Hamas, Barghouthi nafi kegagalan rundingan membentuk kerajaan campuran.


Rabu, 22/11/06 –Isnin lalu, Dr. Ismail Redwan, jurucakap pergerakan Hamas menafikan laporan media yang menyebut mengenai kegagalan rundingan di antara Hamas dan Fatah berhubung usaha pembentukan kerajaan campuran. Penafian yang sama turut disebut oleh MP Dr. Mustafa Al-Barghouthi yang mengetuai rundingan di antara kedua-dua paksi tersebut.

Read moreHamas, Barghouthi nafi kegagalan rundingan membentuk kerajaan campuran.

Haneyyah Kecewa Keputusan Menteri Luar Arab Tidak Dilaksanakan


Selasa, 21/11/06 –
Perdana menteri Palestin, Ismael Haneyya menyatakan kekecewaanya atas tidak terlaksananya keputusan menteri-menteri luar Arab untuk membebaskan embargo rakyat Palestin. Beliau menyeru agar semua bangsa Arab dan Islam bertindak secepat mungkin melindungi rakyat Palestin dari kekejaman Israel.

Read moreHaneyyah Kecewa Keputusan Menteri Luar Arab Tidak Dilaksanakan

Penduduk bentuk benteng manusia untuk menghentikan serangan rejim Zionis


Isnin, 20/11/06 –
Sebuah keluarga Palestin yang disokong oleh beratus-ratus penduduk yang lain di kem pelarian Jabalia telah Berjaya menghentikan serangan udara Israel ke atas rumah mereka selepas mereka enggan meninggalkan rumah itu. Mereka kemudiannya membentuk satu benteng manusia di atas dan di sekeliling rumah terbabit. Rumah tersebut adalah milik keluarga Wael Baroud, salah seorang pemimpin Kumpulan Pejuang Popular.

Read morePenduduk bentuk benteng manusia untuk menghentikan serangan rejim Zionis

Hamas: Kerajaan Baru Tidak Akan Iktiraf Israel dan Idea 2 Negara


Khamis, 16/11/06 –
Gerakan Perjuangan Islam Hamas menegaskan bahawa kerajaan perpaduan nasional yang akan dibentuk melibatkan ramai menteri dari Hamas, tidak akan mengiktiraf entiti Zionis Israel. Kerajaan baru tersebut juga tidak akan menerima idea dua negara sebagai penyelesaian konflik Palestin-Israel.

Read moreHamas: Kerajaan Baru Tidak Akan Iktiraf Israel dan Idea 2 Negara