Pencerobohan Zionis di laman al-Aqsa provokasi untuk cetus ketegangan.

Rabu,  15/04/2009 – Kerajaan Palestin yang diketuai oleh Ismail Haneyya mengutuk sekeras-kerasnya tindakan menceroboh laman al-Aqsa yang dilakukan beberapa kali oleh beberapa orang perampas dan pelampau Zionis dalam masa beberapa hari yang lalu. Ia menegaskan langkah provokasi tersebut hanyalah percubaan untuk menjadikan seluruh kawasan itu berada dalam keadaan peperangan sebenar yang bermatlamat mempertahankan tempat suci Islam dan tempat Rasulullah saw diisra’kan.

Read morePencerobohan Zionis di laman al-Aqsa provokasi untuk cetus ketegangan.

Hezbollah menyerang Israel ?

Rabu,  15/04/2009 – Akibat ketegangan memuncak antara antara Mesir dan parti Hezbollah yang berpangkalan di Lubnan berikutan tuduhan bahawa Hezbollah merancang untuk melakukan serangan terhadap Israel melalui Mesir disamping Mesir melaksanakan penahanan terhadap sesiapa yang dipercayai merancang serangan itu, pihak keselamatan Mesir telah mengerahkan tentera ke sempadan Israel dan Gaza, manakala Israel melakukan perkara yang sama di wilayahnya.

Read moreHezbollah menyerang Israel ?

Abu Zuhri: HAMAS tetap komited dengan dialog nasional bagi henti perpecahan, Fatah hendaklah serius.

Rabu,  15/04/2009 – HAMAS menegaskan bahawa rancangan untuk memulakan semula dialog nasional Palestin di Kaherah pada 26 April ini masih lagi berjalan, sambil mengharapkan agar Fatah menyertai dialog tersebut dalam keadaan tangkapan terhadap kader dan penyokong HAMAS di Tebing Barat telah dihentikan, di samping ia tidak lagi menuntut komitmen terhadap syarat ditetapkan pihak antarabangsa sebagai pendahuluan untuk meneruskan persepakatan.

Read moreAbu Zuhri: HAMAS tetap komited dengan dialog nasional bagi henti perpecahan, Fatah hendaklah serius.

Israel bebaskan tawanan Nablus setelah 6 tahun dipenjara tanpa dakwaan.

Selasa,  14/04/2009 – Pihak Zionis-Israel telah membebaskan seorang pemuda Yahya Hisham Maqbul yang berasal dari Nablus. Yahya telah dipenjara selama 6 tahun. Beliau yang yang juga bekerja dalam bidang IT telah ditangkap pada 20 Apr 2003 setelah rumahnya telah diserbu oleh tentera Zionis-Israel. Segala peralatan rumahnya dihancurkan oleh Zionis-Israel. Yahya menyatakan setiap tahanan telah dizalimi … Read moreIsrael bebaskan tawanan Nablus setelah 6 tahun dipenjara tanpa dakwaan.

Hayyah : Fatah syaratkan akui Israel.

Selasa,  14/04/2009 – Pemimpin Hamas Dr. Kholil Hayyah menyebutkan Fatah telah mensyaratkan supaya mengakui Zionis-Israel sebagai pra-syarat untuk duduk berbincang. Syarat itu akan memaksa seluruh rakyat Palestin tunduk dan akur kepada Zionis-Israel. Ini suatu yang mustahil kerana Hamas ditubuhkan antaranya untuk menentang Zionis-Israel. Dalam kenyataannya, “Hamas dan seluruh rakyat Palestin tidak akan taat dengan kesepakatan PLO dengan ZIonis-Israel. Selain itu, tidak ada sebuah kerajaan yang memaksa untuk mengikuti apa yang telah direncanakan oleh kerajaan sebelum daripada itu.

Read moreHayyah : Fatah syaratkan akui Israel.

Kepungan Gaza patut ditarik balik.

Khamis,  09/04/2009 –Gerry Adams, pemimpin parti Sinn Fein dari Ireland meminta pengepungan ditarik balik di Semenanjung Gaza sambil merasa terkejut dengan penghapusan etnik di wilayah tersebut.  Dalam sidang akhbar selepas lawatan di Ezbet Abed Rabbo, utara Gaza Adams menyatakan apa yang telah terjadi di Gaza adalah salah dan menambah rakyat Gaza berhak untuk hidup dalam aman.

Read moreKepungan Gaza patut ditarik balik.