Gaza di serang lagi !


Khamis , 21/09/06 –Sebuah kapal terbang milik rejim Zionis pada sebelah pagi semalam (20/09/06) telah melancarkan
roket ke arah rumah awam di selatan Gaza yang mengakibatkan kemusnahan yang teruk. Saksi berkata
rumah dua tingkat itu milik Fathi Abu Jarad musnah teruk selepas serangan tersebut. Tiada kemalangan jiwa
di laporkan.

Read moreGaza di serang lagi !

HAMAS kecam serangan ke atas konvoi PM.


Khamis , 21/09/06 –Pergerakan HAMAS Isnin lalu mengutuk serangan ke atas konvoi Perdana Menteri PA Ismail Haneyya oleh tangan-tangan berpuluh pekerja PA yang `dibayar dan diarah’, yang mana serangan itu bermotif untuk menghalangnya daripada memasuki ibu pejabat PLC di Bandar Gaza untuk memberi sebuah ucapan.

Hamas, dalam satu pernyataan yg dibuat dan diambil satu salinan daripada PIC, memandang insiden ini sebagai satu usaha peningkatan `serius’ beberapa orang figur yang tidak mahukan kebaikan ke atas penduduk Palestin dan berikhtiar untuk mencemarkan segala usaha mencapai kesatuan kerajaan nasional.

Pergerakan tersebut mengesahkan bahawa ia menyokong 100% tuntutan sah para pekerja PA yang menuntut gaji mereka; tapi pada masa yang sama, mengesahkan bahawa tuntutan tersebut perlu dibuat dengan beradab dan terhormat, terutamanya terhadap figur-figur nasional dan sah Palestin seperti Haneyya, yang mana kerajaannya berpenat lelah mencari dana-dana untuk penduduk Palestin yang rata-ratanya tidak berwang.

Read moreHAMAS kecam serangan ke atas konvoi PM.

Haneyyah: Kerajaan Campuran Tidak Iktiraf Israel!


Isnin , 18/09/06 –
Perdana Menteri Palestin, Ismael Haneyyah menegaskan, Sabtu (16/9) di Gaza, program politik kerajaan perpaduan nasional Palestin yang berdasarkan pada piagam kesefahaman nasional, tidak menjamin penerimaan terhadap semua kesepakatan PLO dengan
Israel, kerana piagam tersebut tidak mengiktiraf kewujudan Israel.

Read moreHaneyyah: Kerajaan Campuran Tidak Iktiraf Israel!

Dapatkan buku terbaru tulisan Maszlee Malik di pasaran sekarang !!

Buku ini mengupas sejarah pembentukan HAMAS, kronologi peristiwa-peristiwa berkaitan HAMAS dan Palestin, Intifadah dan pelbagai perkara lain berkenaan HAMAS. Selami kepayahan dan kesengsaraan perjuangan HAMAS sebelum dan selepas diberi mandat menerajui kerajaan Palestin. Penulis buku ini bukan sekadar memperkatakan berkenaan ideologi dan matlamat perjuangan HAMAS semata-mata tetapi juga terselit seribu satu pengertian dan pengajaran buat … Read moreDapatkan buku terbaru tulisan Maszlee Malik di pasaran sekarang !!