“Yayasan al-Aqsa” dedah terowong baru mengancam masjid ‘Ain Salwan dan bangunan berhampiran.

Jumaat, 06/02/2009 – ‘Yayasan Wakaf dan Warisan al-Aqsa’ dalam satu kenyataan pada pagi Khamis 2/5/2009 mendedahkan bahawa pihak berkuasa muzium Zionis membiayai dan merestui sebuah persatuan penempatan Zionis (Il’ad) menggali terowong baru yang terletak di sebelah kiri masjid ‘Ain Salwan, Kampung Salwan di al-Quds, yang terletak di sebelah selatan Masjid al-Aqsa.

Read more“Yayasan al-Aqsa” dedah terowong baru mengancam masjid ‘Ain Salwan dan bangunan berhampiran.

16 orang tahanan Palestin menghidap sakit kanser dan tidak dibenar mendapatkan bantuan perubatan.

Jumaat, 06/02/2009 – Kementerian Tahanan dan Pembebasan dalam kenyataannya dalam sebuah majlis sempena hari melawan penyakit kanser antarabangsa, yang berlangsung pada 4 Februari setiap tahun mengatakan, ada 16 orang tahanan di penjara-penjara Zionis menderita sakit kanser yang pelbagai, mereka langsung tidak diberikan bantuan perubatan yang sewajarnya dari pengurusan penjara melainkan ‘tempat tinggal’.

Read more16 orang tahanan Palestin menghidap sakit kanser dan tidak dibenar mendapatkan bantuan perubatan.

Zionis didakwa memberi ubat-ubatan yang merbahaya.

Khamis, 05/02/2009 – Wakil kementerian tahanan Palestin Riyadh Al-Ashkar telah mendakwa pihak ZIonis-Israel dengan sengaja mengunakan peralatan perubatan yang telah tercemar dan ubat yang mempunyai racun digunakan ke atas tahanan Palestin. Menurut sumber, jarum yang digunakan untuk merawat telah dicemari dengan hipatitis. Al-Ashkar menggesa WHO supaya campur tangan dan menyiasat perkara ini.

Read moreZionis didakwa memberi ubat-ubatan yang merbahaya.

Kurd: Israel dan PA halang bantuan antarabangsa ke Gaza.

Khamis, 05/02/2009 – Ahmed Al-Kurd, Menteri Hal Ehwal Sosial menuduh penjajah Israel dan kerajaan Palestin di Ramallah menghalang bantuan antarabangsa ke Gaza. Beliau berkata yang sampai hanyalah bantuan perubatan dan itupun terhad sementara bantuan lain seperti makanan disekat dan diloggokan di sempadan Gaza. Ini akan menyebabkan bencana kemanusiaan lebih besar yang kini bergantung kepada bantuan tersebut untuk terus hidup.

Read moreKurd: Israel dan PA halang bantuan antarabangsa ke Gaza.

Nasr : Perbincangan Kaherah buntu kerana kedegilan Zionis.

Khamis, 05/02/2009 – Muhammad Nasr, anggota Biro Politik HAMAS menegaskan usaha-usaha ke arah penyelesaian yang sedang dilaksanakan di Kaherah sentiasa menemui jalan buntu kerana kedegilan Zionis dan percubaan regim tersebut untuk memaksakan syarat-syaratnya berhubung perjanjian gencatan senjata. Beliau juga menimbulkan adalah suatu yang tidak logik jika Gaza terus dikepung dan dalam masa yang sama rakyat Palestin dihalang daripada mentadbir dan mengurus negara mereka sendiri.

Read moreNasr : Perbincangan Kaherah buntu kerana kedegilan Zionis.

Olmert dan Barak ingin serang Gaza lagi.

Rabu,04/02/2009 – Perdana Menteri Israel Ehud Olmert dan Menteri Pertahanannya Ehud Barak berkata mereka akan serang Gaza sekali lagi dalam serang balas terhadap roket buatan rumah yang dilancarkan ke arah bandar-bandar Israel yang berdekatan. Walaupun provokasi itu mungkin tidak seberapa tetapi mereka akan mengambilnya dengan serius dan kemungkinan serang ke atas Gaza kali ini akan … Read moreOlmert dan Barak ingin serang Gaza lagi.

Rejim Zionis menangkap 12 penyokong Hamas hari ini.

Rabu,04/02/2009 – Tentera Zionis-Israel hari ini telah menangkap 12 rakyat Palestin di Jenin, al-Khalil dan Nablud. Mereka yang ditangkap berumur dari 15 hingga 17 tahun. Tindakan tentera Zionis-Israel yang memecahmasuk dan menggeledah rumah rakyat Palestin. Tentera Zionis-Israel turut merampas barang seperti PC, telefon bimbit dan lain-lain. Alasan mereka ditangkap adalah kerana mereka bersama mendokong perjuangan … Read moreRejim Zionis menangkap 12 penyokong Hamas hari ini.

Al-Bardawil: Jawatankuasa undang-undang dan kumpulan pejuang bagi menyelesaikan isu tahanan politik dibentuk sebelum dialog.

Rabu, 04/02/2008 – Dr Solah al-Bardawil, seorang ahli parlimen dan anggota HAMAS menegaskan di Kaherah bahawa perbincangan masih berlangsung dengan para pegawai Mesir tentang persetujuan melaksanakan ‘tempoh bertenang’ dan gencatan senjata. Beliau turut menegaskan persetujuan juga telah dicapai untuk membentuk beberapa jawatankuasa yang akan menyelia pembukaan pintu sempadan Rafah.

Read moreAl-Bardawil: Jawatankuasa undang-undang dan kumpulan pejuang bagi menyelesaikan isu tahanan politik dibentuk sebelum dialog.

Terkini : Israel akan membina terowong antara Gaza dan Tebing Barat.

Dalam satu dialog dengan pelajar di Universiti Ben-Gurion pada Isnin lalu, Menteri Pertahanan Israel, Ehud Barak, mencadangkan untuk menggali sebuah terowong yang akan menghubungkan Semenanjung Gaza dengan Tebing Barat Bank bagi tujuan mewujudkan apa beliau sifatkan sebagai “kesinambungan geografi”.

Read moreTerkini : Israel akan membina terowong antara Gaza dan Tebing Barat.

Terkini : Israel lancarkan serangan udara, seorang penduduk Palestin terbunuh, dua lagi cedera di bandar Rafah.

Selasa, 03/02/2009 –Seorang warga Palestin telah terbunuh dan dua lagi cedera pada tengah hari Isnin apabila seorang tentera Israel melepaskan peluru berpandu pada sebuah kereta awam yang sedang memandu masuk ke Rafah City yang terletak di selatan Semenanjung Gaza.

Read moreTerkini : Israel lancarkan serangan udara, seorang penduduk Palestin terbunuh, dua lagi cedera di bandar Rafah.

PBB tolak alasan Zionis menyerang infrastrukturnya, akan jalankan siasatan sendiri.

Selasa, 03/02/2009 – Para pegawai PBB mengumumkan badan dunia itu akan menjalankan siasatan berhubung serangan Zionis terhadap beberapa bangunan miliknya semasa serangan terhadap Gaza baru-baru ini. John Holmes, pegawai bertanggungjawab tentang hal ehwal kemanusiaan Bangsa-bangsa Bersatu berkata pada hari Isnin (2/2), badan dunia itu sedang menunggu keputusan penyiasatan yang dijalankan oleh pihak berkuasa Zionis tentang serangan terhadap gudang agensi bantuan bagi pelarian Palestin (UNWRA) dan sebuah sekolah miliknya. Namun beliau menegaskan PBB juga akan menjalankan siasatan sendiri terhadap kejadian tersebut.

Read morePBB tolak alasan Zionis menyerang infrastrukturnya, akan jalankan siasatan sendiri.