Haneyya: Wajib berusaha hidupkan isu al-Quds.

Isnin , 06/07/2009 – Perdana Menteri, Ismail Haneyya menyambut kedatangan satu delegasi daripada ‘jawatankuasa menghidupkan al-Quds sebagai bandar kebudayaan Arab’ dan menyaksikan aktiviti-aktiviti yang dijalankannya. Beliau juga menegaskan kepentingan al-Quds dan kemestian untuk berusaha mempertingkatkan aktiviti bagi menghidupkan isu al-Quds pada peringkat dunia Arab dan antarabangsa.

Read moreHaneyya: Wajib berusaha hidupkan isu al-Quds.

Abu Zuhri: Larangan kunjung tahanan Hamas menyukarkan pertukaran Shalit.

Isnin , 06/07/2009 – Pimpinan Hamas, Dr. Sami Abu Zuhri menyatakan undang-undang terbaru Zionis-Israel yang melarang tahanan Hamas dikunjungi kecuali wakil tertentu akan bertambah rumit. Proses pertukaran Shalit yang sebelum ini pernah dibincangkan akan gagal. Pertukaran itu pasti tidak akan berlaku jika Zionis-Israel bertegas dengan undang-undang baru ini, tegas Abu Zuhri.

Read moreAbu Zuhri: Larangan kunjung tahanan Hamas menyukarkan pertukaran Shalit.

(Terkini) Pasukan konvoi Viva Palestina dari New York selamat mendarat di Mesir.

Isnin , 06/07/2009 – Pergerakan ‘Viva Palestina’ Ahad lalu melaporkan sebuah pesawat yang membawa bantuan kemanusiaan ke Semenanjung Gaza dari kumpulan sokongan di AS telah mendarat di Mesir selepas mengadakan satu penerbangan dari New York. Konvoi itu akan sampai ke Semenanjung Gaza dalam masa dua hari.

Read more(Terkini) Pasukan konvoi Viva Palestina dari New York selamat mendarat di Mesir.

(Terkini) Tentera Israel mengaku bunuh gadis 17 Tahun.

Jumaat , 03/07/2009 – Tentera Israel mengaku membunuh gadis berumur 17 tahun dari Gaza pada hari Selasa dan mencederakan 11 yang lain dalam satu operasi tentera di Gaza. Pada awalnya tentera Israel menuduh pejuang Palestin yang bertanggungjawab tetapi selepas siasatan terbukti gadis tersebut dibunuh hasil tembakan tentera Israel.

Read more(Terkini) Tentera Israel mengaku bunuh gadis 17 Tahun.

Satu mati dan tiga cedera akibat rumah runtuh di Gaza.

Rabu,  02/07/2009 – Sebuah rumah di timur Gaza, yang mengalami korosakan teruk akibat serangan Israel ke atas Gaza awal tahun telah runtuh. Kejadian tersebut telah membawa maut kepada seorang rakyat Palestina dan mencederakan tiga yang lain. Menurut saksi, kejadian berlaku apabila pekerja sedang membaiki rumah tersebut. Menurut laporan juga, kemungkinan ada tiga orang lagi yang … Read moreSatu mati dan tiga cedera akibat rumah runtuh di Gaza.

Kempen antarabangsa bebaskan ahli parlimen.

Rabu,  02/07/2009 – ‘Kempen bebaskan ahli parlimen yang diculik’ dalam penjara Zionis telah menganjurkan satu bantahan besar-besaran dengan mendapat sambutan besar daripada pihak-pihak rasmi dan rakyat. Antara yang hadir ialah Perdana Menteri, Ismail Haneyya dan beberapa menteri majlis perundangan, ahli-ahli parlimen, setiausaha-setiausaha agung pelbagai fraksi Palestin, beberapa tokoh rasmi, akademik, orang-orang kenamaan dan sebilangan besar gerakan wanita Islam di Gaza.

Read moreKempen antarabangsa bebaskan ahli parlimen.

(Terkini) Goldstone: Saksi di Gaza diancam jika menyalur maklumat.

Rabu,  02/07/2009 – Ketua Jawatankuasa Penyelidik PPB, Richard Goldstone, menyatakan ramai yang ingin ke depan dalam menyalurkan maklumat berkenaan keganasan Zionis-Israel di Gaza tetapi terpaksa mengundur di saat akhir kerana bimbang keselamatan mereka akan diancam. Goldstone amat terkesan dengan kes-kes keganasan yang diceritakan secara mendalam.

Read more(Terkini) Goldstone: Saksi di Gaza diancam jika menyalur maklumat.