Galloway : Konvoi Gaza tetap diteruskan.
Written by admin from http:// on July 31st, 2009 | 0 CommentsJumaat, 31/07/2009 – Ahli Parlimen Britain, George Galloway dalam satu wawancara akhbar berkata konvoi bantuan ke Semenanjung Gaza yang terkepung itu tetap diakan teruskan.
(Terkini) PBB terima 1500 tuntutan ganti rugi atas kerosakan akibat pembinaan Tembok Pemisah.
Written by admin from http:// on July 31st, 2009 | 0 CommentsJumaat, 31/07/2009 – PBB telah melaporkan pada Khamis bahawa organisasi itu telah menerima hampir 1500 laporan daripada rakyat Palestin yang menuntut ganti rugi atas pembinaan Tembok Pemisah Israel dalam kawasan tanah mereka di Tebing Barat. Pegawai Ketiga Jawatankuasa PBB berkata, beliau telah mengkaji beratus-ratus tuntutan tersebut. Satu kenyataan telah disiarkan dalam satu laporan pada hari [...]
Israel akan menutup terminal perdagangan Gaza hari ini.
Written by admin from http:// on July 31st, 2009 | 0 CommentsJumaat, 31/07/2009 – Israel mengumumkan semalam yang mereka akan menutup tiga terminal perdagangan di Semenanjung Gaza pada hari Jumaat, dan tidak menyediakan apa-apa maklumat selanjutnya berkaitan penutupan tersebut.
Rejim Zionis rancang bina semula kuil di tanah suci ketiga Islam.
Written by admin from http:// on July 30th, 2009 | 0 CommentsKhamis, 30/07/2009 -Polis Israel membenarkan 45 rakyat Israel memasuki kawasan Masjid Al-Aqsa, tanah suci ketiga Islam, dalam apa yang disifatkan rakyat Palestin sebagai satu cubaan untuk menimbulkan kemarahan ummah.
Al-Zahhar: Kita tak benarkan anggota Fatah bebas bergerak di Gaza.
Written by admin from http:// on July 30th, 2009 | 0 CommentsKhamis, 30/07/2009 – Dr Mahmoud al-Zahhar, anggota Biro Politik HAMAS menegaskan semalam, Selasa (28/7) bahawa gerakannya memutuskan untuk tidak membenarkan anggota-anggota ‘Muktamar Keenam’ bagi gerakan Fatah dari Gaza untuk bergerak ke Tebing Barat untuk menyertai muktamar mereka selagi mana Fatah terus memburu para pimpinan HAMAS dan anggota-anggotanya di Tebing Barat.
Hamas setuju membenarkan pemimpin Fatah keluar Gaza; Fatah akan bebaskan 200 orang anggota Hamas.
Written by admin from http:// on July 30th, 2009 | 0 CommentsKhamis, 30/07/2009 -Hamas akan membenarkan pemimpin-pemimpin Fatah yang menginap di Gaza menyertai Kongres Kali Ke-6 pergerakan itu yang akan diadakan di Tebing Barat pada 4 Ogos ini, setelah Fatah berjanji untuk membebaskan 200 anggota Hamas yang ditahan di penjara Tebing Barat.
Radwan : Perpaduan Negara adalah keutamaan Hamas, bukannya jawatan Presiden PA.
Written by admin from http:// on July 28th, 2009 | 0 CommentsSelasa, 28/07/2009 – Dr. Ismael Radwan yang merupakan seorang pemimpin politik terkenal di dalam Pergerakan Hamas menyangkal dakwaan media bahawa Hamas kini sedang mempertimbangkan calon untuk pilihanraya Presiden PA.
(Terkini) Azzam Al-Ahmad: Fatah semakin tenat.
Written by admin from http:// on July 28th, 2009 | 0 CommentsSelasa, 28/07/2009 – Azzam Al-Ahmad, seorang pemimpin Fatah yang terkenal dan mengetuai pergerakan itu di dalam kerajaan Palestin telah mengakui wujudnya kepincangan di dalam Fatah dan pelan penyelamat yang komprehensif amat diperlukan.
(Terkini) Hamas membuka rundingan kepada mana-mana negara.
Written by admin from http:// on July 27th, 2009 | 0 CommentsIsnin, 27/07/2009 – Hamas mengalu-alukan sebarang saluran komunikasi rasmi dengan mana-mana negara di dunia kecuali entiti Zionis, namun pada masa yang sama menolak anggapan dengan mengklasifikasikan pemimpin-pemimpinnya sebagai sederhana dan pelampau sambil menekankan pergerakan itu mempunyai majlis dan institusi Shura yang merupakan tempat rujukan untuk diambil sebarang keputusan.
(Terkini) Namr Hammad ugut Suha Arafat.
Written by admin from http:// on July 27th, 2009 | 0 CommentsIsnin , 27/07/2009 – Beberapa sumber menegaskan bahawa Soha Arafat, isteri bekas presiden Yaseer Arafat, mendapat tekanan agar menafikan kenyataan yang pernah beliau berikan kepada akhbar Turki ‘Jumhuriyyet’, bahawa suaminya membenarkannya melihat laporan mesyuarat tiga hala (Amerika-Israel-Palestin) sebagaimana dibongkar oleh al-Qaddumi, bahawa beliau (Arafat) bimbangkan keselamatan nyawanya daripada ancaman Abbas dan Muhammad Dahlan.
Israel rancang musnahkan Bustan.
Written by admin from http:// on July 24th, 2009 | 1 CommentJumaat, 24/07/2009 – Pertubuhan Ir Amin memaklumkan bahawa pihak berkuasa Israel (IOA) yang mencerobohi Jerusalem sedang merancang untuk memusnahkan seluruh kawasan kejiranan Busan, seperti yang dipetik daripada akhbar Hebrew pada Khamis lepas. Israel merancang untuk membina taman peringatan Yahudi di atas tapak kawasan yang akan dimusnahkan itu.
HAMAS menolak ketegangan di perkhemahan Lubnan.
Written by admin from http:// on July 24th, 2009 | 0 CommentsJumaat, 24/07/2009 – Gerakan HAMAS di Lubnan menegaskan kepentingan untuk mengekalkan kestabilan keamanan di semua perkhemahan di Lubnan dan menolak ekploitasi menjadikan perkhemahan sebagai tempat pertembungan bersenjata serta merosakkan keamanan, kestabilan dan keselamatan penduduk tempatan Lubnan.
Abu Salim: Tiada guna berunding dengan Zionis.
Written by admin from http:// on July 24th, 2009 | 0 CommentsJumaat, 24/07/2009 – Salah seorang wakil rakyat daripada al-Harakah al-Islamiyyah dalam Majlis Perundangan, Ibrahim Abu Salim menegaskan syarat-syarat yang diletakkan oleh Netanyahu untuk berdamai dengan Palestin telah mengecilkan peluang untuk mencapai perdamaian. Antara syarat tersebut ialah mengiktiraf Yahudi penjajah dan melarang pelarian Palestin daripada kembali semula ke negara mereka. Beliau menegaskan syarat-syarat tersebut membuktikan [...]
Dakwaan terlibat dengan Al Qaida, seorang pemuda Palestin dihukum penjara.
Written by admin from http:// on July 24th, 2009 | 0 CommentsJumaat, 24/07/2009 – Siaran radio tentera Israel semalam melaporkan, pihaknya (mahkamah) telah menjatuhkan hukuman penjara selama 15 tahun ke atas seorang penduduk Palestin, 21, selepas dibuktikan bersalah. Pemuda tersebut didakwa terlibat dengan rangkaian pengganas Al-Qaida.
Hamas kecam kerajaan Abbas atas pemecatan anggota Majlis Bandar Qalqiliya.
Written by admin from http:// on July 24th, 2009 | 0 CommentsJumaat, 24/07/2009 – Pergerakan Hamas pada Rabu lepas mengutuk tindakan kementerian tempatan yang memecat 3 anggota Majlis Bandar Qalqiliya. Kementerian tersebut ditubuhkan secara haram oleh Mahmoud Abbas, bekas ketua pemerintah PA.


Recent Comments