Kekejaman Tentera Zionis Meningkat

Jumaat, 14/07/2006 –
Tentera Zionis pada hari Selasa mencederakan remaja Palestin dan menahan 4 yang lain dalam pencerobohan rutin mereka di Nablus. Pencerobohan zionis ini disambut dengan balingan batu daripada para remaja dibalas dengan tembakan peluru hidup, peluru getah dan gas pemedih mata. Seorang paramedik juga cedera ditembak semasa menjalankan tugas beliau.

Read moreKekejaman Tentera Zionis Meningkat

21 Ogos sebagai hari kempen Hentikan sekatan ke atas rakyat Palestin sedunia


oleh : Maszlee Malik

Sikap melampau AS berhubung isu penjajahan bumi Palestin bukanlah sesuatu yang baru. Lebih 90 veto telah dikeluarkan oleh AS di dalam mesyuarat-mesyuarat Majlis Keselamatan PBB berhubung tindakan ke atas kekejaman rejim Zionis Israel. AS sememangnya menjadi pelindung kepada negara haram Israel yang telah ditubuhkan demi menjayakan cita-cita golongan Zionis. Sebab utama perlindungan tersebut tidak lain dan tidak bukan adalah hasil lobi golongan Kristian Zionis yang begitu kuat pengaruhnya di kongres AS. Kumpulan yang dikenali sebagai Neo-Conservative itu telah bergabung dengan para Yahudi Zionis yang juga merupakan pemodal-pemodal antarabangsa telah berjaya mencaturkan segala polisi AS berkaitan dasar luar mereka. Fakta ini bukanlah lagi rahsia, penulis-penulis seperti Michael Prior, Ilan Pappe, Martin Buber, Collin Piper, Stephen Sizer dan lain-lain penulis lagi telah lama mendedahkan makar kumpulan tersebut.

Read more21 Ogos sebagai hari kempen Hentikan sekatan ke atas rakyat Palestin sedunia

Rakyat Palestin Diancam Bahaya Besar; Israel Gunakan Senjata Kimia

Jumaat ,14/07/2006 –
PM Palestin, Ismael Hanneyah menegaskan bahaya besar mengancam warga Palestin
setelah penjajah Israel mula menggunakan senjata napalm (sejenis bom yang
menggunakan bahan kimia dan radioaktif hingga membakar tubuh mangsa) dan nail bomb
(bom paku) yang merobek-robek tubuh mangsa dan menghancurkan tulangnya.

Read moreRakyat Palestin Diancam Bahaya Besar; Israel Gunakan Senjata Kimia