Anggota Knesset Pastikan Bangunan Sinagog Dibangunkan di Al-Aqsa


Khamis , 12/10/06 –
Angota Dewan Kneseet Israel dan ketua parti Persatuan Nasional ultra kanan Urey Areil mengumumkan, pembangunan perdana sinagog Yahudi di kawasan Masjid Al-Aqsa telah dimulakan. Sebelumnya Areil telah memasuki kawasan al-Aqsa dan mengumukan bahawa salah satu hak bangsa Yahudi adalah memasuki kawasan Haikal dan melakukan ibadah di dalamnya seperti kaum muslimin.

Read moreAnggota Knesset Pastikan Bangunan Sinagog Dibangunkan di Al-Aqsa

Penyokong Abbas Bersiap Merampas Parlimen


Rabu , 11/10/06 –
Sumber-sumber Palestin menyatakan, orang-orang rapat Abbas sedang bersiap sedia untuk melakukan kudeta* di parlimen, dengan melakukan kajian terhadap undang-undang negara yang boleh membubarkan parlimen dan melakukan langkah-langkah perubahan
terhadap sistem pilihanraya umum Palestin untuk menghalang Hamas dari terus mencapai kemenangan majoriti dalam pilihanraya umum akan
datang.

Read morePenyokong Abbas Bersiap Merampas Parlimen

Israel bermain dengan api


Rabu , 11/10/06 –
Timbalan pemimpin Gerakan Islam di kawasan 1948 (Israel), Kamal Al-Khatib memberi amaran bahawa tindakan memusnahkan masjid suci Al-Aqsa di Baltul Maqdis hanya akan mencetuskan ‘api besar’ di kawasan itu. Khatib mengesahkan bahawa tindakan zalim itu akan menimbulkan reaksi ganas yang mungkin lebih besar daripada Intifada Aqsa yang lepas.

Read moreIsrael bermain dengan api

Pembekalan bahan api dihentikan Israel sehingga hutang dibayar.


Rabu , 11/10/06 –
Syarikat bahan api Israel tidak akan menghantar bahan api ke bandar West Bank sehingga Palestinian Authority (PA) membayar hutang mereka sebanyak seratus juta shekel. PA tidak mempunyai peluang untuk membuat bayaran semenjak berada di bawah pimpinan U.S. dan pemboikotan ekonomi sejak Januari lalu menyebabkan kesibukan mencari bahan api yang melanda selama dua hari di seluruh West Bank.

Read morePembekalan bahan api dihentikan Israel sehingga hutang dibayar.

Olmert Beri Sokongan Padu Abbas Jatuhkan Kerajaan Hamas


Jumaat , 06/10/06 –
PM Israel Ehud Olmert menyatakan kesediaannya untuk memberikan sokongan penuh kepada Presiden Palestin Mahmud Abbas, dengan harapan dapat melemahkan dan menjatuhkan pemerintahan Palestin yang dipimpin Hamas. Olmert mengatakan beliau bersedia menyokong Abbas untuk melaksanakan “roadmap”, sebagai usaha melanjutkan proses kompromi. Dalam waktu terdekat, beliau akan mengajukan apa yang disebutnya “idea-idea memberikan bantuan kepada Palestin”, untuk menguatkan kedudukan presiden Abbas.

Read moreOlmert Beri Sokongan Padu Abbas Jatuhkan Kerajaan Hamas

Ahli parlimen Hamas terselamat dari cubaan bunuh di Gaza


Jumaat , 06/10/06 –
Kumpulan bersenjata Fatah telah cuba untuk membunuh Ahli Majlis Undangan Hamas, Dr. Younis Al-Astal di Khan Younis sebelum subuh Khamis lalu tetapi gagal. Pembunuh dr kumpulan Fatah itu bagaimanapun telah mencederakan seorang pengawal Astal selepas melepaskan tembakan bertubi-tubi ke arah rumah Ahli Parlimen itu.

Read moreAhli parlimen Hamas terselamat dari cubaan bunuh di Gaza

PANAS!! Rice menemui ketua-ketua kumpulan pemberontak sebelum bertemu Abbas


Jumaat , 06/10/06 –Satu sumber yang sahih mengesahan bahawa Setiausaha Negara Amerika Syarikat Condoleezza Rica merancang untuk bertemu dengan beberapa orang pemimpin Fatah termasuk Mohammed Dahlan, Faris Kaddora dan Hassan Al-Sheikh sebelum menemui Presiden Mahmoud Abbas.

Read morePANAS!! Rice menemui ketua-ketua kumpulan pemberontak sebelum bertemu Abbas

Kunjungan Rice ke Timur Tengah


Khamis , 05/10/06 –
Dalam satu perjumpaan dengan Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Condoleezza Rice, Menteri Luar Jordan, Abdel Ilah Khatib berkata, “ Jordan dan negara Arab lain akan mendesak supaya keutamaan diberikan kepada menyelesaikan persoalan Palestin, yang buat masa ini berada di tengah-tengah konflik Timur Tengah.” Sebagai sebahagian kepada lawatannya ke Timur Tengah, Rice berjumpa dengan para pemimpin Arab Selasa lalu untuk membincangkan program nuklear Iran dan jalan penyelesaian berkenaan konflik berterusan di Timur Tengah, terutamanya isu Palestin-Israel. Rice telah berjumpa dengan menteri-menteri luar dari Jordan, Arab Saudi, Mesir, Bahrain, Emiriyah Arab Bersatu, Oman, Qatar dan Kuwait.

Read moreKunjungan Rice ke Timur Tengah

Seorang pekerja Palestin maut ditembak rejim Zionis.


Khamis , 05/10/06 –Taufiq Abu I’iah, 29 seorang pekerja Palestin dari Kampung Tarqumia berdekatan Tebing Barat Bandar Hebron, telah di tembak mati oleh tentera regim Zionist dan polis sempadan, sewaktu kempen penangkapan pekerja-pekerja Palestin yang bekerja di bandr Israel, Jaffa tanpa permit kerja pada petang Rabu.

Read moreSeorang pekerja Palestin maut ditembak rejim Zionis.