Yayasan al Aqsa: Israel curi batu al Aqsa dan letak di Knesset.

Rabu,  08/04/2009 – Yayasan al Aqsa menyatakan bahawa pihak Zionis-Israel telah mencuri batu masjid al-Aqsa dan di letakkan di Knesset. Terdapat bukti fotografi yang membenarkan kejadian itu. Selain itu, batu-batu yang dicuri telah di bawa ke tempat lain yang tidak diketahui. Seorang pemimpin Harakah Islamiyah, Syaikh Kamal al Khatib mengatakan, jelas sekali Zionis-Israel merupakan pencuri … Read moreYayasan al Aqsa: Israel curi batu al Aqsa dan letak di Knesset.

Abbas bakal menghantar dua pembantunya ke Gaza, Hamas mengalu-alukan langkah itu.

Selasa,  07/04/2009 – Presiden Palestin, Mahmoud Abbas, menyuruh dua orang pegawai Fateh untuk melawat Semenanjung Gaza bertujuan untuk melihat kemusnahan disebabkan oleh serangan Israel , dan untuk mengadakan perbincangan dengan pihak lain, termasuk Hamas. Pergerakan Hamas mengalu-alukan keputusan Abbas itu.

Read moreAbbas bakal menghantar dua pembantunya ke Gaza, Hamas mengalu-alukan langkah itu.

Internasionalisasi agenda kerajaan Palestin halang capai persetujuan putus.

Isnin,  06/04/2009 – Ali Barakat, timbalan wakil HAMAS di Syria menegaskan apa yang dinamakan sebagai tindakan menginternasionalisasi beberapa agenda politik dalam kerajaan Palestin akan datang merupakan halangan utama untuk mencapai persepakatan nasional dalam rundingan di Kaherah. Walau bagaimanapun, beliau juga menjelaskan HAMAS dan Fatah telah mencapai persetujuan untuk memulakan semula dialog nasional pada 26 April ini di ibunegara Mesir, Kaherah.

Read moreInternasionalisasi agenda kerajaan Palestin halang capai persetujuan putus.

Boikot Motorola kerana membekalkan fius bom kepada Israel !

Isnin,  06/04/2009 – Motorola telah menjual satu unit kontroversial yang menghasilkan fius-fius bom dan peralatan lain untuk tentera Israel, menurut laporan sebuah akhbar kewangan Israel , Globes . Tidak penjelasan yang telah ditawarkan dalam laporan media tentang jualan oleh Motorola Israel — sebuah anak syarikat milik penuh Motorola — bagi unitnya yang dipanggil Government Electronics Department (GED) untuk syarikat Israel , Aeronautics Defense Systems Ltd

Read moreBoikot Motorola kerana membekalkan fius bom kepada Israel !

Kerajaan Haneyya hargai peranan Mesir dan tuntut agar tidak tunduk kepada tekanan luar.

Jumaat,  03/04/2009 – Kerajaan Palestin yang diketuai oleh Ismail Haneyya menyatakan penghargaannya terhadap peranan Mesir yang menaungi dialog nasional Palestin dan menyeru semua pihak yang berdialog untuk meneguhkan pendirian Palestin, memelihara prinsip-prinsip nasional dan menolak tekanan-tekanan luar, terutamanya syarat-syarat zalim yang diletakkan oleh jawatankuasa empat pihak (Amerika, Kesatuan Eropah, Russia dan Cina).

Read moreKerajaan Haneyya hargai peranan Mesir dan tuntut agar tidak tunduk kepada tekanan luar.

Pejuang Palestin berjaya membunuh rejim Zonis di Bethlehem.

Jumaat,  03/04/2009 – Radio Israel menyiarkan seorang Zionis-Israel mati dan beberapa yang lain cedera apabila pejuang Palestin melakukan serangan. Kejadian berlaku di selatan Bethlehem. Polis Israel terus ke tempat kejadian dan melakukan siasatan. Sehingga kini belum ada yang mengaku melakukan serangan tersebut.sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/ penterjemah :  Abu Awatif

Palestin mesti kaji semula perbincangan dengan zionis.

Khamis,  02/04/2009 – Kerajaan Palestin yang diketuai oleh Ismail Haneyya menganggap kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan oleh Perdana Menteri Zionis, Benjamin Netanyahu dan Menteri Luarnya, Lieberman mengenai ketidak sungguhan mereka untuk mengadakan perjanjian damai kekal dengan Palestin dan keinginan mereka untuk membatalkan perjanjian-perjanjian lalu dengan pihak berkuasa Palestin serta keengganan mereka untuk memberikan komitmen kepada resolusi-resolusi sidang Annapolis, merupakan suatu perkara yang sepatutnya menjadi pertimbangan pihak pimpinan kerajaan Palestin yang terlibat dalam perbincangan untuk mengkaji semula pendirian mereka.

Read morePalestin mesti kaji semula perbincangan dengan zionis.

New York mula kempen boikot Motorola.

Khamis,  02/04/2009 – Lebih 50 orang penduduk New York telah berdemonstrasi di hadapan bangunan Motorola di Brooklyn mengecam sokongan Motorola terhadap keganasan Israel di Palestin. Protes ini adalah di adakan seiring dengan Hari Tanah Dunia dan merupakan sebahagian daripada kempen Boikot Global Terhadap Israel yang akan menyaksikan 40 acara di seluruh Eropah, US dan dunia.

Read moreNew York mula kempen boikot Motorola.

Setiausaha Fatah terlibat bunuh anggota Fatah.

Rabu,  01/04/2009 – Sumber Fatah di Lubnan menyatakan Setiausaha Agung Fatah,  Sultan Abu Al-Ainain terlibat dalam pembunuhan pimpinan Fatah, Kamal Madhat. Abu Al-Ainain turut bekerjasama dengan Muhammad Dahlan dalam menjaya konspirasi ini. Seorang wakil PLO di Lubnan menyatakan pembunuhan sesama ahli Fatah telah bermula. Kamal Madhat mati akibat di bom.

Read moreSetiausaha Fatah terlibat bunuh anggota Fatah.