Monthly Archives: January 2009

Israel melakukan pembunuhan besar-besaran dalam sejarah.

Khamis, 29/01/2009 – Ahli Parlimen Palestin Mohammed Faraj Al-Ghoul daripada kumpulan Hamas mengatakan keganasan Israel terhdapa Gaza baru-baru ini merupakan pembunuhan terbesar dalam sejarah dan beliau menegaskan kerajaan Hamas akan mengajar mereka yang terlibat dan membawa ke muka pengadilan. Beliau berkata demikian semasa menerima lawatan delegasi ahli parlimen Maghribi.

Continue reading

Post to Twitter

Terkini : Israel membedil sempadan Gaza Mesir pagi tadi.

Rabu, 28/01/2009 – Pesawat perang Israel telah membedil pada subuh hari Rabu (28/1/09) ke arah sempadan Gaza / Mesir di selatan Gaza, yang memusnahkan beberapa buah terowong bawah tanah yang digunakan oleh rakyat Palestin untuk membawa barangan keperluan dan komoditi-komoditi dari Mesir setelah Israel dan Mesir terus menerus menutup pintu sempadan hampir 20 bulan .

Continue reading

Post to Twitter

Rejim Zionis terus menerus menculik penduduk Palestin.

Rabu, 28/01/2009 – Lima orang awam Palestin diculik oleh rejim Zionis semasa satu pencerobohan yang mensasarkan pusat bandar raya Tebing Barat , Ramallah dan kampung-kampung berdekatan pada hari Selasa. Di kampung Budrus , sepasukan rejim Zionis mencari dan menggeledah kediaman kemudian menculik tiga orang awam dan membawa mereka ke lokasi-lokasi yang tidak diketahui, saksi melaporkan.

Continue reading

Post to Twitter

Kuwait tidak akan menyalurkan bantuan kewangan kepada Mahmoud Abbas.

Rabu, 28/01/2009 – Presiden Kuwait, Sheikh Subah Al-Ahmad Al-Subah telah mengumumkan bahawa kerajaan Kuwait hanya akan menyalurkan bantuan kewangan ke Gaza melalui Tabung Pembangunan Arab dan tidak akan menyalurkan ke Mahmoud Abbas.

Keputusan itu di buat berdasarkan kebimbangan pihak Kuwait jika bantuan itu di salurkan melalui Mahmoud Abbas, duit itu akan di salahgunakan . Keputusan itu juga di buat setelah beberapa pengamal politik di Kuwait mendedahkan bahawa bantuan yg di beri kepada Mahmoud Abas tidak di salurkan kepada pihak yang bertanggung jawab di kawasan Gaza.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah :  mannn_26

Post to Twitter

Ramallah lancar kempen burukkan Hamas.

Jumaat, 23/01/2009 – Hamas menyatakan satu kempen yang dilancarkan oleh pemerintah boneka Dayton yang secara sistematik memburukkan Hamas dan kumpulan pejuan lain berikutan kemenangan Hamas dan pejuang lain ke atas Zionis-Israel. Sebaik sahaja Zionis-Israel memberhentikan operasi mereka, media-media terus digunakan untuk memburuk-burukan Hamas. Beberapa pemimpin kerajaan boneka Dayton secara terbuka menghamburkan fitnah(kerajaan boneka Dayton merujuk kepada kerajaan yang dibentuk oleh Jeneral Amerika Keith Dayton. Antara pimpinan mereka Salam Fayad, Mahmud al Habbash dan Yasr Abu Rabi).

Continue reading

Post to Twitter