Monthly Archives: January 2010

Mengapa mereka tidak mengingati banyak lagi peristiwa Holocaust lain yang pernah berlaku?.

Jumaat, 29/01/2010 – Hari ini adalah Hari Peringatan Holocaust Antarabangsa United Nation (UN), tetapi mengapa kita hanya mengingati satu peristiwa ini sahaja, sedangkan masih banyak lagi holocausts telah berlaku? Cuba fikirkan tentang Armenia, Rwanda, Congo, Kemboja, Sudan, Iraq dan lain-lain. Mengapakah peristiwa ini difokuskan seolah-olah seperti peristiwa berprofil tinggi, sedangkan peristiwa lain tidak pernah disebut. Continue reading

Post to Twitter

Zahhar mendesak Mesir untuk meneruskan usaha rekonsiliasi.

Jumaat, 29/01/2010 – Dr Mahmoud Al-Zahhar, ahli biro politik Hamas Rabu lalu meminta Mesir agar menyerahkan lembaran baru dan meneruskan usaha bagi mencapai perdamaian antara kumpulan Palestin.

Pada satu sidang akhbar Dr Zahhar berkata Hamas bersedia untuk menandatangani surat perjanjian damai Mesir jika ada jaminan yang memastikan perjanjian itu akan dipatuhi.

Beliau menambah surat perjanjian damai Mesir yang diterima Hamas berbeza daripada kertas yang ditandatangani oleh pergerakan Fatah bulan Oktober lalu.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : hijjaz_79

Post to Twitter

Othman : PA gesa EU hentikan pembiayaan bahan mentah yang diperlukan oleh stesen janakuasa Gaza.

Khamis , 28/01/2010 – Jurucakap pentadbiran Negara-negara Eropah, Shadi Othman membongkar rahsia bahawa Kesatuan Eropah (EU) telah menghentikan pembayaran bil-bil penghantaran bahan mentah yang digunakan untuk mengoperasi stesen janakuasa Gaza, sebenarnya adalah atas permintaan pihak berkuasa Palestin (PA) di Ramallah. Continue reading

Post to Twitter

Hamas: Sekatan keperluan bahanapi bercanggah dengan kemanusiaan.

Khamis , 28/01/2010 -Jurucakap Hamas Fawzi Barhoum berkata rabu lalu, persetujuan Pihak Berkuasa Palestin (PA) dengan Kesatuan Eropah (EU) untuk menghentikan bekalan bahanapi ke Semenanjung Gaza yang diperlukan untuk janakuasa adalah satu jenayah kemanusiaan yang mengakibatkan nyawa ramai orang awam terutama sekali pesakit dan bayi pra matang. Continue reading

Post to Twitter

(Terkini) 15 warga Palestin ditangkap malam tadi.

Khamis , 28/01/2010 – Tentera penceroboh Israel telah menahan 15 warga Palestin di Tebing Barat malam tadi dan awal pagi ini. Pasukan penceroboh Israel mendakwa para tahanan itu sangat “dikehendaki”. Tentera itu menahan mereka disebabkan curiga kerana mempraktikkan kegiatan anti-Israel, kata juruhebah radio Israel.

Mereka menyerbu desa Barqa di bandar Nablus dan menculik 6 penduduk Palestin iaitu Mohamaed Saif, Yafea Siaf, Ashraf Rasem, Walid Saif dan Fadi Abu Omar, sementara identiti tahanan keenam masih belum diketahui.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : hijjaz_79

Post to Twitter