Monthly Archives: September 2009

Qassem : Israel menarik balik serangan terhadap Masjidil Aqsa sebagai langkah mengelak tindak balas yang hebat.

Rabu, 30/09/2009 – Dalam satu kenyataan media kepada Pusat Informasi Palestin ( PIC ), Dr. Abdelsattar Qassem, seorang profesor sains politik di Universiti Al-Najah, Nablus, menyatakan pada Isnin bahawa Israel menarik balik serangan terhadap Masjidil Aqsa kerana bimbang akan kebangkitan yang dahsyat dari dunia Arab dan umat Islam seluruh dunia. “ Akan muncul saat mereka menghampiri cita-cita mereka, tetapi adakah mereka akan berjaya jua akhirnya?, kita tunggu dan lihat”, tambah beliau.

Continue reading

Post to Twitter

10 Tahun Intifadah semangat baru jihad Palestin.

Rabu, 30/09/2009 – Jurucakap HAMAS di Gaza, Abdullatif Qani menegaskan peringatan intifadah tahun ke-9 yang berlangsung pada 28/9/09 lalu merupakan babak memperbaharu baiat seluruh mujahidin dan rakyat Palestin dalam usaha meneruskan jihad dan membebaskan Palestin daripada cengkaman Zionis-Israel. Dalam kenyataannya, Qanu menegaskan fasa baru perjuangan seluruh rakyat Palestin adalah meneruskan jihad dan penentangan, membebaskan Palestin, melindungi al-Aqsa dan membebaskan seluruh tawanan Palestin di penjara Israel.

Continue reading

Post to Twitter

Warga Tebing Barat: Pilihanraya sebelum damai lebarkan perpecahan

Khamis, 17/09/2009 – Warga Tebing Barat mempersoalkan kesungguhan pimpinan Fatah untuk mengadakan pilihanraya Majlis Perundangan pada tarikh yang telah ditetapkan, seolah-olah ia adalah tarikh suci yang tidak boleh dipinda! Pimpinan Fatah memberikan alasan bahawa “pilihanraya tersebut akan mengeluarkan rakyat kita daripada lembah perpecahan, akan membawa kebaikan dan nikmat yang banyak tidak terkira, dan mungkin boleh melenyapkan penjajahan.” Namun segala alasan yang diberikan oleh Fatah itu tidak dapat diterima oleh warga Tebing Barat yang mengalami pelbagai kesulitan dan kesukaran akibat kejadian dan peristiwa yang berlaku.
Continue reading

Post to Twitter

Qasim: Terdapat rakyat Palestin bersetuju tindakan penjajah.

Khamis, 17/09/2009 – Prof. Abdul Satar Qasim, pensyarah di Universiti Nablus mengatakan bahawa serangan Zionis-Israel tidajk pernah berhenti. Di samping itu, terdapat juga rakyat Palestin yang bersetuju dengan tindakan penjajah. Qasim menyatakan serangan penjajah Zionis-Israel meningkat dan kejadian serbu dan tangkap makin berleluasa oleh tentera Zionis-Israel di Tebing Barat.
Continue reading

Post to Twitter

(Terkini) Sempadan Rafah akan dibuka 3 hari bermula 18 September.

Rabu,  16/09/2009 – Jabatan Lintasan Sempadan bawah Kerajaan Hamas di Gaza Selasa lalu menyatakan bahawa Terminal Sempadan Rafah antara Gaza dan Mesir akan dibuka selama tiga hari bermula pada hari Jumaat 18 September. Jabatan itu menambah ia telah mengadakan rundingan dengan Mesir untuk memudahkan perjalanan penduduk terbabit. Ia juga berkata sedang cuba untuk memastikan terminal itu dibuka beberapa hari lagi dengan kerjasama kerajaan Mesir.

sumber : http://www.imemc.org
penterjemah : hijjaz_79

Post to Twitter

Parlimen Arab tegaskan hak kembali dan status Al-Quds.

Selasa,  15/09/2009 – Parlimen Arab dengan tegas menolak usaha membenarkan Zionis-Israel bertapak di bumi al-Quds. Mereka turut menggesa supaya segala masalah dalaman Palestin diselesaikan. Dalam sidang kali ke 2 itu, mereka bersetuju agar kesatuan diutamakan hingga tercapainya sebua negara Palestin yang merdeka.  Mereka juga menolak keras al-Quds dijadikan kota Yahudi.

sumber : COMES
penterjemah : Abu Awatif

Post to Twitter

al-Rashq: HAMAS tidak beri kuasa kepada Abbas untuk berunding.

Selasa,  15/09/2009 – HAMAS menegaskan bahawa ia tidak pernah memberi kuasa kepada Mahmoud Abbas, Presiden yang sudah tamat tempoh pemerintahannya, untuk berunding dengan pihak Zionis sebelum penyatuan saf dalaman dan penamatan perpecahan. HAMAS juga bimbang kelemahan yang sedang dihadapi oleh pihak berkuasa Palestin ketika ini akan menjadi alasan bagi mengemukakan lebih banyak kompromi.

Continue reading

Post to Twitter