Monthly Archives: September 2006

PANAS!! TPM Palestin dibebaskan, tidak dibenar masuk Ramallah


Khamis , 28/09/06 -
Timbalan Perdana Menteri Palestin, Nasser Ed-Deen Al Sha’er telah dibebaskan semalam selepas Mahkamah Israel Petah Tikva mengarahkan pembebasan beliau. Namun begitu, Al Sha’er tidak dibenarkan untuk memasuki Ramallah, yang merupakan pusat kepada pejabat-pejabat kerajaan Palestin, dan dilarang meninggalkan kawasan Palestin sehingga 15 Oktober ini.

Continue reading

Post to Twitter

Hamas Nafi Provokasi Rice


Khamis , 28/09/06 -
Gerakan pejuang Hamas Selasa (26/9) menolak pernyataan Setiausaha Negara Amerika, Condoleezza Rice yang menyebutkan bahawa telah berlaku perpecahan dalam Hamas. Pernyataan tersebut merupakan provokasi pihak Amerika terhadap rakyat Palestin yang pasti tidak akan berjaya.

Continue reading

Post to Twitter

Utusan PBB : “Tindakan Israel di Gaza boleh dianggap sebagai pembersihan etnik”


Rabu , 27/09/06 -
Utusan khas untuk PBB ke kawasan Palestin yang diduduki, John Dugard (gambar) berkata pada Selasa lalu bahawa tindakan dan serangan Israel di Semenanjung Gaza boleh dikategorikan sebagai pembersihan etnik, berikutan tindakan pihak tentera rejim Zionis menutup Semenanjung Gaza dan membuatkan kehidupan di sana tragis dan sukar.
Continue reading

Post to Twitter

Penduduk Cedera Pencerobohan di Nablus


Rabu , 27/09/06 -
Untuk hari ketiga berturut-turut, gerombolan tentera rejim Zionis meneruskan pencerobohan ketenteraan keatas Bandar Lama di Nablus, dibahagian utara Tebing Barat, memecah masuk berdozen-dozen rumah, menembak dan mencederakan seorang penduduk, menurut sumber tempatan.

Continue reading

Post to Twitter

Ramadhan di Palestin Terus Berdarah


Pemuda Palestin bersama anaknya melintas di hadapan runtuhan rumahnya
selepas serangan jet rejim Zionis pada malam 19 September 2006 di selatan Jalur Gaza.



Pekerja bank Palestin memegang senjata memeriksa kesan serangan rejim Zionis
di bank Al Alhi di bandar Nablus, Tebing Barat pada 20 September 2006. Rejim Zionis
di laporkan telah menceroboh rumah dan pejabat. Kerugian harta yang dirampas
berjumlah 1.5 juta. Sekurang-kurangnya 8 pejabat pengurup wang telah di musnahkan
dalam pencerobohan di Nablus, Jenin, Tulkarem dan Ramallah.

Post to Twitter

Kesatuan Eropah membayar elaun kepada pekerja-pekerja penduduk Palestin


Selasa , 26/09/06 -Suruhanjaya Eropah itu telah memulakan pembayaran elaun sosial kepada pekerja-pekerja penduduk Palestin, berkata dari sumber Kesatuan Eropah pada hari Isnin. Di dalam satu penyataan pada Isnin, suruhanjaya berkata, 40,000 daripada penduduk Palestin yang sangat memerlukan itu akan mendapat pembiayaan Kesatuan Eropah itu.

Continue reading

Post to Twitter