Pejuang Qassam terbunuh di Gaza.

Selasa,  08/09/2009 – Briged Al-Qassam, sayap pejuang Hamas, melaporkan seorang pejuangnya, Sameh Al Beitar, terbunuh dalam satu misi jihad di kejiranan Al Sabra, Gaza. Bagaimanapun mereka tidak melaporkan bagaimana beliau terbunuh dan misi yang dibawa oleh beliau.Tentera Israel tiada kaitan dengan insiden tersebut. sumber : http://www.imemc.org penterjemah : anonymous

Abbas : “Kian sukar menentukan sama ada mahu hadir pertemuan bersama AS dan Israel”.

Jumaat,  04/09/2009 – Presiden Palestin, Mahmoud Abbas, menyatakan pada Khamis sewaktu pertemuannya dengan Ketua Kerajaan Sepanyol, Jose Luis Rodriguez Zapater, bahawa beliau sukar menempuh hari mendatang dalam menentukan kehadiran dalam pertemuan tiga penjuru antara Presiden AS, Barack Obama dan Presiden Israel, Benjamin Natanyahu.

Read moreAbbas : “Kian sukar menentukan sama ada mahu hadir pertemuan bersama AS dan Israel”.

Ucapan Salam Ramadhan dari wargakerja Palestinkini.

Walaupun Ramadhan sudah masuk ke pertengahan, namun kami tetap meletakkan ucapan salam Ramadhan dari wargakerja Palestinkini yang telah bersama sama berkhidmat secara sukarela demi menyediakan berita terkini dari bumi suci lagi di berkati, Palestin. Moga Ramadhan tahun ini benar2 memberikan impaks baru kepada umat Islam dalam berjuang membebaskan Palestin dari cengkaman rejim Zionis.

-gunx

(klik Read More utk ucapan eksklusif dari warga kerja Pkini)

Read moreUcapan Salam Ramadhan dari wargakerja Palestinkini.

Menteri Israel : “ Yahudi akan terus tinggal dan bina penempatan di Baitul Maqdis”.

Jumaat,  04/09/2009 – Menteri Israel, Yossi Peled (gambar), dari Parti Likud pimpinan PM Israel,Benjamin Natanyahu, mengeluarkan satu kenyataan pada Selasa bahawa kerajaan Israel tidak pernah membekukan usaha membangunkan dan meluaskan penempatan haram Yahudi di Baitul Maqdis, dan tambanhnya, orang Yahudi bakal meneruskan kehidupan dan pembinaan di seluruh kota suci Islam itu. Peled berucap dalam satu persidangan “Selamatkan Baitul Maqdis dan Bukit Golan”, lapor sumber berita Israel, Ynet News.

Read moreMenteri Israel : “ Yahudi akan terus tinggal dan bina penempatan di Baitul Maqdis”.

Tentera laut Israel guna bom api terhadap nelayan Palestin.

Rabu,  02/09/2009 – Kementerian Pertanian Palestin telah meletakkan Tentera Laut Israel bertanggungjawab sepenuhnya terhadap ancaman nyawa kepada para nelayan Palestin di Gaza. Timbalan setiausaha Pertanian, Dr. Ibrahim Al-Qudra berkata dalam satu kenyataan pada hari Selasa bahawa organisasi antarabangsa harus campur tangan dan melindungi hak nelayan Palestin dalam mencari rezeki di laut.

Read moreTentera laut Israel guna bom api terhadap nelayan Palestin.

3 rakyat Palestin cedera, seorang kritikal.

Selasa,  01/09/2009 – Sumber Perubatan Palestin melaporkan pada Isnin, bahawa 3 orang rakyatnya cedera selepas tentera Zionis melepaskan tembakan pada malam itu, seorang daripadanya serius, berhampiran antara Kem Pelarian Al-Jalazoun dan kawasan penempatan haram Yahudi di Beit El, timur Ramallah, Tebing Barat. Salah seorang rakyat Palestin yang tercedera itu merupakan paramedik. Sumber itu juga melaporkan, seorang remaja Palestin berumur 17 tahun, Mohammad Nayef, telah mengalami cedera parah, dan dikejarkan ke Hospital Israel Hadassah di Baitul Maqdis.

Read more3 rakyat Palestin cedera, seorang kritikal.