Archives

PLC puji ketegasan parlimen Bahrain melarang kerjasama dengan Israel.

Written by admin from http:// on October 31st, 2009 | 0 Comments

Sabtu, 31/10/2009 -Pengerusi Dewan Legislatif Palestin telah menyanjung keputusan parlimen Bahrain dalam mengeluarkan sebuah rang undang-undang yang melarang segala bentuk kerjasama dengan Israel dan menghukum sesiapa yang mengingkari dengan 10 tahun penjara. PLC membuat satu kenyataan pada hari Rabu bahawa parlimen Arab dan Islam harus mengikuti jejak langkah Bahrain dalam menjadi juara dalam menghapuskan entiti [...]

Tentera Israel musnahkan Khemah keluarga yang diusir di Timur Jerusalam.

Written by admin from http:// on October 31st, 2009 | 0 Comments

Sabtu, 31/10/2009 – Sumber berita Palestin melaporkan sekumpulan polis dan pegawai awam meruntuhkan sebuah khemah yang didiami oleh keluarga Al-Gaoui dan merampas segala isinya di kejiranan Palestin Sheikh Jarrah Timur Jerusalam.

Mahkamah Israel bebaskan dan buang Yusuf Baaz dari Al-Aqsa.

Written by admin from http:// on October 31st, 2009 | 0 Comments

Sabtu, 31/10/2009 – Lembaga Al-Aqsa untuk Wakaf dan Peninggalan Bersenjarah menegaskan dalam kenyataan, mahkamah Zionis-Israel memutuskan membebaskan Syekh Yusuf al-Baaz, imam masjid di Ludd bersama salah seorang pemimpin gerakan Islam di Palestin. Mereka turut dikenakan hukuman untuk tidak mendekati al-Quds selama sebulan, namun mahkamah tidak menuruti permintaan itu.

Rakyat Palestin dihukum penjara 20 tahun atas tuduhan menentang penjajahan.

Written by admin from http:// on October 31st, 2009 | 0 Comments

Sabtu, 31/10/2009 – Mahkamah Israel menjatuhi hukuman 20 tahun penjara ke atas penduduk Palestin bernama Juma’h Azzam atas tuduhan beliau terlibat dalam tindakan ketenteraan menentang Israel dan juga penglibatan beliau dengan pegerakan Hamas dan Pejuang Al-Qassam.

Delegasi perubatan AS di Gaza terkejut dengan kemusnahan yang disebabkan oleh Israel.

Written by admin from http:// on October 30th, 2009 | 0 Comments

Jumaat , 30/10/2009 – Sebuah delegasi perubatan Amerika menyatakan rasa terkejut mereka pada kemusnahan dahsyat yang dilakukan oleh Zionis-Israel dalam perang baru-baru ini di Semenanjung Gaza serta kesan kepungan kepada mereka. Delegasi diketuai Annie Hall, seorang pendeta di Gereja Lutheran, dan Sherry Echols, Pengarah Eksekutif Kedoktoran untuk Pertubuhan Keselamatan Sosial, dan sejumlah aktivis keamanan.

Hamas : Kenapa tiada tekanan antarabangsa terhadap Israel ?

Written by admin from http:// on October 30th, 2009 | 0 Comments

Jumaat , 30/10/2009 – Selasa lalu, Gerakan Hamas menyatakan bahawa tiada sebarang tekanan dilakukan daripada negara Arab, Muslim mahupun pihak antarabangsa ke atas pendudukan Israel dan rundingan yang sedang berlangsung dilakukan untuk menekankan bahayanya ancaman Zionis ke atas Baitulmuqaddis dan rakyat Palestin yang terus berlanjutan.

Pejuang diminta utamakan aktiviti penculikan tentera Zionis-Israel.

Written by admin from http:// on October 30th, 2009 | 0 Comments

Jumaat , 30/10/2009 – Pihak berkuasa Palestin hari ini menegaskan dan menyeru agar semua kumpulan pejuang Palestin memberi prioriti kepada aktiviti menculik tentera Zionis-Israel. Ini penting untuk proses penukaran tahanan Palestin di penjara Israel.

Hamas: Pendamaian nasional keutamaan kami.

Written by admin from http:// on October 30th, 2009 | 0 Comments

Jumaat , 30/10/2009 – Pejuang-pejuang Hamas menyatakan Selasa lalu bahawa pendamaian dan kepentingan nasional kini menjadi keutamaan mereka yang paling tinggi, meskipun perselisihan dalaman yang wujud secara langsung akibat pecubaan Pihak Berkuasa Palestin untuk membatalkan keputusan pilihanraya perundangan pada 2009 hasil kerjasama pihak antarabangsa dan serantau.

Haneyya : Hamas menyokong perdamaian yang adil.

Written by admin from http:// on October 30th, 2009 | 0 Comments

Jumaat , 30/10/2009 – Ismail Haneyya, Perdana Menteri Palestin di Gaza, telah menggariskan bahawa Hamas tidak menolak sesi perdamaiantetapi lebih menyokong perdamaian berasaskan keadilan yang mampu memulihkan hak-hak rakyat Palestin dan menamatkan pencerobohan ke atas tanah air mereka.

Haneyya: HAMAS tetap bersama plan damai sebenar dan adil.

Written by admin from http:// on October 29th, 2009 | 1 Comment

Khamis , 29/10/2009 – Perdana Menteri kerajaan Palestin di Semenanjung Gaza, Ismail Haneyya menegaskan HAMAS tidak menentang perdamaian, bahkan mendokongnya tetapi dengan syarat ia adalah perdamaian sebenar dan adil yang mengembalikan semula hak-hak rakyat Palestin dan menamatkan penjajahan terhadap bumi Palestin.

Tentera Rejim Zionis lintas sempadan Mintar.

Written by admin from http:// on October 29th, 2009 | 0 Comments

Khamis , 29/10/2009 – Tentera Israel melintas sempadan Mintar dan menceroboh masuk ke pusat Gaza dan menahan pemandu trak serta merampas beberapa buah trak.  Kereta kebal turut mengiring jentera-jentera berat yang memusnahkan infrastruktur, kediaman dan kemudahan awam pada hari Isnin.  Tiada kenyataan daripada tentera Israel mengenai penahanan rakyat Palestin termasuk 6 orang di Ramallah. sumber [...]

Ging gesa laluan Gaza dibuka sebelum musim luruh.

Written by admin from http:// on October 29th, 2009 | 0 Comments

Khamis , 29/10/2009 – Pengarah operasi UNRWA di Semenanjung Gaza, John Ging, menggesa supaya semua laluan ke Gaza dibuka semula menjelang tibanya musim luruh, sambil menyifatkannya sebagai satu langkah politik utama dan penting bagi menamatkan penderitaan dan mengakhiri kepungan atas semenanjung tersebut.

(Terkini) Pilihanraya Palestin Januari tahun hadapan ?

Written by admin from http:// on October 29th, 2009 | 0 Comments

Khamis , 29/10/2009 – Penganalisis politik Palestin Faraj Shalhoub mengutuk pemimpin Mahmoud Abbas yang mahu mengadakan pilihan raya pada Januari hadapan sebagai satu langkah tidak rasional dan menyokong Zio-American di bawah tajaan Arab yang bertujuan memberikan tekanan kepada pergerakan penduduk Hamas.

Sayap bersenjata jihad mengecam penahanan tenteranya di Ramallah.

Written by admin from http:// on October 29th, 2009 | 0 Comments

Khamis , 29/10/2009 – Sayap bersenjata Pergerakan Jihad Islam, Brigade Al-Quds, pada hari Isnin mengecam pihak berkuasa Ramallah yang telah mengadakan kempen keselamatan terhadap para pejuangnya di Tebing Barat. Abu Ahmed, jurucakap sayap jihad, mengatakan dalam sebuah kenyataan bahawa kempen keselamatan tersebut berkait dengan Pihak Berkuasa Israel (IOA).

Al-Hayyah: Mesir akan terus berusaha demi perdamaian.

Written by admin from http:// on October 29th, 2009 | 0 Comments

Khamis , 29/10/2009 – Dr Khalil al-Hayyah, seorang pimpinan utama HAMAS menolak kemungkinan Mesir menarik diri daripada proses perdamaian dalam apa keadaan sekalipun. “Mesir adalah pintu yang membuka program perjuangan dan juga pintu bagi golongan yang mahukan penyelesaian meneruskan pilihan mereka itu.” Beliau turut menegaskan bahawa perdamaian adalah penting bagi semua pihak yang terlibat dengan [...]

Facebook

Palestinkini on Facebook

Twitter

Bual

Jom Derma !

Arkib Pkini