Monthly Archives: October 2008

Ismail Haniyeh Menerima Kunjungan Pemenang Hadiah Nobel Keamanan.

Khamis, 30/10/2008 -Pemenang Hadiah Nobel Keamanan berbangsa Irish, Mairead McGuire yang telah sampai di Gaza dengan menaiki bot “Bebaskan Gaza” (kiri) telah menerima hadiah daripada PM Palestin, Ismail Haniyeh (kanan) di pejabatnya di Gaza pada Rabu , 29/10/2008. Bot tersebut telah dinaiki oleh sekumpulan aktivis kemanusiaan antarabangsa bagi membantah kepungan rejim Zionis terhadap kawasan yang dikuasai Hamas.

Post to Twitter

Muslihat Terbaru Abbas ?

Rabu, 29/10/2008 -Dr. Moussa Abu Marzouk, Timbalan Ketua Biro Politik Hamas Selasa lalu berkata terdapat rancangan yang dilaksanakan dengan teliti di Tebing Barat bertujuan untuk menjamin kawalan pasukan keselamatan PA di kawasan berbeza di Tebing Barat dan membolehkan mereka menyelesaikan apa gagal dilakukan oleh askar-askar rejim Zionis di sana.
Continue reading

Post to Twitter

Hamas: Kami Menunggu Respon Penjelasan Draf Mesir.

Jumaat, 24/10/2008 -Gerakan Hamas menyatakan telah menyerahkan jawapan terhadap draf Mesir untuk proses pembaikan situasi Palestin melalui wakilnya yang bertolak dari Damsyik, Rabu (22/10), ke Kaherah. Delegasi Hamas tersebut terdiri dari mantan Menteri Luar Dr. Mahmud Zehar, Menteri Dalam Negeri, Saed Sheyam dan Ketua Fraksi Hamas di Parlemen Dr. Khalil Hayah.
Continue reading

Post to Twitter

Pemimpin sekular Salam Fayyad Pecat 5 Guru dan 4 Imam Masjid di Tulkarm.

Rabu, 22/10/2008 -
Pemimpin Salam Fayyad yang dibentuk oleh Mahmod Abbas bertindak memecat lima guru dan empat imam dari beberapa masjid kawasan Tulkram. Langkah ini berikutan cadangan sebuah badan keamanan yangmempunyai tujuan politik. Surat yang diedarkan tidak menyatakan alasan tindakan sedemikian. Mereka yang dikenakan tindakan itu merupakan lulusan universiti tempatan.

Post to Twitter

Ahli Parlimen Dunia Berkunjung ke Gaza Bulan Depan.

Selasa, 21/10/2008 -Europe Campaign untuk Pembebasan Sekatan Gaza telah menyiapkan persiapan terakhir kunjungan ahli parlimen dunia ke Semenanjung Gaza pada awal bulan depan (November). Kunjungan ini disertai oleh para anggota dewan dari beberapa negara. Ia sebagai sebahagian dari usaha untuk membebaskan sekatan yang dikenakan terhadap Semenanjung Gaza sejak lebih dari 3 tahun lalu.
Continue reading

Post to Twitter

Abbas Tidak Bersungguh.

Selasa, 21/10/2008 -Pergerakan Hamas Isnin lalu berkata komitmen tinggi mesyuarat Presiden PA Mahmoud Abbas dengan Israel mencerminkan yang beliau tidak bersungguh-sungguh dengan perdamaian kebangsaan dan belaiu hanya mahu mendapatkan sesuatu daripada rundingan-rundingannya yang tidak berguna itu.
Continue reading

Post to Twitter

Hamas Memberi Amaran Terhadap Pencerobohan Masjid Suci Aqsa.

Isnin, 20/10/2008 -Pimpinan Hamas, Ismael Haniyah mengecam tindakan Yahudi ekstrim yang melakukan pencerobohan dan penghinaan terhadap tempat suci itu. Thahir Nunu yang juga merupakan wakil Haniya tindakan terbaru Yahudi-Zionis merupakan langkah pertama peperangan yang amat bahaya. Tindakan yang melampau itu merupakan sebahagian usaha Yahudisasi dan penguasaan terhadap al-Aqsa.
Continue reading

Post to Twitter