UNRWA menyeru Israel dan Mesir membuka sepenuhnya pintu Gaza.

Selasa, 15/07/2008 –John Ging, pengarah operasi UNRWA di Tebing Gaza menyeru Israel dan Mesir pada Isnin agar terus membuka semula pintu komersil Gaza dan pintu sempadan Rafah, dengan menekankan bahawa penutupan pintu adalah salah di sisi undang-undang dan bertentangan dengan undang-undang antarabangsa untuk hak asasi manusia.

Read moreUNRWA menyeru Israel dan Mesir membuka sepenuhnya pintu Gaza.

Lawatan Rasmi Menteri Kesihatan ke Turki berbaloi.

Selasa, 15/07/2008 –Lawatan rasmi Dr Basim Na’eem, Menteri Kesihatan Palestin ke Turki berbayar apabila menerima jemputan Humanitarian Relief Foundation (IHH) semasa beliau berjumpa dengan rakan sejawatan dari Turki iaitu Dr. Recep Akdag Menteri Kesihatan Turki serta pegawai-pegawai lain. Beliau juga melawat ke hospital berkenaan bagi melihat rakyat palestin yang dirawat.

Keluarga Qawas ingin membentuk lobi membebaskan datuk bandar Qalqilya.

Isnin, 14/07/2008 –Keluarga banduan Wajeeh Qawas, datuk bandar majlis perbandaran Qalqilya di Tebing Barat, merayu kepada semua pertubuhan hak asasi manusia dan pakar undang-undang di Palestin untuk membentuk satu kumpulan lobi mempertahankan Qawas dan memberi tekanan untuk membebaskannya kerana dia berada dalam keadaan kesihatan yang membimbangkan.

Read moreKeluarga Qawas ingin membentuk lobi membebaskan datuk bandar Qalqilya.

Pemerintah Haniyah Minta Mesir Tekan Israel Agar Komitmed Terhadap Gencatan.

Jumaat, 11/07/2008 –Pihak pemerintah Palestin pimpinan Ismail Haniyah menegaskan tuntutan kepada pemimpin Mesir tentang peri pentingnya menekan pemerintah penjajah Israel agar memberi komitmen terhadap kesepakatan gencatan senjata dan merealisasikannya dengan membuka pintu masuk agar keperluan harian boleh dibawa masuk tanpa sebarang penundaan.

Read morePemerintah Haniyah Minta Mesir Tekan Israel Agar Komitmed Terhadap Gencatan.

Mishaal bertemu Presiden Asad: bincang perkembangan terbaru.

Jumaat, 04/07/2008 –Satu deligasi Hamas yang diketuai oleh Khaled Mishaal, ketua Gerakan Biro politik, bertemu dengan Presiden Syria, Bashar Al-Asad Khamis lalu. Hamas membuat kenyataan bahawa pertemuan tersebut mengambil masa selama 1 jam 30 minit membincangkan hal ehwal semasa di Palestin dan rantaunya.

Read moreMishaal bertemu Presiden Asad: bincang perkembangan terbaru.

Haniyya menyeru Mesir untuk terus membuka laluan Rafah buat selamanya.

Jumaat, 04/07/2008 –Perdana Menteri Palestin, Ismail Haneyya berkata pada hari Khamis bahawa kejadian yang berlaku pada hari Rabu di laluan Rafah adalah secara spontan dan tidak dirancang, beliau juga menyeru Kerajaan Mesir supaya mempercepatkan pembukaan laluan Rafah itu secara rasmi.

Read moreHaniyya menyeru Mesir untuk terus membuka laluan Rafah buat selamanya.