oleh penjajah rejim Zionis.

Read moreDewan Legislatif menghidupkan optimistik rakyat Palestin berikutan peperangan Gaza.

Gaza kerugian 1.9 billion dollar akibat serangan rejim Zionis.

Selasa, 20/01/2009 – Dr. Loai Shabana, Ketua Jabatan Statistik menjelaskan bahawa kerugian yang dialami semasa pencerobohan Israel di Gaza adalah dianggarkan 1.9 billion dollar. Dalam satu laporan, beliau mendapati sebanyak 14% daripada bangunan dan kemudahan awam musnah akibat keganasan Israel ini. Manakala jumlah pampasan yang dianggarkan bagi membantu mereka yang terkesan dengan perang ini adalah … Read moreGaza kerugian 1.9 billion dollar akibat serangan rejim Zionis.

67 buah sekolah telah dibedil sepanjang 23 hari serangan rejim Zionis.

Isnin ,19/01/2009 – Pusat hak asasi manusia Al Mizan melaporkan bahawa sepanjang 3 minggu kempen penyerangan Gaza, tentera yahudi telah membedil lebih dari 67 buah sekolah termasuklah 36 sekolah dibawah kelolaan UNRWA. Dalam satu kenyataan yang diterima oleh PIC, Al Mizan melaporkan bahawa tentera yahudi telah mengebom sekolah kelolaan UNRWA walaupun lokasi tersebut menjadi tempat perlindungan rakyat Gaza yang melarikan diri dari serangan bom tentera yahudi.

Read more67 buah sekolah telah dibedil sepanjang 23 hari serangan rejim Zionis.

‘Gencatan Senjata’ Israel agenda tersembunyi Amerika.

Isnin ,19/01/2009 – Sejurus sebelum pengumuman ‘gencatan senjata’ Israel pada hari Sabtu, Menteri Luar Israel Tzipi Livni menerima jaminan bertulis daripada Setiausaha Amerika Condoleezza Rice mengatakan pihak Amerika akan meningkatkan kerjasama ketenteraan dan maklumat risikan untuk membantu Israel dalam operasi ketenteraan terhadap Palestin. Sebelum ini Amerika hanya terlibat dalam konflik dengan bantuan peralatan tentera dan … Read more‘Gencatan Senjata’ Israel agenda tersembunyi Amerika.

Kenyataan Olmert Bukti kekalahan Israel.

Isnin ,19/01/2009 – Usamah Hamdan, wakil Hamas di Lebanon, menyatakan kenyataan Ehud Olmert yang mahukan genjatan senjata sebelah pihak membuktikan kekalahan Zionis-Israel setelah perang 2006. Kenyataan Olmert juga menampakkan kekalahan Zionis-Israel dan kemenangan rakyat Palestin. Dalam kenyataan Olmert, mengaku masih tidak berjaya untuk membebaskan tentera Israel Gilad Shalit yang tidak diketahui sama ada hidup atau mati akibat serangan ganas Zionis-Israel.

Read moreKenyataan Olmert Bukti kekalahan Israel.