Kesihatan tawanan wanita Palestin dalam penjara Israel semakin merosot.


Selasa, 22/05/07 –

Masyarakat Nafha yang cuba mempertahankan hak-hak tawanan-tawanan Palestin dalam penjara Israel telah menuduh kuasa penempatan Israel (IOA) menyumbang kepada kemerosotan yang pantas terhadap kesihatan tawanan wanita Palestin Faten Daraghma dalam penjara Hasharon .

Read moreKesihatan tawanan wanita Palestin dalam penjara Israel semakin merosot.

Rumah Anggota Hamas Jadi Sasaran Bom Rejim Zionis.


Isnin, 21/05/07 –Pesawat Israel telah mengebom sebuah bangunan di Shejaeyya bersebelahan dengan sebahagian timur Bandar Gaza petang Ahad lalu membunuh lapan orang dan mencederakan sebilangan yang lain.Bangunan yang disasarkan adalah sebuah dewan kepunyaan keluarga al-Hayya dan ia rebah di sebelah rumah pemimpin terkemuka Hamas serta ahli politik PLC iaitu Dr. Khalil al Hayya.

Read moreRumah Anggota Hamas Jadi Sasaran Bom Rejim Zionis.

Pasukan Bersenjata Hamas Menafikan Rancangan Untuk Membunuh Abbas


Jumaat, 18/05/07 –
Abu Obaida, jurucakap pasukan bersenjata Al Qassam Selasa lalu menafikan adanya perancangan untuk membunuh Presiden Palestin Mahmoud Abbas setelah beliau kembali dari Gaza Strip.
Kenyataan tersebut dikeluarkan selepas rejim Zionis melaporkan bahawa Abbas telah membatalkan lawatannya ke Gaza setelah berlaku satu letupan di terowong di bawah jalan yang sepatutnya dilalui oleh Abbas.

Read morePasukan Bersenjata Hamas Menafikan Rancangan Untuk Membunuh Abbas

Laporan Mingguan Keganasan Rejim Zionis.


Jumaat, 18/05/07 –Pusah Hak Asasi Manusia Palestin, PCHR mengeluarkan laporan mingguan mengenai keganasan Israel di kawasan yang dikuasai mereka untuk tempoh 10 Mei dan 16 Mei. Pusat itu melaporkan bahawa enam orang rakyat Palestin terbunuh akibat serangan bersenjata di Semenanjung Gaza dan seorang bayi yang masih lagi di dalam kandungan turut terbunuh apabila askar-askar itu menembak ibunya.

Read moreLaporan Mingguan Keganasan Rejim Zionis.

Dwaik menyeru campur tangan Arab untuk menghentikan pertikaian dalaman.


Khamis, 17/05/07 –
Jurucakap PLC yang kini sedang dipenjarakan, Dr.Aziz Dwaik Rabu lalu menyeru campur tangan negara Arab untuk menghentikan pertikaian dalaman di Semenanjung Gaza. Beliau mengesahkan bahawa semua pemimpin yang diculik dan semua rakyat yang berada di dalam penjara rejim Israel merayu kepada kepimpinan Palestin agar menghentikan pertumpahan darah dan menghukum dalang di sebalik kejadian itu.

Read moreDwaik menyeru campur tangan Arab untuk menghentikan pertikaian dalaman.