Archives

Taha menafikan Hamas bersetuju dengan pembentukan kerajaan baru Abbas.

Written by admin from http:// on June 29th, 2007 | 0 Comments

Jumaat, 29/06/07 -Ayman Taha, salah seorang daripada pemimpin politik Hamas di Tebing Gaza telah menafikan laporan media yang menyatakan Pergerakannya bersedia untuk menerima pembentukan kerajaan campuran baru yang diketuai oleh pemimpin bebas sebagai jalan keluar kepada krisis politik yang dihadapi oleh rakyat Palestin sekarang.

Haniya : Penduduk Kristian Palestin Perlu Mempertahankan Bumi Palestin.

Written by admin from http:// on June 29th, 2007 | 0 Comments

Jumaat, 29/06/07 -Ismail Haneyya, Perdana Menteri Kerajaan Sementara Palestin telah memberi jaminan perlindungan penuh kepada penduduk Kristian Palestin di Gaza dan menyatakan orang-orang Kristian Palestin adalah sebahagian struktur sosial penduduk Palestin yang tulen. Pengesahan Haneyya hadir semasa beliau menerima kunjungan Manuel Musallam, paderi Gereja Latin Semenanjung Gaza di pejabatnya dan menekankan kepentingan peranan penduduk Kristian [...]

Olmert ditekan Isu Gilad

Written by admin from http:// on June 29th, 2007 | 0 Comments

Jumaat, 29/06/07 -Perdana Menteri negara haram Israel sedang menghadapi tekanan hebat dari rakyatnya untuk meneruskan rundingan pembebasan Gilad Shalit yang masih dalam tahanan di Gaza selama setahun.

Brigade al Aqsa Bergabung dengan Pihak Keselamatan Presiden.

Written by admin from http:// on June 28th, 2007 | 0 Comments

Khamis, 28/06/07 -Komandan Brigade al Aqsa, sayap militan gerakan Fatah, di Tebing Barat, Zakaria Zubaidi mengumumkan pembubaran Brigade al Aqsa dan menyerahkan senjata mereka ke pihak keselamatan presiden yang dipimpin Mahmud Abbas dan menghentikan tindakannya melawan penjajah Zionis Israel.

Qardhawi minta Abbas berdialog kerana beliau bukan pemimpin Fatah Sahaja.

Written by admin from http:// on June 28th, 2007 | 0 Comments

Khamis, 28/06/07 – Ulama tersohor, Syeikh Yusuf Qardhawi menyampaikan seruan kepada Presiden Palestin, Mahmud Abbas (Abu Mazen) yang meminta presiden Palestin itu untuk mengadakan dialog dengan Hamas dalam rangka menyelesaikan krisis yang sedang melanda negeri para syuhada itu.

Hamad: Mesyuarat bersama Zionis akan hanya menyulitkan keadaan.

Written by admin from http:// on June 27th, 2007 | 0 Comments

Rabu, 27/06/07 -Dr. Ghazi Hamad, jurucakap kepada kerajaan sementara Palestin, melahirkan rasa pesimis diatas hasil mesyuarat Sharm Al-Sheikh diantara Mahmoud Abbas, pemimpin Israel, Mesir dan Jordan.

Persidangan Sharm Al-Sheikh Bertujuan Menghapuskan Hamas !

Written by admin from http:// on June 27th, 2007 | 0 Comments

Rabu, 27/06/07 -Dr. Khalil Abu Laila, pemimpin Hamas di Semenanjung Gaza telah menyatakan bahawa tujuan utama sidang kemuncak kuartet di Sharm Al-Sheikh diadakan adalah untuk mengkaji cara-cara bagi menghapuskan Hamas dan memberikan sokongan Presiden Palestin Mahmoud Abbas dengan pelbagai cara.

Hamas Sebarkan Pita Rakaman Terbaru Gilat Shalit.

Written by admin from http:// on June 26th, 2007 | 0 Comments

Selasa, 26/06/07 -Qassam Brigades, sayap bersenjata pergerakan Hamas , pada hari Isnin menyiarkan satu rakaman anggota tentera yang ditangkap Gilad Shalit , supaya meminta kerajaan Israel menerima tawaran HAMAS bagi membebaskan rakyat Palestin yang ditangkap sebagai balasan terhadapnya pembebasannya.

Perjanjian Mekah Mesti Dipatuhi.

Written by admin from http:// on June 26th, 2007 | 0 Comments

Selasa, 26/06/07 -Presiden Yaman Ali Abdullah Saleh menegaskan pentingnya dialog antara dua gerakan, Hamas dan Fatah sebagai cara terbaik untuk menyelesaikan perselisihan dan mendapat persetujuan bersama. Keduanya perlu berdialog dalam rangka memberikan komitmen penuh kepada kesepakatan Mekah sebagai kewajipan kepada kedua-dua belah pihak tanpa prasyarat demi kepentingan bangsa Palestin dan isu Palestin secara adil.

Jeneral Barak Terima Kementerian Pertahanan Secara Rasmi.

Written by admin from http:// on June 23rd, 2007 | 0 Comments

Sabtu, 23/06/07 -Bekas perdana menteri Israel, Jeneral Ehud Barak hari ini memulakan tugasnya yang baru sebagai Menteri Pertahanan Israel dalam rombakan dari kabinet. Barak mengangkat sumpah malam semalam selepas menang dengan mendapat 46 undian di kalangan angota Knesset.

Abbas Selar Hamas, Tuduh Rancang Pisahkan Gaza.

Written by admin from http:// on June 23rd, 2007 | 0 Comments

Sabtu, 23/06/07 -Presiden Palestin, Mahmoud Abbas menuduh Hamas merancang untuk menguasai Semenanjung Ghaza. Beliau mengumumkan keengganannya untuk melakukan sebarang rundingan dengan pertubuhan itu yang menganggap keenganannya itu adalah untuk lari dari menghadapi kenyataan.

Bush, Olmert Sokong Kerajaan Abbas

Written by admin from http:// on June 23rd, 2007 | 0 Comments

Sabtu, 23/06/07 -Presiden Amerika, George Bush dan Perdana Menteri Israel, Ehud Olmert dalam mesyuarat mereka berdua.telah menegaskan sokongan mereka terhadap Presiden Palestin serta kerajaan barunya.

Kerajaan Dibubar Bermesyuarat Di Gaza.

Written by admin from http:// on June 23rd, 2007 | 0 Comments

Sabtu, 23/06/07 -Kerajaan Palestin yang telah dibubarkan diketuai Ismail Haniyeh serta kehadiran menteri-menteri Hamas telah mengadakan mesyuarat mereka yang pertama di Ghaza selepas insiden di Ghaza berlaku baru-baru ini.

Israel Bimbang Perjanjian Jual Beli Pesawat Gempur Rusia Oleh Syria.

Written by admin from http:// on June 23rd, 2007 | 0 Comments

Sabtu, 23/06/07 -Sumber perisikan Israel berkata hari ini bahawa Israel bimbang terhadap penjualan pesawat gempur Rusia jenis MIG 31kepada Syria dalam satu perjanjian senjata cangggih.

Perlembagaan Palestin Mangsa Kepada Parti Politik Palestin.

Written by admin from http:// on June 23rd, 2007 | 0 Comments

Sabtu, 23/06/07 -Keputusan Presiden Palestin, Mahmoud Abbas memecat kerajaan perpaduan kebangsaan dan mengumumkan darurat serta menubuhkan kerajaan sementara menimbulkan reaksi berbeza dari institusi undang-undang.

Facebook

Palestinkini on Facebook

Twitter

Bual

Jom Derma !

Arkib Pkini