Ketua Parlimen Palestin Hafal Al-Quran di Penjara.


Rabu, 19/03/08 –

Pusat Kajian “Ahrar” untuk Tahanan Palestin memaklumkan bahawa Dr. Aziz Dweik, Ketua
Parlimen Palestin yang ditahan oleh pihak Zionis Israel telah menghafal Al-Quran secara tuntas dan jayanya. Beliau melakukan tasmi? (mendengarkan hafalan Al-Qur’an dihadapan seorang syeikh) secara sempurna dan bertajwid.

Read moreKetua Parlimen Palestin Hafal Al-Quran di Penjara.

Rejim Zionis melanjutkan tempoh tahanan Ahli Parlimen wanita.


Rabu, 19/03/08 – Menurrut Persatuan perundangan Nafha, pihak Rejim Zionis telah melanjutkan tempoh penahanan tanpa bicara keatas Ahli Parlimen, Dr. Mariam Saleh untuk beberapa bulan lagi setelah gagal mengemukakan sebarang pertuduhan keatas beliau.Ia melambangkan satu keputusan yang “tidak logic dan kejam”, dan menyifatkannya sebagai “satu kezaliman keatas hak rakyat Palestin untuk memilih wakil mereka”.

Read moreRejim Zionis melanjutkan tempoh tahanan Ahli Parlimen wanita.

Jihad Islam : Tuduhan Mahmoud Abbas Tidak Berasas.


Rabu, 12/03/08 – Pergerakan Jihad Islam Selasa lalu menyangkal tuduhan Presiden PA, Mahmoud Abbas bahawa puak-puak penentang Palestin berbincang dengan Mesir mengenai isu gencatan senjata termasuk perlindungan pemimpin-pemimpin Jihad Islam dan Hamas serta menghentikan untuk menjadikan mereka sebagai sasaran sebagai pertukaran untuk mengakhiri gencatan senjata dengan Israel.

Read moreJihad Islam : Tuduhan Mahmoud Abbas Tidak Berasas.

Pertubuhan-Pertubuhan Kebajikan Desak Kerajaan Britain Bantu Gaza.

oleh : Maszlee Malik, Durham, UK

Pertubuhan-pertubuhan kebajikan di UK seperti Oxfam, Amnesty International, Save the Children UK, Christian Aid, Care International UK, dan beberapa badan Kristian lain mendesak kerajaan Britain supaya campur tangan di dalam isu terkini Gaza. Mereka mendesak agar kerajaan tersebut mengakhiri sekatan ekonomi ke atas Gaza, membawa perubahan radikal di dalam kesatuan Eropah (EU) berhubung isu tersebut dan juga berusaha untuk tidak meminggirkan HAMAS sebagai rakan rundingan. Mereka juga mengutuk serangan ketenteraan rejim Zionis Israel ke atas rakyat Gaza (The Independent, 6/3/2008).

Read morePertubuhan-Pertubuhan Kebajikan Desak Kerajaan Britain Bantu Gaza.

Aksi Syahid Goncang Israel, 8 Terbunuh dan Puluhan Cedera.


Jumaat, 7/03/08 –
Sekurang-kurangnya 8 warga Israel terbunuh dan lebih daripada 40 orang cedera dalam aksi syahid yang dilakukan pejuang Palestin di bahagian barat kota Jerusalem, Khamis (06/03) malam. Tindakan ini berlaku seminggu setelah tindakan bumi hangus yang dilakukan Israel di Semenanjung Gaza dan mengakibatkan lebih dari 130 Palestin syahid dan 350 lainnya tercedera.

Read moreAksi Syahid Goncang Israel, 8 Terbunuh dan Puluhan Cedera.