Analisa Zionis-Israel : HAMAS sukar dimatikan.

Rabu , 16/12/2009 – Salah satu saluran TV Zionis-Israel telah menyiarkan sambutan 22 tahun HAMAS yang telah di hadiri ratusan ribu rakyat Palestin. Kehadiran yang memeranjatkan itu membuktikan sokongan terhadap Perdana Menteri Ismael Haneya dan seluruh kepimpinan Palestin. Dalam kesempatan itu, Haneya menyatakan bahawa HAMAS bukan hanya akan membebaskan Gaza, malah seluruh bumi Palestin.

Read moreAnalisa Zionis-Israel : HAMAS sukar dimatikan.

(Terkini) Mahkamah British keluar arahan surat perintah penangkapan terhadap Livni atas jenayah perang.

Selasa , 15/12/2009 – Sumber berita melaporkan pada Selasa malam menegaskan bahawa surat arahan penahanan telah dikeluarkan di London untuk penangkapan Tzipi Livni atas tuduhan jenayah perang yang dilakukan terhadap rakyat Gaza, sewaktu dia menjawat jawatan Menteri Luar Negeri Israel. Keputusan ini dikeluarkan dikala Livni yang dijadualkan berkunjung ke London, kemudia kembali menghilang atau pulang ke Israel selepas keputusan mahkamah itu dikeluarkan, namun polis British mengutamakan keputusan penangkapan tersebut dan menyatakan kesungguhan mereka untuk melaksanakan arahan.

Read more(Terkini) Mahkamah British keluar arahan surat perintah penangkapan terhadap Livni atas jenayah perang.

Bardawil : Idea Jawatankuasa Rundingan Damai masih tidak jelas.

Isnin , 14/12/2009 – Salah Al-Bardawil, jurucakap untuk blok Hamas di Parlimen, berkata pada Ahad, bahawa semua idea yang disyorkan oleh Jawatankuasa Rundingan Kebebasan tentang permulaan kembali sesi dialog nasional di antara parti-parti Palestin masih samar. “Setakat ini mekanisme jawatankuasa ini tidak jelas, dan belum menjawab soalan tentang impak jika Hamas dan Fatah gagal mencapai persetujuan, sehingga idea-idea daripada jawatankuasa ini masih samar-samar,”Bardawil menambah.

Read moreBardawil : Idea Jawatankuasa Rundingan Damai masih tidak jelas.

(Terkini) Kementerian Kesihatan Palestin umum kematian dua pesakit virus H1N1.

Selasa , 08/12/2009 – Kementerian kesihatan Palestin pada Selasa mengumumkan kematian dua pesakit wanita yang dijangkiti virus selesema babi ( H1N1 ) manakala 3 lagi menunjukkan cirri-ciri semakin pulih. Timbalan Menteri, Khalaf Hassan memberitahu media bahawa Suha Ayyad dan Ibtisam Shuhaiber dikatakan meninggal dunia disebabkan virus H1N1 disebabkan mereka tiba di hospital dalam keadaan kritikal dan menderita kegagalan ginjal berfungsi serta pneumonia bersama dengan kesukaran untuk bernafas.

Read more(Terkini) Kementerian Kesihatan Palestin umum kematian dua pesakit virus H1N1.