Tentera Zionis Bunuh 2 Orang Palestin

Isnin, 24/04/2006 – Tentera Zionis pada hari Ahad membunuh 2 orang dan menahan seorang lagi atas alasan mereka adalah orang dikehendaki. Mereka yang syahid ialah Ahmed Muslih dan Daniel Abu Hamameh. Mereka adalah pejuang Briged Aqsa dan Israel akan menerima balasan yang hebat atas perbuatan mereka itu.

Tebing Barat tetap berdarah …

Seorang rakyat Palestin terbujur kaku setelah dibunuh oleh polis rahsia Israel semasa operasi pencerobohan di Tebing Barat di bandar Bethlehem pada hari Ahad, 23/4/2006. Dalam kejadian yg sama, seorang rakyat Palestin yang cedera parah diheret manakala kiri seorang rakyat Palestin ditutup matanya. Gambar close-up mangsa yang cedera parah itu.

Abbas digesa minta maaf

Rabu, 19/04/2006 –

Sayap bersenjata Gerakan Penentang Palestin pada hari Selasa meminta ketua Pihak Berkuasa Palestin (PA), Mahmoud Abbas supaya meminta maaf kepada rakyat Palestin kerana menyifatkan operasi mengebom Tel Aviv sebagai “ganas” sambil menggesa beliau menjelaskan apa yang dinyatakan kepada pihak media terhadap kes tersebut.

Read moreAbbas digesa minta maaf

Menolong umat Islam Palestin adalah wajib!

Selasa, 18/04/2006 –

Ulama tersohor dunia, Dr Yusuf al-Qaradawi menyeru umat Islam sedunia untuk membantu rakyat Palestin. Rakyat Palestin kini berada di dalam kesempitan kerana tindakan AS dan juga EU yang menyekat bantuan dari sampai kepada mereka. Tindakan AS dan EU itu merupakan balasan yang dikenakan ke atas rakyat Palestin kerana memilih HAMAS sebagai kerajaan mereka melalui saluran demokrasi yang bersih. Tindakan tersebut juga adalah berdasarkan kepentingan rejim Zionis Israel yang berasa terancam oleh kemenangan tersebut.

Read moreMenolong umat Islam Palestin adalah wajib!