Monthly Archives: February 2009

Festival Filem Palestin Ann Arbor membuat kemunculan pertama awal Mac.

Jumaat , 27/02/2009 – Festival Filem Palestin Ann Arbor akan membuat penampilan pertamanya pada 11 Mac 2009 jam 8 pm di pusat teater termasyhur iaitu di Michigan Theatre Ann Arbor, Michigan.  Sebagai satu dari beberapa festival filem Palestin untuk mengambil bahagian di Midwest Amerika Syarikat, Festival Filem Palestin Ann Arbor semestinya bakal menarik perhatian penggiat-penggiat seni dan rakyat Palestin.

Continue reading

Post to Twitter

Mangsa kepungan Israel meningkat ke 291 pesakit.

Jumaat , 27/02/2009 – Mangsa akibat kepungan Israel telah meningkat ke 291 jumlah pesakit selepas kematian seorang pesakit yang berumur 30 tahun bernama Hossam Helles daripada Shujaiyeh , timur Gaza.

Di dalam sebuah kenyataan yang di terima oleh PIC, Kementerian Kesihatan Palestin berkata tentera rejim Zionis telah menafikan hak pesakit untuk menerima rawatan di luar daripada kawasan Gaza, sambil memberi amaran bahawa jumlah pesakit akan meningkat kerana banyak lagi pesakit yang berada di unit kawalan rapi menunggu laluan untuk keluar dibuka

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : fakhrul77

Post to Twitter

HAMAS dan Fatah capai persetujuan.

Khamis , 26/02/2009 – HAMAS dan Fatah mengumumkan persetujuan persefahaman telah dicapai mengenai dialog keamanan nasional yang akan menamatkan secara menyeluruh semua serangan media yang berlaku di antara kedua-dua belah pihak. Ia juga akan memberhentikan tangkapan politik dan berjanji untuk memberikan komitmen sepenuhnya kepada pembebasan keseluruhan tahanan.

Continue reading

Post to Twitter

Hamas: Bersatu melindungi al-Quds dan Masjid al-Aqsa.

Rabu , 25/02/2009 – Hamas melalui Briged al-Qassam dan semua kumpulan pejuang Palestin menyeru supaya seluruh rakyat Palestin dalam membela al-Quds, Masjid al-Aqsa dan penduduk di sekitar al-Quds. Ini kerana gerakan membina penempatan baru yahudi di kawasan itu semakin rancak. Dalam satu kenyataan, Zionis-Israel perlu bersedia menghadapi segala kemungkinan atas apa yang telah mereka lakukan.

Continue reading

Post to Twitter

HAMAS: Kami tetap pertahankan rakyat Palestin, al-Quds dan masjid al-Aqsa.

Rabu , 25/02/2009 – HAMAS menyeru anggota-anggota Briged al-Qassam dan seluruh kumpulan pejuang Palestin yang lain untuk menyatukan barisan mereka dan bersiap sedia dengan segala kemampuan ketenteraan yang ada bagi mempertahankan rakyat Palestin dan tanah suci mereka, setelah beberapa perancangan Zionis yang mahu menjadikan al-Quds bandar Yahudi dan mengusir penduduknya terbongkar.

Continue reading

Post to Twitter

Sepasukan doktor Perancis terkandas di Mesir.

Selasa , 24/02/2009 -Pihak berkuasa Mesir di pangkalan Rafah bersempadan dengan Semenanjung Gaza telah menahan kemasukan sepasukan doktor Perancis ke Gaza sehingga masuk hari keenam.

Para doktor itu berkata mereka berkeras mahu ke Gaza dan tidak akan kembali ke Perancis tanpa menyelesaikan misi mereka.

Mereka mempertikai keputusan itu dan tiada justifikasi untuk mencegah kemasukan mereka ke Semenanjung Gaza terutamanya selepas mereka memperolehi kebenaran dari Perancis dan kedutaan mereka di Kaherah.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah :  hijjaz79

Post to Twitter

Maarev : Olmert kritik Giladh sebagai delegasi perundingan di Mesir.

Selasa , 24/02/2009 – Akhbar Israel, Ma’arev menyebutkan, keputusan perdana menteri Israel yang akan berakhir itu, Ehud Olmert mengkritik Jeneral Amosh Giladh yang merupakan ketua keamanan dan politik Zionis-Israel. Giladh telah menyatakan Olmert telah mengubah pendiriannya dalam masalah gencatan senjata dan pertukaran tawanan perang. Olmert mengkritik Giladh kerana terdapat perkara yang tidak dibincangkan bersama.

Olmert juga telah menuduh Giladh kerena membocorkan rahsia Zionis-Israel. Tindakan Giladh telah mengakibatkan pandangan negatif terhadap ZIonis-Israel dan kedudukan perdana menteri ZIonis-Israel. Ehud Barak juga telah mengkritik keputusan Olmert. Keadaan ini menampakkan perpecahan di kalangan pimpianan tertinggi Zionis Israel.

sumber : COMES
penterjemah : Abu Awatif

Post to Twitter

Delegasi HAMAS ke Kaherah untuk bertemu Fatah sebelum dialog nasional menyeluruh.

Selasa , 24/02/2009 -Timbalan wakil HAMAS di Syria, Ali Barakat menegaskan hari ini (23/2) bahawa delegasi HAMAS yang diketuai Dr Musa Abu Marzuq, Timbalan Ketua Biro Politik HAMAS akan ke Kaherah esok untuk mengadakan pertemuan-pertemuan dua hala dengan delegasi Fatah sebelum diadakan dialog Palestin menyeluruh yang akan bermula pada 25/2. Persetujuan juga sudah dicapai untuk membentuk lima buah jawatankuasa yang akan mula beroperasi pada minggu pertama bulan Mac akan datang.

Continue reading

Post to Twitter